Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk terus mengukuhkan kedudukan dalam industri televisyen satelit tempatan, Astro hari ini telah pun mengumumkan perkhidmatan baru daripada mereka, dinamakan sebagai NJOI, dimana melaluinya ia menawarkan perkhidmatan televisyen satelit secara percuma, tanpa sebarang caj bayaran bulanan.


Pelancaran Perkhidmatan Astro NJOI [via]

Melalui perkhidmatan Astro NJOI tersebut, para pengguna akan mendapat akses percuma kepada lebih 18 saluran televisyen dan juga 19 saluran radio. Buat masa ini, pendaftaran untuknya masih belum dibuka, dan dijangka akan mula beroperasi pada suku tahun pertama tahun 2012 kelak.

Walaupun perkhidmatan tersebut ditawarkan secara percuma, tanpa sebarang caj bulanan, namun para pengguna perlu mendapatkan dekoder khas daripada Astro untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Dari segi perspektif perniagaan dan juga bisnes, mungkin Astro berharap, dengan menawarkan perkhidmatan percuma, mereka boleh mengiklankan beberapa saluran berbayar mereka kepada para pengguna, sekaligus menjana pendapatan tambahan daripada pengguna seluruh negara.

Kemaskini :

Nampaknya, Astro NJOI tidak membawakan sebarang saluran daripada pihak Media Prima, sebaliknya menawarkan beberapa saluran mereka, bersama-sama dengan saluran daripada RTM.

Ia juga dilaporkan oleh RotiKaya, dimana perkhidmatan Astro NJOI turut sama akan didatangkan dengan sokongan prabayar, dimana para pelanggan boleh menambah wang pada akaun mereka, dan membuat langganan untuk sesuatu saluran dengan mudah melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd