Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, kelak bukan sahaja iPhone 4S akan ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi, tetapi turut ditawarkan terus daripada Apple, dimana kini mereka telah pun mula mempromosikan kedatangannya pada 16 Disember kelak melalui Apple Store Malaysia. Berkemungkinan kelak, para pengguna tempatan turut sama boleh mendapatkannya melalui kedai-atas talian Apple terus, tanpa perlu melalui sebarang kontrak syarikat telekomunikasi.

Sehingga kini, harga penjualan tempatan untuk iPhone 4S masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Tetapi ia diura-ura akan yang mana Celcom bakal menawarkannya pada harga serendah RM558 bersama-sama pakej mereka tersendiri. Maxis turut sama mungkin menyaingi dengan pakej daripada mereka. DiGi masih lagi senyap tanpa masih tidak diketahui dimanakah pelancarannya akan dilakukan kelak buat masa ini.
iPhone 4S telah diperkenalkan oleh Apple pada bulan Oktober yang lepas, dimana membawakan cip pemprosesan yang lebih pantas, bersama-sama dengan kamera yang dinaik-taraf, serta salah satu sokongan fungsi menarik, iaitu Siri.
Terima kasih Ikhwan Shah.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Terbaeeeeek.
setelah 2 bulan menunggu…5 day to go..
mmmm..bila tak tahu dapat miliki satu..
Apple vs Samsung mana lg best erkkk??
golongan yang bawak masuk iP4S from oversea mesti tengah serabut nak habiskan stock ASAP. hahaha
mesti tgh turunkn harga sehingga serendah mungkin utk habiskn stok
Aku tunggu kemunculan iPhone 5 pada tahun hadapan…
baik tunggu iphone 6 plak :p
iphone 7!
iPhone 8! *sambung lagi plis. hahaha*
Sepatutnya Apple Store buat macam ni lama dulu. But can’t wait!
eh kalau apple punya dah universal unlocked ke ek?
lambat…