14Dec

Beberapa Perubahan Bakal Dilakukan Pada Draft Akta Badan Perkomputeran Professional

Lain-lain

Salah satu topik hangat sepanjag semalam dan hari ini adalah berkaitan dengan Akta Badan Perkomputeran Professional, dimana pelbagai perkara telah dibincangkan secara menyeluruh, dan pelbagai pandangan dan pendapat telah dilontarkan, dimana beberapa wakil yang hadir tidak menjawab soalan secara menyeluruh.

Antara perkara yang diberikan perhatian oleh mereka yang terlibat dalam industri pada Hari Terbuka MOSTI yang diadakan semalam adalah :

  • Penalti dan denda yang dikenakan yang memperlihatkan para pelaku seperti pesalah kriminal dengan hukuman penjara sekiranya melanggar peraturan pada badan tersebut, berbeza dengan badan-badan lain yang sekadar melucutkan keahlian sahaja.
  • Siapakah yang perlu berdaftar dengan badan tersebut masih menjadi tanda persoalan, dan masih tidak dapat diterangkan dengan menyeluruh, termasuk adakah kakitangan kerajaan perlu diwajibkan mendaftar ataupun sebaliknya.
  • Definisi berkaitan dengan Infrastruktur Informasi Kritikal Kebangsaan masih menjadi tanda tanya, apabila tidak dapat diterangkan dengan menyeluruh, dan tidak diberitahu apakah sektor yang akan terlibat padanya.
  • Pada masa yang sama, ia masih menjadi tanda tanya siapakah yang akan berada disebalik badan tersebut, apabila mereka hanya sekadar menghantar wakil sahaja, selain tidak berbincang dengan komuniti secara terbuka melalui rangkaian sosial dan sebagainya sebelum hadir dengan draft tersebut.

Tambahan lagi, daripada panel yang hadir pada hari terbuka tersebut, mereka mengatakan yang mana perkara ini mungkin akan diubah dalam draft akan datang, selain turut mengatakan mereka tidak mengejar sebarang tarikh untuk melaksanakan perkara tersebut, dan mengatakan komuniti boleh menghantar wakil untuk memberikan input kepada mereka. MOSTI turut meminta memberikan maklumbalas melalui emel terus ke bcpm@mosti.gov.my sebelum 15 Januari 2012 ini.

Selain daripada itu, pada hari ini, beberapa media utama negara, seperti The Star dan juga Malay Mail melaporkan yang mana akta ini akan dibubarkan sekiranya terdapat tentangan daripada komuniti IT.


InfoMalaya : Kini 3 Tahun Di Persada Internet
Intel Kini Merupakan Pemilik McAfee
Joomla! Day Malaysia 2011 Bakal Diadakan Pada 25 Jun
Astro Byond IPTV Mungkin Diperkenalkan Bersama ISP Lain?
Mynic Menawarkan Diskaun 50% Untuk Pendaftaran Domain Baru Pada Ogos

5 Komen

  1. aloha pada 14 Dec 2011

    dah takder kejer la nih, mengabih beras rakyat jer. budak sekolah pun tau draft ni merapu. pegi la buat draft banjir ke, tulung org miskin ker

    nk buat governance kena relevant dengan isu dan persekitaran yang hendak dilakukan

    sapa la ptd buat usul nih. pukul skit kasi balik buat dpa 8 kali

  2. Haziq pada 14 Dec 2011

    penuh dengan tanda tanya.. harap2 dibubarkn jela.. menyusahkan jer.

  3. Izzat Aziz pada 14 Dec 2011

    yang suggest ni pun banyak lagi tak tahu camne.. buat masa mengantuk ke apa?

    • rizuani pada 14 Dec 2011

      Bukan mengantuk..tapi berangan!

  4. Orang Biasa pada 15 Dec 2011

    “Bill Gates, Mark Zuckerberg and hundreds of others … their successes were based precisely on an environment which encouraged unrestrained creativity, breeding innovation without a leash.”

    Bill gate dan lain2 bole berjaya tanpa draft merapu ni.. Kenapa ek negara kite mesti nak sekat kreativiti industri IT? Dengan adanya draft sebegini maka peluang utk org genius yg mempunyai bakat utk membantu dlm meningkatkan produktiviti akan tersekat dan lagi melecehkan… Tolong bubarkan draft merapu ni…org yg ade kemahiran lg hebat dari org yg ade degree… Billgate mark zuckerberg adalah contoh personalitinya..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader