Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Lanjutan daripada perkara berkaitan dengan draft Akta Badan Perkomputeran Professional 2011, kini bantahan mengenainya bukan sahaja dinyatakan melalui laman sosial dan juga blog, tetapi para pekerja di sektor IT turut sama bersatu dalam menandatangani petisyen di laman Change. Sehingga artikel ini ditulis, lebih daripada 120 orang telah menyatakan bantahan melalui laman tersebut.

Melalui apa yang dilihat, melalui halaman tersebut, lebih 1000 tandatangangan disasarkan untuk dikumpulkan bersama, sebagai tanda bantahan untuk perkara ini, yang mana akan memberikan impak kepada sektor ICT negara.
Selain daripada melalui laman tersebut, MentariWorks turut sama membangunkan sebuah aplikasi khas pada laman mereka, namun ia seperti masih belum aktif digunakan lagi buat masa ini.
Jadi, sekiranya anda turut sama membantah perkara ini, maka anda boleh nyatakan bantahan melalui halaman khas di laman Change.org hari ini. Dan untuk mendapat maklumat dan info lebih mendalam berkaitan dengan perkara ini, anda boleh sertai hari terbuka yang bakal diadakan pada hari Selasa kelak.
Jom kita sama – sama sebarkan dan kumpulkan tandatangan sebanyak yang mungkin demi masa depan ICT kita di Malaysia .
Ada akta plak dh
so amanz hantar wakil ke?
aku mungkin pergi mungkin tak.
jika dan hanya jika terguna pada CNII maka aku rasa ok je.
kalau akan datang merebak kepada yang lain, maka lepas tu perang siber kerajaan-orangIT akan berlaku
yerp. insyaAllah kami akan berada di sana.
Semoga petition ni akan membuahkan hasil…
Dah… boleh dapat lebih 1000 nie. Lepas seminit refresh semula dalam 4 orang sign lepas aku sign
signed ! majulah bidang ICT utk malaysia !!
jgn block yg bukan2 sudah!
YEAH!!!…SIGNED!!…
Done!
Jumlah yang mengisi petisyen ni sudah hampir 500 orang.
bagus! kita pun blogger kena bersatu hati sama2 dengan orang pakar IT bantah “natang” ni..
semoga mmbawa byk perubahan
Jom sama-sama kita support bantahan ni
http://petisyen.com/ idup lagi weh. made in malaysia gak pe. he he
sape tah buat jumpa dlm forum php
join the FB page as well:
http://on.fb.me/CPB2011-Facebook