Kod QR (QR Code) Pernahkah anda mendengar istilah ini? Buat mereka yang geek & mengikuti perkembangan teknologi, sudah pasti anda tahu apa itu Kod QR. QR adalah singkatan untuk Quick Response atau pun’respon/maklumbalas yang pantas’. Kalau kita selalu melihat Barcode yang biasa dipaparkan di produk-produk tertentu, Kod QR adalah seperti gambar dibawah ini.
Dengan menggunakan aplikasi tertentu di telefon bimbit anda, anda dapat mengimbas kod QR tersebut dan mendapat respon tertentu. Untuk gambar dibawah ini, sekiranya anda mengimbas kod tersebut pada telefon bimbit anda dengan menggunakan aplikasi tertentu (seperti Barcode Scanner/Android), anda akan mendapat notifikasi untuk melanggan buletin harian Amanz. Sungguh pantas dan mudah tanpa perlu menaip URL yang panjang.
Kegunaan Kod QR
Kod QR boleh digunakan untuk berkongsi 4 jenis maklumat dengan efisien
- Alamat laman web / URL
- Kandungan Teks (250 aksara)
- Nombor Telefon (dan boleh terus menelefon)
- Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara)
Pengalaman penulis, sejak dua tahun baru-baru ini banyak iklan di suratkhabar memaparkan Kod QR. Sekiranya anda pengguna AKLEH yang tegar, anda dapat melihat papan tanda bank yang menggunakan Kod QR. Berbanding Barcode yang hanya boleh menyimpan nombor dan huruf dan akan mengambil ruang selaras dengan panjang kod tersebut, kod QR sangat fleksible dengan keupayaan storan yang dinyatakan diatas. Hanya sekali imbas menggunakan aplikasi yang disediakan, anda dapat maklumat yang ingin dikongsikan.
Video dibawah merupakan salah satu penggunaan Kod QR yang dirasakan paling efektif dan EPIK di Korea Selatan.
Teruja bukan ?
Sejarah Kod QR
Penggunaan Kod QR telah lama diamalkan di negara-negara lain khususnya Jepun. Rakyat United Kingdom pula merupakan pengguna kod QR yang ketujuh didunia (sumber Wikipedia). Pada tahun 1994, syarikat Denso Wave menggunakan kod QR untuk mengesan dan menjejak komponen yang digunakan dalam pengilangan kenderaan (sumber). Malah, di Jepun, kod QR digunakan untuk mengesan pinggan sushi di kaiten belt (kabel yang membawa pinggan sushi) sama ada sushi tersebut sudah tidak sesuai untuk dimakan. Pinggan yang melalui terminal pengimbas akan diasingkan dari kaiten belt dan memastikan hanya sushi segar yang dihidang.
Contoh penggunaan kod QR di Malaysia
Mari kita lihat beberapa contoh penggunaan Kod QR di Malaysia. Dari pengguna perseorangan yang menggunakannya untuk memaparkan peta kenduri kahwin sehingga ke pusat membeli belah yang terkemuka di Malaysia.

Digunakan untuk kad kahwin

Memudahkan para pengunjung mendapatkan maklumat tertentu sambil mempromosi Facebook dan aplikasi peta pusat membeli belah

Digunakan oleh Comics Directory untuk melawat laman web semasa pameran.

Dan juga digunakan oleh Facebook Page Oh! Media untuk menyampaikan mesej khusus.
Adakah Kod QR sesuai untuk digunakan di Malaysia?
Sekiranya soalan ini ditanyakan 5 tahun dahulu, iaitu pada tahun 2006, kemungkinan ianya masih sesuatu praktis yang jarang diamalkan oleh masyarakat kebanyakan di Malaysia. Pada lingkungan tahun tersebut, hanya telefon pintar yang mempunyai fungsi aplikasi pengimbas kod QR dan harga telefon pintar pada masa tersebut agak mahal. Pengalaman pertama penulis menggunakan kod QR adalah dengan telefon N93 pada tahun 2007. Agak lambat, tetapi pada tahun 2007-2008, penggunakan Kod QR tidak meluas dan sekiranya anda mengemukakan pelan pemasaran ataupun fungsi yang menggunakan kod QR, kemungkinan besar ianya ditolak.
Akan tetapi pada alaf ke 21, bermula 2010, harga telefon pintar semakin murah dan semakin ramai pengguna telefon pintar, memungkinkan penggunaan kod QR dapat dipraktikkan dengan lebih meluas. Jenama-jenama besar juga telah mula mempraktikkan penggunaan kod QR jadi ini adalah masa yang sesuai untuk mengamalkannya di Malaysia. Boleh dikatakan, Kod QR telah mula diterima masyarakat dan terbukti apabila contoh diatas, dari pengguna persendirian sehingga pusat membeli belah menggunakan kod QR dalam teknik pemasaran mereka.
Dari mana nak dapat kod QR ?
Anda boleh mendapatkan kod QR ini secara percuma di Kaywa QR Code Generator. Terdapat banyak aplikasi untuk mengimbas kod QR di Apple App Store dan Android Market dan pastinya Blackberry App World.
Apa kata kita bincangkan dan kongsikan pendapat berkenaan kod QR ini di kotak komen bawah ini ?
Artikel ditulis oleh Ikhwan Nazri. Sekiranya anda ada artikel/rencana menarik, kemukakan idea anda sebelum mengarang dan emailkan kepada ask[at]amanz[dot]my.
hahhaha sy guna QR code untuk smpaikan mesej tersirat… mihahahah….
wah ! macam best je cara tu -
Good info , Thank you.
Kalau beli tiket GSC online, akan dapat self print ticket atau pakai iPhone App GSC akan di bekalkan dgn kod QR ni. Sebelum ni (beberapa bulan lepas) GSC IOI Mall pakai scanner yg macam kat pasaraya. Tapi malam tadi aku pegi tgk wayang, dah ada gate khas utk yg beli tiket online dan iPhone App. Gate yg menyerupai gate LRT dengan scanner kod QR dan ada skrin yg tunjuk details tiket bila dah scan. Lupa pulak nak snap gambar gate tersebut.
QR kod mmg semakin meluas di gunakan di Malaysia
bagus ni.. tp byk kes org salah guna di russia dan eropah terutama org guna fon android.. ended up install android malware yg membuatkan pengguna kerugian wang
owning~!
makin canggih da sekarang ni
haha, qr code – benda baru nak up
qr code is newbie
Masalah dengan QR code ni ialah perasaan janggal bawak keluar talipon nak scan. Bila la nak ada augmented reality glasses ni?
Augmented reality jauh lagi kot. Lepas QR code nie NFC rasanya.
+1 utk NFC
How about Microsoft Tags?
saya tak faham lagi.. lepas scan kod tu, apa jadi?
- dibawa ke alamat URL atau
- phone akan paparkan image / text..
bergantung pada data disebalik kod tu kot, kalau ada teks, nanti phone akan paparkan teks lah.
peace yo0o…
QR code pada kad jemputan? giler brilliant…tam pernah terfikir plak sblum ni…bleh ar aku buat design kad dgn qr code utk customer ak pasni…huhu
QR code ni bleh di kreatifkan mgikut idea msing2..hebat!!
lepas ni amanz.my boleh buat pertandingan guna QR code ni…
ada terfikir tapi dah sebut ni untunglahh hahahah
sgt setuju kalau semua iklan guna qr code. jimat ruang. haha
Aaa.. selalu ada kat emel …
aku ingat tu kod bar cam t/tangan… ye kot
cangih manggih… sangat prektikal tok cuba di malaysia.. tapi bandar tok malaysia sangat sesak jalannya..
nak baca kod ni kena ada sambungan internet?
untuk teks biasa je tak perlu ada akses internet. boleh decode terus dari fon
awesome!!!thank amanz!
awesome!!!thank amanz!aq dah try.hebat!
bukanke QR code sudah tidak relevan? sekarang semua menumpukan kepade NFC je.. lg snang dn pantas…ape pndpt aman??
NFC memang lebih pantas dan senang. tapi kalau tiada pengguna yang menggunakan telefon NFC, pun takboleh diterima jugak. Telefon NFC rasanya buat amsa ni telefon advance je ada dan mungkin akan matang pada akhir tahun depan
Artikel ini lebih menerangkan mengenai penerimaan masyarakat malaysia terhadap QR Code.
kalau orang tua baca kod nie.. sumpah tak paham!! hehehe =)
zaman skrg nie memerlukan kod QR nie. lagipun dh ramai guna smartphone.
kagum la bile tgok video tu..nnt nk try la download app yg bleh scan QR code tu..
neo reader
ya saya pernah dengor ni QR Code. nak pakai kat BB check airasia tapi tak berani hahaha. takut BB meragam telepas kapal.
menarik la QR ni..xtau pulak slama ni fungsi die cmtu..
pengalaman check in AirAsia dgn QR code dgn bb. style
cng gler la nk shopping klo ade cm nie kt malaysia, x payah nk g pasaraya da…~_~
waahh, aku da try pkai blackberry curve..best2…
blog aku pn da ada qr code..cuma blum promosikan secara meluas je lg..
dlm setahun dua lg, insyaAllah penggunaanya semakin meluas di sini
inovasi baru perlu diberi sokongan moral penuh
kad jemputan aqiqah anak saya, saya gunakan QR code utk stor jemputan details dan GPS lat/long
setanding dengan QR code adalah Data Matrix. Anda juga bole buat (cipta ) code anda sendiri. banyak website. search lah kata kunci ni. BARCODE CREATOR. bnyk link dlm tuh. dan cubalah mana yg berfungsi baik. selamat mencuba
info yg sgt berguna. terima kasih byk2!
aku selalu pakai QR code untuk check-in airasia..serius memudahkan dan tak perlu beratur panjang. tapi still ada kawan aku masih pakai hp yg tak leh baca QR code lagi.
hi,
mcmane saya boleh menghubungi awak dgn kadar yg segera mgenai kod qr ni.
reply email di nadia@noe.com.my
tq
ade tgk dalam blog irfan pasal code qr ni.. pemasaran menggunakan code ni. tapi mmg xpaham. da byk ade kat paper qode ni. tapi xtau nk buat pe. nk buat gak la qode ni. baru ikut peredaran zaman hehehe..
kalau takat QR code tapi landing page hampeh tak jadi jugak…tujuan QR code ni supaya org respond time tu gak…kena yang direct ke website yang tak mobile optimised…hancur…dah nak tgk website sakit mata sebab kecik sangat…landing page tu sesapa nak try .. cuba berjinak dengan google Eclipse (SDK) + phonegap…tapi kena tau html5 ler (boleh jugak selit jscript kalu nak)…pastu domain boleh je amek domain biasa yang dot com tu…tak semestinya dot mobi…
memang canggih dan ianya info yang sangat terbaik