Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ini suatu berita yang tidak perlu dilaporkan, memandangkan semestinya semua sedia maklum akan yang mana iPhone 4S telah pun dilancarkan secara rasminya di Malaysia oleh tiga gergasi telekomunikasi, iaitu Celcom, DiGi dan juga Maxis. Sehingga artikel ini ditulis, masih tiada sebarang kemaskini pada laman Apple Store Malaysia, berkemungkinan mereka memberikan peluang kepada syarikat telekomunikasi terlebih dahulu.

Pelancaran iPhone 4S Oleh Celcom [via]

Pembeli Pertama iPhone 4S Daripada DiGi [via]

Pelancaran iPhone 4S Oleh Maxis [via]
Melalui iPhone 4S, ia membawakan pelbagai perkara baru melaluinya, termasuk kamera dan juga cip pemprosesan dan grafik yang lebih pantas. Bersama-sama dengannya, ia turut membawakan sokongan bantuan pintar, dinamakan sebagai Siri. Namun, ia diperkatakan, Apple tidak menekankan perkara tersebut untuk pasaran Malaysia, memandangkan fungsi Siri masih tidak dapat digunakan secara sepenuhnya dikalangan pengguna Malaysia buat masa ini.
iPhone 4S ditawarkan dalam tiga variasi ruangan storan berbeza, dengan harga jualan bermula RM2190 untuk versi 16GB.
Oleh: Fairuz Bakar
20 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
FTW! Untuk makluman pembaca Amanz, SIRI tu yang tak boleh location di Malaysia sahaja. So tak tahu la cuaca, kedai2 makan berhampiran, tempat2 best dan sebagainya. Tapi perkara lain tak bermasalah setakat percubaan saya.
tips mengurat SIRI ajar ??
bigboss oh media dh bunyi..hehe..bro khai g klcc smalam??
fuh…kaki apple bagi pendapat tuuuu..hehe
aku tak pernah cuba SIRI. jadi no komen
Malas beratur panjang. Mencuba nasib di Celcom Center pagi nanti ketika orang lain sibuk bekerja di pejabat. hehehe
xbest lgsg….better go for note….
siri sucks,, cam haram,, paham aku cakap,, tp die gila,,
tunggu iphone 5 je la… >.<
+1
terbaik!!
org dah mula gila bercakap dengan phone..*gila* kalau balik kg..sure ramai org kg risau..anak bercakap sendiri2…
SIRI tak boleh digunakan? oh my…..naseb baek aku tak beli awal2…tak beratur awal2…ape2 pon kite tunggu preview mereka yang dah menggunakan iphone 4s di malaysia.
psssttt…iphone 3gs yang aku pakai sekarang pon elok lagi
kalau ckp dgn SIRI, i love u siri kalau dia jawab love u to.. pengsan..
Aigoo, mahal weh!
Gimana mau beli ni.
xpaham konsep kenapa kena beratur bagai?beza ke kalo beli smlm ngan next week?mungkin xleh nk berlagak kot.
siri is great but i dont think we really gonna utilise it.but siri adelah inovasi yg bagus
tu yang tak faham.. nampak cam celcom, maxis & digi takde pun promo khas tuk yang beli awal ni.. sama je kalau beli minggu depan gak.. adakah hanya tuk menunjuk ada awal seminggu dari orang lain??
Berbaloi bagi peminat SIRI,tapi harganya tu boleh dikategorikan mahal juga la
byr rm2190 utk sbuah hp yg blh dikatakn 90% komponennya dibuat oleh samsung? korg blh dpt hp dgn hardware yg lbh baik n brkualiti tp dgn hrga yg lbh murh le…