10Dec

Bayar Deposit RM200 Hari Ini, Dan Dapatkan iPhone 4S Daripada Celcom Pada 16 Disember

Apple, Telekomunikasi

Nampaknya dengan tarikh pelancaran iPhone 4S yang semakin hampir, lebih banyak perkara mengenainya diketahui, dan kini, Celcom telah pun mula mengiklankan dimana para pengguna boleh mendapatkan iPhone 4S mereka dengan hanya membayar deposit sebanyak RM200 sahaja, dan boleh terus mendapatkan peranti mereka pada 16 Disember kelak.

Perkara ini semestinya akan menjadikan lebih ramai yang ingin mendapatkan peranti tersebut lebih gembira, dan tidak sabar mendapatkannya. Untuk mendapatkan peranti tersebut melalui promosi ini, para pengguna hanya perlu ke salah satu lokasi yang menyertainya (boleh semak lokasi dilaman rasmi Celcom), dan seterusnya membayar deposti sebanyak RM200.

Kemudian, pada hari pelancaran tersebut, iaitu pada 16 Disember, para pengguna hanya perlu membawa resit pembayaran deposit tersebut, dan boleh mendapatkan peranti iPhone 4S terus pada hari tersebut.


DiGi Bakal Melancarkan iPhone 4 Lebih Awal
Samsung Galaxy Tab Di Lancarkan Di Malaysia
P1 Menawarkan Pembelian Kuota Penggunaan Tambahan
Celcom Dan TM Mengumumkan Kerjasama
Apple Menguji Teknologi Skrin Dengan Resolusi Tinggi Pada iPad?

18 Komen

  1. syamilshahimi pada 10 Dec 2011

    Sekali stock habes, tak ke haru si pembayar2 deposit. haha

    • Aman pada 10 Dec 2011

      rasanya, mesti dia simpan stok untuk semua yang bayar deposit nie. lebih kepada nak tarik user guna iPhone 4S dari Celcom, so bila dah bayar deposit, kalau ada syarikat lain tawar lagi murah pun, konpem amk ngan Celcom juga, sebab dah bayar deposit nyer pasal. Hehe.

      • Ekspresi Ruang pada 10 Dec 2011

        btol tu. strategi yg agak bernas dr celcom. ikat pelanggan awal2. hehe

      • Mashi pada 10 Dec 2011

        Amanz tak beli ke?

        • Aman pada 10 Dec 2011

          Tak mampu buat masa ini. Hehe.

    • Ahmad Hati pada 10 Dec 2011

      Yang dah byr confrm lah dpt

  2. hehe pada 10 Dec 2011

    lepas byr rm200 tu, kena byr berapa lagi kat outlet?

    • Fikri Adhiey pada 10 Dec 2011

      yup…nak tau gak., kontrak berapa bulan?

  3. life4hire pada 10 Dec 2011

    amanz…ada promo buy 1 free 1 lagi tak? kalau ada…aku angkat lagi..haha

  4. dean pada 10 Dec 2011

    boleh beli tanpa contract kan dgn celcom? kan? sape2 tau, leh tlg jwb x?

    • Riey pada 10 Dec 2011

      klu nk beli tanpa contract leh beli terus dari Apple Store Malaysia..Apple Malaysia akan jual scra online jgak…
      http://www.apple.com/my/

  5. yapompiow pada 10 Dec 2011

    cara terbaru nk pikat pengguna.

  6. Nisa pada 10 Dec 2011

    Boleh tahan murah gak..

  7. Raja_Unta pada 10 Dec 2011

    Bernas betul idea Celcom nie
    hahahhaa…
    Terbaikkk!

  8. kaizendeen pada 10 Dec 2011

    inilah strategi bines yg korang perlu fikir masak2….

  9. Irzan dhom pada 10 Dec 2011

    ade unconfirmed source dari LYN reveal pricing untuk pakej celcom
    http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=1901723&view=findpost&p=47354191

  10. sarraazzam pada 11 Dec 2011

    msti rmai yg order..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Pay RM200 deposit to book and collect your iPhone 4S from selected Celcom outlets nationwide | SoyaCincau

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader