16Dec

Apple Store Malaysia Menawarkan iPhone 4S Tanpa Kontrak

Apple

Setelah syarikat telekomunikasi tempatan menawarkan iPhone 4S melalui pakej dan pelan masing-masing, kini, Apple Store Malaysia turut sama menawarkannya, membolehkan para pengguna mendapatkan iPhone 4S tanpa sebarang kontrak pada harga bermula daripada RM2199 untuk iPhone 4S versi 16GB yang didatangkan dalam variasi warna hitam dan juga putih.

Walaubagaimanapun, pembelian melalui Apple Store Malaysia dijangka akan mengambil masa antara satu hingga dua minggu, sebelum para pengguna akan dapatnya pada tangan mereka. Dan pada masa yang sama juga, Apple mengehadkan dua unit sahaja untuk setiap pelanggan.

Ia masih lagi tidak diketahui, adakah pengedar rasmi Apple seluruh negara akan turut menawarkannya melalui kedai mereka. Apa yang diketahui sebelum ini, adalah hanya Machines akan menawarkannya, tetapi melaluinya, para pengguna perlu mendaftarkan melalui pakej Maxis, dan bukannya set bebas kontrak.

Namun, bagi mereka yang masih tidak lagi membeli iPhone 4S dan ingin mendapatkannya, mungkin anda boleh dapatkannya melalui Apple Store Malaysia, apatah lagi harga permulaan pembayaran untuk pakej-pakej syarikat telekomunikasi adalah lebih kurang sama untuk harga peranti tersebut. Harga yang ditawarkan oleh Apple Store Malaysia adalah RM2199 untuk 16GB, RM2499 untuk 32GB dan juga RM2799 untuk versi 64GB.


Office 2011 Untuk Mac Pada Hujung Tahun
Angka Aplikasi Pada AppStore Melangkaui 500,000
OS X Lion Telah Dimuat-Turun Lebih Daripada 6 Juta Kali
Ura-Ura Berkaitan iPhone Bersaiz 4-inci Mula Kedengaran Kembali
Apple Melancarkan iBooks 2 - Merevolusikan Dunia Buku Teks Digital

17 Komen

  1. Rhanif pada 16 Dec 2011

    dekat sini lebih murah eh.

  2. Luxuryhost pada 16 Dec 2011

    Kalo ader “Engraving” macam beli ipod touch kan best. Baru rasa ‘special’ & kelainan beli kat apple store nie

  3. Ekspresi Ruang pada 16 Dec 2011

    yg ni mungkin sesuai utk yg nk upgrade drpd iPhone 4 ke 4s

  4. ray pada 16 Dec 2011

    Yang lebih tepat sesuai untuk dari 3gs ke 4s. Kalau dah ade ip4 baik tunggu ip5 lagi berbaloi.

    • Kaio Dot My pada 16 Dec 2011

      atau kepada orang yg takde iphone tapi nak beli boleh jugak kan? hehehe

  5. yapompiow pada 16 Dec 2011

    kredit kad plak xde nie

  6. mohdmie pada 16 Dec 2011

    bleh monthly installment ke? kih3

  7. Ahmad Hati pada 16 Dec 2011

    Takde duit

  8. SamsulAhmad pada 16 Dec 2011

    Dah survey kat store tu tadi, rega sm dgn maxis & clcom.. Tggu ade stok kat switch jer, nk tggu smp 2 mggu.. Hoho..

  9. ALOHA pada 16 Dec 2011

    bateri cepat makan woiii…aku pakai pagi 100% , tghari dah 60%.

    wifi pun aku tak on…game pun tak bukak

    hangpa jgn lupa plak beli charger keta ngn backup…bateri jalam mcm sirap.

  10. ALOHA pada 16 Dec 2011

    lagi satu lupa plak….bumper iphone 4 tak masuk baii….beli yang getah atau mode sndrik butang mute.

  11. ZoOL pada 16 Dec 2011

    gadjet skrg ni lebih mahal dari komputer yg power2 = =”

  12. syamilshahimi pada 17 Dec 2011

    Syukur lah duduk Malaysia, harga normal. iP4S kat Brazil n Russia bapak mahai X__X

  13. Faris pada 17 Dec 2011

    Skang ni iPhone 4S, next year pulak iPhone 5…

  14. pok pih pada 18 Dec 2011

    kalo barang apple korang bleh beli awal2 time lancar.harga mcm susah sket nak jatuh. kalo mcm samsung elok tunggu 5-6 bulan dulu kalo nak tunggu murah.

  15. hexerror pada 22 Dec 2011

    kalau aku tunggu dulu…dah stable dah kuar jb baru angkat!hahahhaaha…

  16. dean pada 24 Dec 2011

    hurm…aku dh amik kontrak maxis…huhuh…:(…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader