01Dec

Artikel: Rasionalkah gaji pengendali Facebook Page sebanyak RM5,000

Artikel dan Rencana

Sekiranya para pembaca mengikuti arena politik, ramai tahu Kementerian Pelancongan membelanjakan sejumlah wang yang agak besar dalam mengendalikan media sosial mereka. Melalui berita The Malaysian Insider, Pemuda DAP, Anthony Loke, RM30,000 dibelanjakan setiap bulan untuk mengendalikan 6 Facebook Page, dan RM240,000 untuk 8 bulan. Fakta lain adalah seperti berikut

Tugas Bayaran
Memberikan maklumbalas terhadap soalan dari peminat (fans) dan= mengemaskini pangkalan data dengan maklumat dari pengguna. RM10,000 setiap bulan
Mengendalikan ‘wall post’, maklumbalas positif & negatif, = membangunkan dan memantau info berkaitan pelancongan. RM160,000
6 peraduan yang telah dijalankan. = RM558,432
Mengendalikan Facebook Page. = RM 5,000 untuk setiap page. RM30,000 setiap bulan ( 6 page)

 

Kal Joffres, pengarah kepada Tandemic yang menawarkan servis konsultasi media sosial dipetik sebagai berkata= “RM 5,000 untuk mengendalikan Facebook Page adalah nilai yang standard untuk mengendalikan Facebook Page yang popular. Untuk syarikat yang mempunyai portfolio lebih tinggi, nilainya boleh mencecah RM10,000-RM12,000 manakala sekiranya menggunakan khidmat ‘freelancer’, nilainya adalah RM 2,000-RM3,000.”

Loh Chi Ming, juga merupakan seorang konsultant pemasaran digital berkata = RM 5,000 untuk mengendalikan Facebook Page bukanlah sesuatu yang tidak munasabah. Beliau juga berkata nilai upah pengendali Facebook Page bergantung kepada pengalaman dan masa yang digunakan untuk mengendalikan. Melalui nilai tersebut kita juga boleh memerhati nilai-nilai ‘post’ yang telah dibuat di Facebook Page tersebut.

Sebelum kita mempersoal nilai RM5,000 tersebut, mari kita ketahui apa itu Facebook Page, dan kepentingan untuk setiap jenama atau syarikat. Dengan pengetahuan sebegini, ianya sedikit sebanyak membantu kita memahami apa sebenarnya tugas pengendali Facebook Page.

Apa itu Facebook Page?

Facebook Page merupakan salah satu keperluan pada masa kini. Ia boleh dijadikan salah satu tempat untuk berkomunikasi antara pelanggan dan juga syarikat. Tidak dapat dinafikan media tradisional juga diperlukan untuk tujuan pengiklanan. Dan sekiranya kita lihat, dimana sahaja iklan, 10 tahun lepas mungkin apa yang tertera hanyalah no telefon hotline. Tetapi pada masa kini, kesemua jenama tidak kira besar atau kecil mempunyai Website/email,Nombor telefon,  link Facebook & juga Twitter. Facebook Page telah menjadi satu cabang dan alat komunikasi dimana pelanggan boleh bertanyakan soalan dan mendapatkan maklumat di Facebook Page tersebut.

Dan lebih dari itu, setiap kemaskini di Facebook Page akan muncul di ‘News Feed’ para peminat yang menambahkan nilai untuk syarikat. Bayangkan sekiranya kita mempunyai 100,000 Facebook Fan dan promosi/ berita di News Feed Facebook kita didengari oleh 1% daripada jumlah tersebut, dah dapat 1,000 pelanggan.

Kewujuduan Facebook Page adalah penting untuk setiap jenama masakini.

Susahkah untuk mengendalikan Facebook Page?

Berbanding dengan hujah popular ‘eleh anak aku pun boleh kendalikanlah Facebook Page’, untuk mengendalikan Facebook Page tidak semudah yang disangka. Ini kerana pengendali tersebut akan mewakili jenama tersebut. Sedikit kesilapan boleh menggugat kredibiliti dan imej jenama tersebut. Pengendali Facebook Page tersebut boleh diumpamakan seperti Kerani Kaunter Pertanyaan. Setiap soalan perlu dijawab dengan tepat dan dengan kepentingan untuk memuaskan hati pelanggan. Hatta soalan yang tidak boleh dijawab oleh pengendali Facebook Page tersebut, mereka tidak boleh senang lenang mengatakan “sila google”. Maklumbalas sebegitu sememangnya menjejaskan imej kita dilabel sebagai tidak membantu.

Salah satu contoh popular beberapa bulan lepas = HI SHAMEFUL.

(kredit gambar dari GreyReview.com)

Apa yang dapat diperhatikan dalam gambar diatas adalah wakil dari MyDeal mengatakan ‘Hi Shameful’ (bermaksud ‘Hi orang yang sangat memalukan’) terhadap komen pelanggan sebelumnya. Ini sekaligus menjejaskan reputasi syarikat tersebut.

Dan dengan kata lain, anda sebagai pemilik jenama ataupun syarikat, tidak mahu mengupah pengendali Facebook yang tidak fasih didalam bahasa yang digunakan dan tidak mempunyai tahap pelajaran atau pengalaman dalam mengendalikan Facebook Page. Anda tidak mahu kes seperti diatas berlaku dan menjadi bahan ketawa. Kecuali sekiranya anak anda mempunyai bakat, minat, dan berkebolehan untuk melakukan tugas seorang pengendali Facebook Page, sememangnya lebih baik upah anak anda kendalikan Facebook Page.

Tugas seorang pengendali Facebook Page

Pengendali Facebook Page perlu mengetahui jenama yang dikendalikan mereka. Adalah tidak munasabah untuk meminta seorang pengendali Facebook Page yang tidak minat/tidak pernah bermain bola sepak untuk mengendalikan Facebook Page Selangor FC (sebagai contoh). Ini kerana pengendali tersebut pastinya kurang mengetahui berita-berita dan informasi yang relevan yang diperlukan oleh peminat bola sepak yang menjadi fan kepada Facebook Page tersebut.

Kecualilah sekiranya terdapat kursus latihan bagi memantapkan pengendali tersebut. Sekiranya pengendali Facebook Page tersebut mempunyai reputasi dan kredibiliti yang tinggi, kemungkinan bayaran lebih dipinta untuk membolehkan pengendali tersebut mendalami informasi yang berkaitan dan juga kursus yang perlu diikuti. Juga, dalam memantapkan komunikasi dari Facebook Page kepada pembaca, pengendali tersebut perlu mengikuti aktiviti harian syarikat, mungkin menjelajah kesana-sini baik di realiti mahupun web bagi menaikkan tahap aktiviti (engagement) dengan pelanggan.

Misi utama pengendali Facebook Page adalah untuk menaikkan tahap aktiviti bersama pelanggan. Oleh sebab itu anda biasa lihat pertandingan-pertandingan di Facebook Page seperti

  • Cabutan Bertuah
  • Like Gambar
  • Undian / FB Questions
  • Peraduan berasaskan Cadangan (cadangkan satu restoran dan dapatkan tiket wayang contohnya)
  • dan bermacam lagi

Tugas mereka adalah seperti pegawai pemasaran. Sewaktu musim perayaan, pengendali masih perlu memerhati dan mengendalikan page mereka. Maklumbalas perlu diberikan secepat mungkin. Bayangkan sekiranya ada komen negatif dihantar pada waktu malam yang biasanya semua orang sedang nyenyak tidur, tetapi komen negatif tersebut menerima banyak ‘Likes’, ianya akan menjadi mimpi buruk pengendali tersebut. Oleh sebab itu, kebanyakan syarikat mempunyai dua orang yang bertugas secara syif bagi memastikan tiada komen yang terlalu negatif, berunsur menghina, menyelinap masuk didalam Facebook Page mereka.

Akhirnya apa yang akan dinilai oleh syarikat terhadap pengendali Facebook Page tersebut adalah bagaimana pengendali tersebut mengendalikan Page tersebut. Berapa banyak ‘Shares’, ‘Likes’, ‘Comments’ yang diperoleh? Nilai tersebut yang akan menjadi ukuran dari syarikat terhadap pengendali Facebook Page tersebut.

Rasionalkah RM5,000 tersebut?

Untuk menjawab soalan tersebut, mari kita keluar dari kepompong kes hangat ini iaitu Kementerian Pelancongan membelanjakan RM5,000 setiap page. Persoalan mengenai RM5,000 untuk mengendalikan Facebook Page Kementerian Pelancongan kita boleh ketepikan dahulu.

Sepertimana yang dinyatakan diatas, pengendali Facebook Page boleh diumpamakan seperti pegawai pemasaran, kerani kaunter pertanyaan dan mungkin bekerja secara syif. Dan jika kita lihat, andaikata RM 5,000 untuk mengendalikan Facebook Page Jabatan/Kementerian/ Jenama /Pasukan/ Syarikat  yang mempunyai lebih dari 50,ooo pengguna/Likes, sudah pasti RM5,000 itu adalah rasional. Gaji 1-2 orang berharga RM5,000 adalah rasional dengan kuantiti ’Shares’, ‘Likes’, ‘Comments’ yang mungkin diperoleh berdasarkan 50,000 pengguna.

Dan adalah tidak munasabah untuk mengendalikan 100,000 pengguna Facebook Page dengan upah RM2,000, melainkan ada 3-4 pengendali yang lain dan bayaran tersebut hanya untuk seorang pengendali muda (junior)

Facebook Page itu free, kenapa perlu diupah untuk mengendalikannya?

Ini adalah hujah yang lemah. Anda boleh mengupah pada harga lebih murah ataupun meminta orang lain melakukan kerja tersebut secara percuma akan tetapi bagaimana dengan hidup mereka? Saya tiada masalah dengan kerja yang dilakukan atas dasar sukarela akan tetapi anda tidak boleh menyangka dan meminta kerja sukarela untuk jenama perniagaan anda. Ini kerana kos buat setiap pengendali Facebook Page adalah KOS MASA. Kan Masa itu emas? Kalau bayar ikut nilai emas setiap satu jam kan lagi mahal ?

Hanya semata-mata pengendali Facebook Page bekerja dari rumah mahupun di pejabat, siapa mahu bayar penggunaan elektrik, internet, bayaran ansuran laptop mereka, perisian yang digunakan mahupun secangkir kopi yang menaikkan semangat mereka untuk bekerja, kalau bukan dari upah anda.

Kesimpulan

Meskipun kerja-kerja ini adalah dibalik tabir, anda tidak boleh memandang rendah terhadap tanggungjawab seorang pengendali Facebook Page. Pada dasar harga, berbalik kepada tajuk, saya setuju dengan kenyataan Kal Joffres & Loh Chi Ming berkenaan nilai RM5,000 yang rasional untuk mengendalikan Facebook Page yang perlu berkadaran dengan reputasi dan pengalaman pengendali/syarikat dan juga bilangan Fans. Saya tidak suka kepada mereka yang memandang rendah terhadap nilai servis berkaitan media sosial mahupun ICT.

Sehingga sekarang, graduan baru dalam bidang ICT hanya memperoleh RM 1,800+. Syarikat mungkin tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mungkin klien mereka yang lebih memandang enteng syarikat-syarikat yang menawarkan servis ICT dan Media sosial dan membayar harga projek yang lebih murah walhal kos hidup semakin meningkat terutamanya di bandar besar. Akan tetapi kita sebagai pembaca atau mereka yang bekerja didalam sektor ini perlu melakukan sesuatu dan perlu mengetahui harga pasaran sekaligus boleh memberikan pendedahan kepada masyarakat.

Akhir kata, sebagai rehat selepas membaca artikel yang panjang, mari kita bandingkan antara Facebook Amanz Network & Kementerian Pelancongan. Perhatikan ‘Talking About This’. Ia adalah ukuran tahap Engagement anda/jenama dengan pembaca.

  

Heh :) – ditulis oleh Ikhwan Nazri, Chief Everything Okay, Amanz Network.

Sekiranya anda ada artikel/rencana menarik, kemukakan idea anda sebelum mengarang ke ask[at]amanz[dot]my. 



156 Komen

  1. Hafaisy pada 01 Dec 2011

    Aku nak jadi pengendali Facebook Page la kalau macam ni.. Tapi aku baru je habis deactive account fb T.T

    • Fikri Adhiey pada 01 Dec 2011

      kejap ada trollface. Ni troll ke apa obe?. lol

      • tekong pada 01 Dec 2011

        aku yang tulis, obe yang dapat nama T-T

        • Fikri Adhiey pada 01 Dec 2011

          ko ke yg tulis.?… haha apa ni obe

        • sinach pada 01 Dec 2011

          bagus. sepatutnya setiap artikel ade ditulis oleh sesapa mcm ni. baru dpt tau sapa/

          bagus ni tekong

  2. Bro Framestone pada 01 Dec 2011

    Terbaik la tekong…

    like like like…

    memang betul pun… handle facebook page memang masyuk dan memang menyeksakan…

    Orang yang tiada life je sanggup jaga 5-6 page sensorang…

    • archiq pada 01 Dec 2011

      +1

    • zulware pada 01 Dec 2011

      +1

    • Taufik Mansor pada 01 Dec 2011

      +1

    • deegeer pada 01 Dec 2011

      +1

    • Emi pada 01 Dec 2011

      +1

    • xjx pada 01 Dec 2011

      +1

    • Mei Ying pada 05 Dec 2011

      Eh, I tak de life la tu :( I sekarang handle 3 page. Bulan depan, 5 page :s

      • tekong pada 05 Dec 2011

        LOLOL you takde life? you ada life laaaahhh

  3. syamilshahimi pada 01 Dec 2011

    Aku rasa dengan ilmu yang aku ada sekarang, boleh je apply kerja tu. Xyah susah2 study bagai nak rak utk jadi Engineer. lol

    • alia pada 01 Dec 2011

      betul2..gaji nk setaraf dgn doc dh..

      • Ekspresi Ruang pada 02 Dec 2011

        doktor pon xde segaji byk ni dan kerja xseteruk kt hospital tu

  4. Teratoman pada 01 Dec 2011

    Mereka kena belajar dari Air Asia. Saya rasa pengendali laman Air Asia lebih cekap tetapi lebih murah bayarannya.

    • Fairuz pada 01 Dec 2011

      +1 Betul bro. Aku setuju dengan hang. Apakah fungsi pegawai teknologi maklumat & penolong pegawai IT? Saya tahu hal ini. Dalam jabatan ict kerajaan ada pegawai n pen. pegawai ict yang bertanggungjawab tapi ramai yang tunggu pekeliling baru nak buat kerja.

      • iLa pada 01 Dec 2011

        Maaf mejawab bagi pihak PP IT&PTM yang bekerja dgn kerajaan@badan berkanun (separuh kerajaan). Mungkin sesetengah pejabat ada ramai golongan di atas tapi
        bagi sesetengah tempat hanya ada 1 jawatan di atas dan tugas dia merangkumi semua berkaitan IT (dari server, network, semua PC, laman web dan segala berkaitan). Sempat ke? Banyak tanggungjawab tu. Dan berbaloikah dengan gaji. Bagaimana pulak dengan pemegang jawatan yang sudah sedekad memegang jawatan yang sama tetapi semakin banyak tanggungjawab/tugas hakiki berbanding dengan keperluan semasa IT?

        Rasanya ada seseorang perlu melihat tentang beban tugas jugakkan?

        Just my 2 cents..

        p/s: nak mohon jawatan ni jugak bolehs?

        • Jibam pada 01 Dec 2011

          Pegawai IT kerajaan banyak yg goyang kaki…vendor yg handle kerja.

          • iLa pada 01 Dec 2011

            Tentang goyang kaki ni,saya rasa bukan hanya Pegawai IT. Ramai yang bergoyang kakikan? Ini bergantung kepada individu sebenarnya. Tapi disebabkan jawatan atas nama yang sama, pegawai IT yang brkaitan turut terasa. Apa yang nak saya terangkan, memang sesetengah nampak relaks tapi tanggungjawab yang ditanggung selepas sign terima itu adalah berat. Juga bergantung kepada individu..

          • kaihnsn pada 01 Dec 2011

            Anda perlu paham bukan semua pegawai IT kerajaan buat kerja2 teknikal saja.
            Mereka juga buat kerja2 pengurusan. Kerja2 teknikal mmg kerajaan wajibkan vendor buat. vendor nak cakap banyak apanya? kalau takde keja dari gomen vendor pun goyang kaki hahahah.

          • Ekspresi Ruang pada 02 Dec 2011

            kalau dah mkn gaji, nk cakap apa lg.

    • hanyaair pada 01 Dec 2011

      pendapat saya:

      pihak kerajaan dah ada skim gaji khas dibawah JPA (RM5000 tiada dalam skim).. pihak swasta pula, bebas menentukan skim gaji mereka bergantung kepada status korporat mereka. jadi, tidak hairanlah pekerja am Petronas gajinya melebihi pegawai kerajaan. Dalam isu ini, kerjaya admin pengurus page adalah suatu bidang kerjaya yang baru. Sekiranya skim gaji ini dijadikan rule dalam sektor swasta, maka tidak hairanlah suatu hari nanti akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaki2 educated IT… )

  5. Hisyam pada 01 Dec 2011

    Hahaha, yang bawah sekali tu memang troll.

  6. cakerapujangga pada 01 Dec 2011

    Perbandingan yang menarik. HAhaha..

  7. AMR pada 01 Dec 2011

    haha.. terbaik.. lepas ni boleh apply keje ni.. hihi..

  8. semasa pada 01 Dec 2011

    kalah gaji chekgu sekolah aku macam ni

    • izuddin.helmi pada 01 Dec 2011

      FYI, Gaji Web Developer/Web Designers/Web Marketeers area KL is around RM3,500 – RM15,000.

      • Omar pada 01 Dec 2011

        Freelance pun leh dpt RM 7000 kekadang.

      • Fizz.My pada 01 Dec 2011

        bro. ada kerja kosong x as web designer kat area KL yg bro tau? kalau ada la.. aku tngh mencari gak ni.. huhu..

        • izuddin.helmi pada 01 Dec 2011

          Yeah, ada banyak lagi kosong. Bug me at twitter – @iamizuddinhelmi, and prepare ur resume :)

  9. zik pada 01 Dec 2011

    nampak macam senang… mengendalikan dari segi update status yang ada info, atau sesi soal jawab, pertanyaan dan juga promosi… ambil masa , tenaga dan kepala otak nak berfikir…

  10. syafiq_lomotech pada 01 Dec 2011

    penafian: ini bukan #techtroll*

    *kecuali diakhir entri. mungkin ada sikit.

    • syafiq_lomotech pada 01 Dec 2011

      pernah dengar image consultant? aku rasa semacam ini juga. diorang akan naikkan imej sesebuah brand. maka itu upahnya. macam mana mereka nak interaksi, nak promosi, itu lantak. asal capai target.

      dah macam politik juga.

      ‘like this’ jumlah ‘follower’
      ‘talk about this’ jumlah ‘trafik’

      dua dua perlu, ikut pada target, seimbangkan.

      penafian 1.1: aku tak pakar sebab trafik aku kurang 100 sehari :p

      • IkmalRedza pada 01 Dec 2011

        Sekarang ni kalau kat FB, jumlah Like This kurang penting berbanding jumlah Talking About This. Betul kata Tekong, user engagement tu yang menentukan kepopularitian dan kehangatan satu-satu FB Page tersebut. Kalau user ramai tapi tak aktif, sekedar daftar sahaja memang tak guna. Bagi aku, tu sama je seperti Hit and Run.

        • syafiq_lomotech pada 01 Dec 2011

          ok lagi hit n run. masih juga ada ingat pernah hit. kalau hit n forget? hahaha.
          like mem-khinzir-buta (pergh tak sesuai), tak pernah ingat pun dia pernah like benda tu. heh.

          • IkmalRedza pada 01 Dec 2011

            Ye itu yang aku maksudkan. Lepas register, lepas tu tinggal. Mentang-mentang la register free. Tapi kalau aku, benda free ada limit dia hehe… Aku akan pastikan yang free tu kena tiap2 bulan mesti masuk at least sekali, kalau tak aku ban dia sebab tak aktif. >:D

  11. Finalcross pada 01 Dec 2011

    Syabas! Hujah yang sangat jelas & menarik. Olahan penerangan berteraskan fakta & realiti.

  12. Khai pada 01 Dec 2011

    5k terlalu tinggi. Untuk 5k tu, sepatutnya skop kerja mereka perlu lebih meluas. Tapi depa duit banyak, apedehal demi menjaga imej mereka. Untunglah yang dapat kerja jaga facebook page depa tu.. kihkih

    • Omar pada 01 Dec 2011

      Agaknya berapa Khai bayar krew Oh!Media utk jaga fanpage. Haha~

    • izuddin.helmi pada 01 Dec 2011

      5k tu kena tengok level jugak. Kalau ministry level/international level, should pay macam tu. Kalau setakat jaga company page memang patut dapat rendah.

      It’s like gaji Pilot Domestic vs Pilot International

    • Ejon pada 01 Dec 2011

      derang tade unit corporate comm ke. lagi jimat. kementerian lain inhouse je

  13. Omar pada 01 Dec 2011

    Setuju dengar artikel ni. Aku pernah jaga satu page 40,000 org. Salah sikit info, perh. Bukan main ramai yang perli2.

    Tu satu, kekadang ramai yg suka hantar comment join MLM lah, apa lah. Kerja admin gak untuk delete.

    • Khai pada 01 Dec 2011

      Tak perlu delete dan membuang masa anda. Anda hanya perlu set kan ayat-ayat yang berkenaan dan berkemungkinan melalui setting page anda. Kalau mereka hantar, komen tersebut akan hidden terus dari orang lain.

      • EiNS pada 01 Dec 2011

        Boleh filter komen based on word, profanity etc eh khai?

      • Omar pada 01 Dec 2011

        Thanks Khai, pernah tgk tapi tak pernah guna pun profanity blacklist semua tu.

  14. QJ pada 01 Dec 2011

    gambar ss tu wat aku tergelak.. hahaha..

    article ini menarik.

  15. Sham Hardy pada 01 Dec 2011

    nampak macam senang je nak control facebook page kan? tapi tak semudah itu wahai saudara-saudari ku sekalian..

  16. funzool pada 01 Dec 2011

    setuju. bukan senang nak manage facebook page.

    kena banyak bersabar dan kreatif. otak kena ligat berfikir, kena jadi content manager yang resourceful dan juga understand fan behaviour ;)

    • mamatcyber pada 01 Dec 2011

      +1

  17. Affan Ruslan pada 01 Dec 2011

    35422 je?
    Belum cukup promosi kut

    Tapi bagi aku la, jaga Facebook Page much easier than “Kerani Kaunter Pertanyaan” since bukan spontaneously kena jawab persoalan orang ramai pun. Boleh ambil masa, take your own time searching for best answers. Bukan cakap face to face pun. hehe

    5k for a brand like Kementerian Pelancongan Malaysia mungkin “OK”, tapi rasanya they don’t do much promotion. Argh, kalau camni gaji aku dah >5k la since brand page yg aku jaga almost 100k haha

  18. syahrilhafiz pada 01 Dec 2011

    haha, terbaik..sekali pun fanpage lebih 1 juta orang LIKE, bukan senang nak handle
    tambah ragam orang kita ni macam macam :D

  19. amirulfaiz pada 01 Dec 2011

    Hujah dibentang dengan kemas dan teratur, hampir mempengaruhi aku untuk percaya yang RM5K itu amat berpatutan dengan bebanan kerja pengendali page. Pada pendapat aku, bayaran itu terlalu tinggi.

  20. Azam pada 01 Dec 2011

    Yang kendalikan laman Ustaz Kazim (297 ribu likes) tak perlukan bayaran apa2 pun.

    • tekong pada 01 Dec 2011

      ada beza antara sukarela ngan kerja. kalau bayaran dia pahala, jadi tiada hujah lagi. macam saya katakan, jangan banding ngan sukarela.

      kerja nak jaga page airasia mahupun tourism malaysia bukannya kerja sukarela.

      • matjoe pada 02 Dec 2011

        +1
        +1
        +1

      • Dik Mie pada 03 Dec 2011

        betul…. even pages parti pembangkang pun di bayar gaji bukan sukarela…

  21. Fikri Adhiey pada 01 Dec 2011

    setakat ni aku dah jana RM6000 dengan Facebook Page, aku jual page KL Gangster kat sebuah syarikat then dapat la RM2,600. hahaha… berbaloi2. Duit tu aku gunakan beli DSLR.

  22. nur pada 01 Dec 2011

    sesetengah syarikat mengharamkan facebook kerana disalahgunakan. akan tetapi bila digunakan dgn betul. mmg kerja hari-hari ngadap facebook. siap dapat duit lagi.. hmmm bestnya kerja menghadap facebook pages dapat dui. hanya update info & bagi info. semua dalam talian.

  23. bubbles182 pada 01 Dec 2011

    Saya nak jaga Facebook page amanz.my leh? Dapat tak gaji 5-6k?

    • Omar pada 01 Dec 2011

      +1

    • Piratz pada 01 Dec 2011

      Akak bubbles ganti tekong dalam amanz tv, mungkin baru dapat rasanya…

    • tekong pada 01 Dec 2011

      maaf tak dapat sebab pembaca/ FB like amanz belum cecah 50,000 orang. -signed :D

  24. naz pada 01 Dec 2011

    setuju ngan tekong. nampak simple tapi bukan mudah. fanpage bukan just entertainment its about engagement.

  25. ZoOL pada 01 Dec 2011

    Biasa la, timbul kontroversi sikit grenti mcm2 informasi yg salah kuar… diorg tak pernah buat kerja camni, sebab tu suka main tuduh je.. hehe

  26. raja_unta pada 01 Dec 2011

    reputasi lg penting.. setakat RM5k company boleh byr looo..

  27. Moses Francis pada 01 Dec 2011

    Memang rasional kerana mengengendalikan facebook page bukan semata-mata status update je, ada elemen Branding dan PR yang pengendali harus faham, cara berhubung balas dengan peminat/fans juga penting.

    Artikel ini memang menarik dan kudos to tekong tapi ramai yang tak faham yang sesetengah pengendali ini juga haris megendali twitter, google+, flickr, youtube dan sbg depending pada client – pakej social media.

    • tekong pada 01 Dec 2011

      yeap setuju. mungkin kalau tambah pakej lain mungkin bertambah atau sama. thanks for highlight :D

  28. afiqaiman pada 01 Dec 2011

    page ada yang mengarut ada yang profesional. kebanyakkan yang mengarut tu yang dapat paling banyak like. dan yang mengarut tu jugak la yang paling berguna kalau blogger nak dapatkan trafik yang banyak. yang pro? yang pro ni sesuai la untuk yang tawarkan servis hehe. yang lain no komen :)

    • Fikri Adhiey pada 01 Dec 2011

      btol sangat komen ko tu.. page yg mengarut mcm ayat filem2… memang meletup ramai orang like. Tambah2 kalau admin dia pandai ambil kesempatan jadikan page tu sebagai bisnes. kehkeh…

      • Taufik Mansor pada 01 Dec 2011

        saya perhatikan admin fanpages sebegitu kini terlalu asyik promote blog.. menyelam sambil minum air..

        pendek kata, situasi ini sudah menjadi trend dan method utk popularkan blog memalui fan pages yg ramai penyuka/likers. :D

  29. moT pada 01 Dec 2011

    Mungkin tourism nie dah guna khimat pengelike mcm yg aku lihat di Lowyat ari tu ..500 like -Rm100++ and 1000 like – please pm me ..wkakaka..lebih baik salurkn pada benda lain cam naik taraf internt kt malaysia nie ..ada juga kebaikan untuk semua..

  30. Fizz.My pada 01 Dec 2011

    nak jugak lah mcm ni.. wahahahaa.. sape nak hire aku?

  31. Jyundoo pada 01 Dec 2011

    wow. rm5k untuk mengendali fb page. dasyat.

  32. Firdaus pada 01 Dec 2011

    5k? It isn’t expensive for a focus and marketer. 5k tu termasuk campaign cost sekali tau. Ini bukan pasal “My 8 years kids can do the same thing”, ini pasal bricking to the audience and marketing effort. Compared dengan tv commercial, social media jauh lagi effective dan jimat cost. Honestly bagi aku still underprice untuk jaga high profile brand macam Kementerian.

    • Harinder pada 02 Dec 2011

      Agree. Ni macam outsourcing web development job lah. Kalau ko nak buat in-house. Cari lah web dev yang baik, pastu bayar gaji/EPF/benefit and kena lah tahan ragam ragam dia. Senang senang kalau outsource, mahal sikit je, tapi more professional.

  33. akil pada 01 Dec 2011

    keje dgn gov mmg cmnih. sy jg website sekolah pon sukerela je..haha

  34. Mochan pada 01 Dec 2011

    Aku kerja sebagai mechanical engineer ni pun gaji xsampai 5k.. Setiap hari pastikan bangunan yg dibina mngikut piawaian yg ditetapkan dan setiap hari juga uji konkrit dan besi yg nak diguna. Kalau xda engineer buat semua tu, habis semua manusia mati dalam bangunan yg dibina tu sebab struktur xkukuh. Ni ka keadilan yg ada pada seorang engineer.dulu.belajar susah2 , setiap hari jumpa equation yg tidak masuk akal..tapi gaji tetap xsetaraf dgn apa yg telah dkorbankan dulu.. Kerja admin page cuma main depan komputer je, tapi aku main dengan besi,welding besi,jumpa supplier, design draft next project. Setiap hari baju sangat kotor tau..tapi gaji rendah…

    • Fikri Adhiey pada 01 Dec 2011

      Kami faham, nanti saya akan up kan gaji ke RM15,000. Cukup x?. – Najib Razak

    • kaihnsn pada 01 Dec 2011

      Saya selalu pesan dengan kawan2 kalau ada anak mau belajar di universiti pastikan dulu apa tujuan hidup mereka. Kalau wang dicari hentikan belajar teknikal kalau setakat mahu bekerja teknikal. Bayaran gaji tertinggi adalah untuk orang2 yg bekerja dalam pengurusan, pemasaran dan sewaktu dengannnya. Bidang2 ini adalah menjana duit. Jadi syarikat akan membayar setimpal dengan keuntungan yang anda bawa kepada syarikat.

      Kalau belajar engineering atau doktor dan mintak kerja kerajaan juga hentikan lah impian bodoh anda jika duit adalah matlamat hidup. Anda akan menjadi sasau bila melihat PTD yang belajar Sastera atau pengajian Melayu mempunyai karier yang lebih cemerlang berbanding Jurutera di Jabatan Perparitan dan Saliran. Memang dimana2 pun secara amnya kerja pengurusan dibayar lebih tinggi berbanding kerja teknikal.

      • faggot pada 02 Dec 2011

        +1
        10char

  35. SoutulMujahid pada 01 Dec 2011

    bila cakap soal facebook page, aku pasti akan ingat Oh! Media. Oh! Media mmg mempunyai aura tersendiri. setiap postnya pasti ada respond yg baik. beratus2 komen, beribu2 likes diorang dapat

    bila aku bandingkan page ‘sekian2′ yg dah 800k lebih fans dgn Oh! Media yg baru 300k lebih fans, ternyata respond peminat Oh! Media lebih baik drpd page ‘sekian2′. jumlah fans x menentukan kualiti respond. betol x?

  36. Amirul pada 01 Dec 2011

    Lepas ni mesti ada yang start buat servis jaga fb fan page.

    Takpun ebook ‘rahsia buat duit dengan jaga fb fan page’

  37. amir pada 01 Dec 2011

    mksudnya logik la 5k tu kn?

  38. anas pada 01 Dec 2011

    nama Amanz Network perlu dijenamakan semula mungkin ditukar kepada amanz.my , aku tengok fb fan page Ayeem Ayam lebih banyak ”talking about this”

    • syafiq_lomotech pada 01 Dec 2011

      kurang setuju sebab amanz network bukan hanya pada amanz.my sahaja tetapi banyak. sebab itu namanya network.

      • fb.me/wananases pada 01 Dec 2011

        jadi kenapa diletak perkataan amanz.my di profil photo fb fanpage
        AmanzNetwork ?

        • tekong pada 01 Dec 2011

          sebab fokus amanz.my dahulu

    • woot woot pada 01 Dec 2011

      kurang talkinb about this sebab aman kurang mesra barangkali..he he he..aman harus treat fan page sebagai suatu yang mesra alam..memang amanz network page fokus pada komputer,tech tapi why not selitkan joke ke ape ke..why so serious man ? :)

      • tekong pada 01 Dec 2011

        tak cukup joke ke selama ni? pelawat amanz dari umur 18-30 tahun. Rasa kurang sesuai kalau nak selitkan terlalu banyak joke.

      • van der Rui pada 01 Dec 2011

        Eh, ada la. Amanz ada selitkan joke dalam fanpage dia apa…

  39. Nisa pada 01 Dec 2011

    Haha..nice review!

  40. kaihnsn pada 01 Dec 2011

    Doktor yang bertugas di hospital agak2 berapa gaji mereka? Kena pulak doktor yang baru bertugas di hospital kerajaan. Mungkin gaji doktor tak sebesar Pengendali Facebook sebab tugas doktor tak melibatkan penjagaan “JENAMA”. Mereka hanya menjaga orang sakit yang tiada membawa keuntungan kepada kerajaan. Berbanding Pengendali Facebook Kementerian Pelancongan mereka ini mempunya tanggungjawab besar dalam memacu ekonomi negara dari segi menarik pelancong tempatan dan asing mencurahkan duit mereka.

    Berdasarkan hujah Tekong dan saya di atas, saya sangatlah bersetuju dengan gaji RM5,000.00 tersebut. Bak kata pepatah apalah sangat bayar seciput jika sekarung telah ditarik.

    Sekian, terima kasih.

    • izuddin.helmi pada 01 Dec 2011

      kerja dengan hospital swasta la, yang kerja dengan kerajaan kenapa…

      • kaihnsn pada 01 Dec 2011

        Hospital kerajaan sapa nak kerja? Akai ada?

        • izuddin.helmi pada 02 Dec 2011

          hang akai tadak, orang bagi choice.. yang pilih hospital kerajaan apa pasai… lol

  41. Fb.com/wananases pada 01 Dec 2011

    to @aman firdaus & @http://about.me/ikhwan.nazri

    lepas ni ko buat Facebook page owner pulak
    macam TechCrunch & SocialBaker

  42. thinkcup pada 01 Dec 2011

    salam,

    saya sebagai network engineer merasa xpuas ati dengan gaji yg d bayar. Kami berhempas pulas memastikan network, xkira internet atau telco berjalan dengan lancar pun xdpt gaji mcmtu…

    Nak maintain facebook, senang xhengat la, adik aku pn bleh buat… gaji kami pun xsampai camtu la.. xphm la sp kata gj tu mmg berbaloi…

    bg aku la, keja pengendali facebook ni mcm web admin, sama ja, cuma satu kat web, satu lagi kat facebook…

    • woot woot pada 01 Dec 2011

      ini salah sorang commentor yang x faham bahasa

      • IkmalRedza pada 01 Dec 2011

        +1

      • van der Rui pada 01 Dec 2011

        +1. Jaga facebook tak sama dengan jaga website. Facebook lebih banyak komunikasi dua hala… lambat balas komen sikit orang dah bising. Kalau hantar maklum balas di website, biasanya paling cepat admin balas pun esok. Tu salah satu contoh je.

    • Firdaus pada 01 Dec 2011

      Dude. Ini bukan pasal sapa boleh buat sapa tak boleh. Ni kerja PR + marketing. Marketers is frontline in any business. Normal la kalau bayaran mereka lagi mahal dari developer or engineer. Bergantung pada business model.

    • ameng pada 01 Dec 2011

      ifags detected

      • sinach pada 06 Dec 2011

        erk?

    • Emi pada 02 Dec 2011

      Correction :
      Web Admin jaga technicality of the web – the back end and stuff.

      FB Page Admin : The Admin + PR + Customer Service Personnel + Brand Representative of the company.

  43. Nudin pada 01 Dec 2011

    kadar bayaran rm5k untuk pengendali page tu adalah rasional… yg tak rasionalnya kenapa kerja tu tak boleh dibuat dek staf pelancongan sendiri?… taklah terlalu rumit sgt kerja tu (bukan nk buat bom nuklear pun), belajarlah sikit, baca lebih, then bolehlah staf pelancongan handle kerja tu…. takyah upah swasta utk kerja yang tak pelik sgt pun tu… duit rakyat dapat dijimatkan… ini tidak, staf gomen hanya tau makan gaji sahaja…. pah tu semua benda kalau boleh nak dibayar supaya swasta buat… aku tau sgtlah perangai staf gomen ni sebab aku dah buat kerja untuk gomen sektor sekitar kl dan putrajaya sejak 1999… dari bab perah otak pikir idea sampailah buat kerja jadi siap… staf gomen tau tunggu nak komplen dan sain lo je… lebih teruk lagi sesetengahnya mintak suap (rasuahlah tu, tp aku tak pernah bagi sebab aku hanya cari rezeki halal).

    • kaihnsn pada 01 Dec 2011

      Wahwahwah anda silap info ni. Kerja pengendali Facebook ini adalah keputusan dan kemahuan menteri pelancongan sendiri. Tidak ada kena mengena denagn JPA SPA dan penjawat awam pun. Sebab itulah kontrak/kerja mengendalikan Facebook ini diberikan kepada ehem ehem ehem. Kalau ini keputusan Kementerian/JPA memang ramai penjawat awam boleh buat kerja2 macam ini. Ramai webmaster laman2 kerajaan adalah kakitangan kerajaan sendiri. Dan kebanyakan mereka bukanlah bekerja sebagai peagawai IT pun.

      • Nudin pada 01 Dec 2011

        yap, mungkin saya silap info, di malaysia bawah pentadbiran umno-bn menang gitu,kerajaanboleh buat apa sahaja yang depa suka sebab masih ramai rakyat macam lembu, takdak ilmu dan info, terima aje bulat2 apa yang pemimpin mereka buat… bodo pian… bodoh mengalahkan lembu!

        • Amirul pada 01 Dec 2011

          Dah nak masuk potilik pulak.

          Syoh! Syoh! Syoh!

    • Lutfi Azhar pada 01 Dec 2011

      +1

  44. azrijohan pada 01 Dec 2011

    Hi Shameful.. wakakaka

  45. Oh! budu pada 01 Dec 2011

    mewahnya… :)

  46. topo pada 01 Dec 2011

    perghhh aku ingat techtroll puas aku carik muka obe

  47. Mayang Abadi pada 01 Dec 2011

    banyak tu… nak jugak.. amik IT plak ah lepas ni. hahaha

  48. topo pada 01 Dec 2011

    Aku memang suka bila tekong buat post pendapat macam ni.. dan aku pon setuju dengan hujah-hujah di atas.. risiko tinggi nak jadi pengendali fb ni tambahan pula mungkin ada yang kerja 24jam. Kalau buat kerja lain bila dikira OT utk cecah masa kerja sampai 24 tu juga mungkin boleh dapat RM termasuklah payment double triple masa cuti awam dan lain-lain lagi..

    fuhh lebih kurang macam keje doktor risiko tinggi silap sikit buruk padahnya.. pastu ada masa kena standby on call 24 jam hohohoho

    • tekong pada 01 Dec 2011

      aku suka ko compaerkan bidang kita ngan doktor.

  49. Pacifista pada 01 Dec 2011

    tak jauh lagi nak kejar LIKE tu :P

  50. scromix pada 01 Dec 2011

    boleh la apply mcm nie, masa aku bnyak :D

  51. zool pada 01 Dec 2011

    memang leceh terutama kalau byk pertanyaan yang nak cepat jawapan. penat woo

  52. Senapi pada 01 Dec 2011

    Seorang PP Tek Maklumat xkan sempat nk jaga Fb Page. Bnyk tugas : Develop & Maintain Web, Buat Video/Multimedia, Server+Network, Manage Asset, buat sistem, terima aduan user dll ..

    RM5k tu berbaloi jika fb page *sibuk dan membawa faedah dan pulangan ..

  53. Lutfi Azhar pada 01 Dec 2011

    rasional.

  54. syaz pada 01 Dec 2011

    Pada aku xde masalah lah someone dibyr rm5k utk keja ni. Yg xpuas hati tu dengki je 2 pasal keja 2 xdpt kat diorg. Cuba kalau dpt kat diorg mesti diorg kata ‘memang patutlah dibyr 5k, sesuai sgt’…xde pendirian! If u feel u need to complain about your salary, xkiralah kau doctor ke, engineer ke, accountant ke, then my friend u are in the wrong career coz u simply have no passion 4 it. Stop whining, stop blaming others, shut up n do something about it ladies…!!!

    • Firdaus pada 01 Dec 2011

      Hehe. Orang kita.

    • sinach pada 06 Dec 2011

      xsalah komplen dgn gaji kita. setengah dari kita mmg underpaid pon.

  55. Emi pada 01 Dec 2011

    Arrghhhh! Aku tak puas hati dengan banyak comment! Tunggu aku balik futsal dan aku akan berhujah!!

    • Anas pada 01 Dec 2011

      +1 ajak aku main sekali

  56. Eriyza pada 01 Dec 2011

    Terbaek! :D

  57. lanz pada 02 Dec 2011

    wow

  58. topek pada 02 Dec 2011

    untunglarh gaji 5-10k… hari2 ngadap fesbuk… bosan2, leh layan cafe world… hahaha.. *just joking…

  59. sarraazzam pada 02 Dec 2011

    lawak la psal shameful tu..haha

  60. Iwani Khalid pada 02 Dec 2011

    Customer Service isn’t easy, tak kisah any platform pun. Therefore, I agree that gaji RM5k to maintain a brand’s FB page is rational.

    But any job sekalipun bila outcome tak ooomph, orang akan start to wonder whether the amount paid is worth it or not… or whether the right person was hired..

    Tu yang timbul this whole hoo hah! pffftt!

  61. mrX pada 02 Dec 2011

    Bez gila dapat jaga fb fanpage..boring2 jaga fanpage boleh layan youjizz..hahaha sebab tu engineer,doktor ape semua dengki ngan kerja jaga fanpage ni. ko ade keee??? kelass aku gitu.

  62. haru pada 02 Dec 2011

    aku nak jadi penjaga fanpage gak??? ade sape2 sudi nak upah aku kerrr????

    trolololoolololoooo~

  63. Ismail pada 02 Dec 2011

    tgk cam senang….1 page pon payah nak jage ;P

  64. Emi pada 02 Dec 2011

    OK back! Semalam futsal balik terus tido. Sambung balik ape aku type semalam tapi hilang..

    1. Rasionalkah gaji Admin FB Page RM5k?

    - Rasional… Aku setuju jika page tersebut adalah jenama / kompeni besar. Aku sendiri menjaga 3 facebook page untuk 3 kompeni + brand and percaya lahh.. ia bukan kerja yang senang. FB page admin bukan saja perlu ‘manage’ page tersebut malah sebagai :

    i. pegawai perhubungan pelanggan (customer service personnel)
    - menjawab segala soalan pelanggan. Pelanggan kini lebih suka bertanya soalan di laman fb dan bukan lagi di emel kerana lebih senang dan respon lagi cepat. Dan apabila jawab lambat sikit mula la mengamuk. Segala komplen pun akan diterima secara terbuka di wall facebook page dan mudah disaksikan oleh beribu-ribu pelanggan yang lain yang boleh mejejaskan reputasi syarikat/brand tersebut secara tak langsung. The worst thing is, FB wall comments CANNOT be moderated like blog posts comments. Anda hanya boleh delete setelah komen tersebut dipampang. Ini adalah risiko yang tinggi apabila menggunakan media sosial sebagai cabang komunikasi dan ia adalah tanggungjawab FB admin page untuk menjaga imej syarikat. Quote daripada Customer Service Guru bagi saya, Jeff Bezos – CEO of Amazon :

    ” If you make customers unhappy in the physical world, they might each tell 6 friends.
    If you make customers unhappy on the Internet, they can each tell 6,000 friends.. ”

    Saya perlu on phone saya 24-7 untuk cek komen2 FB page daripada pelanggan yang tidak puas hati, trollers, penjual mlm / insurans yang selalu mengambil peluang terbuka.
    Oleh itu, jangan samakan Kerani Kaunter Pertanyaan dengan FB Page Admin.

    ii. Pegawai pemasaran untuk menaikkan ‘likes’ atau segala prgan omosi brand/kompeni tersebut
    Selain menjaga pelanggan, FB page admin juga perlu sentiasa membuat status updates untuk sebarang promosi kompeni. Menjalankan dan monitor ad campaign untuk meningkatkan brand awareness. Ada sesetengah e-commerce site, sales performance sangat bergantung dengan fb pagenya. Secara tak langsung, tanggungjawab FB page admin nih jugak lah menaikan sales melalui fb page kompeni tersebut.

    2. Aku kerja doktor / engineer belajar penat2 tapi gaji sikit..

    First, don’t compare an apple to an orange. Bidang seperti engineer dan doktor nih jauh sekali daripada media. FB Page Admin bukanlah bidang IT. More like a media + marketing. Kalau anda ingin duit lebih, jangan makan gaji. Be innovative, and think like an entrepreneur.. but NOT MLM.

    3. Kerajaan buang duit – Patut hire orang sendiri – Staf Gomen goyang kaki – makan gaji buta.. bla.. blaa.. blaa = (unsur-unsur politik).

    Aihh… sedih bila semua benda nak dikaitkan dengan unsur politik. Dan saya benci dengan ‘generalisation’.. Without adding fuel to the fire, saya ingin memberi pujian kepada organisasi kerajaan yang mengambil langkah ke alam sosial media untuk berhubung dengan pelanggan. Salah satu contoh terbaik adalah KWSP – Facebook : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Twitter: KWSP. FB Page mereka sangat pro-aktif dan profesional dalam menjawab segala pertanyaan dan persoalan ahli dalam twitter mahupun fb. Saya sudah bandingkan dengan organisasi lain dan memang tidak dinafikan KWSP adalah paling efisien dalam penggunan sosial media. They use it to the fullest. Oleh itu, ini adalah contoh bukan semua staff kerajaan / badan-berkanun tak efisien.

    Dan itulah hujah2 saya…

  65. zuan pada 02 Dec 2011

    berat tanggungjwb

  66. Izzat Aziz pada 02 Dec 2011

    ini semua malas namanya.. macamlah diorang tak de PR department untuk handle benda gini.. bazirkan duit semuanya.

  67. Pisyek pada 02 Dec 2011

    “hi shameful” <– #facepalm

  68. titan pada 02 Dec 2011

    bagi aku rasional. Bukan senang tu nak buat. Tapi kalau sampai 240k untuk 8 bulan…tapi like setakat 30k je..baik campak lombong aje fanpage tu..

  69. Juan pada 02 Dec 2011

    aku setuju dengan ko amanz

  70. amoi pada 03 Dec 2011

    wah! Nak apply weh.
    haha

  71. Tukang Like pada 05 Dec 2011

    wajar… itu jawapan saya :)

    setakat RM5k tu masih lg dlm kewajaran… tapi apa yg lebih penting apakah outcome dpd hasil usaha pengendali page tersebut

    saya sendiri ada pengendalikan beberapa page yg mendapat berpuluh2 ribu like (dan juga angka Talking about this yg relevan)

    mmg ia bukan semudah yg disangka… otak kena berfikir bagaimana utk menjadikan page aktif, bagaimana utk melibatkan likers utk turut serta supaya setiap status update akan mendapat komen,like,share yg sewajarnya

    mungkin di malaysia, kerjaya sebagai pengendali page ini masih sesuatu yg masih baru.. masih hijau lg :) (dan x perlu nak bandingkan dgn kerjaya sbg doktor, engineer)

    bagi pendapat saya.. admin page ni bertindak sbg brand manager juga.. so jika besar jenamanya lumayan la gajinye.. hehe

    nak tau camne nak bg page kita aktif? boleh try baca buku Likeable Media by Dave Kerpen (boleh cari kat MPH, Popular) recomended!

    yossssh…

  72. EDC pada 07 Dec 2011

    WTF!!!!! stkat nk log-in,update status kat FB tue budak SPM pon bole buat..

  73. Ummar Farouk pada 08 Dec 2011

    waduhh… berbaloi gaji yer dapat tuh… boleh jadi kaya kerjakan kat pesbuk… aku punye fan page pesbuk takde pun dapat pendapatan sebulan walaupun sehari suntuk kerja wat blog… huhu… sedeyy…

  74. dedawang pada 23 Feb 2012

    nice info,,,

    thanks for ide ,,,,
    bisa di coba kan tapi kerja da berapa lama..tu ???


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader