17Dec

Canonical Meminta Para Pengguna Ubuntu Menggunakan Pakej OpenJDK Mengantikan Java

Linux, Sumber Terbuka

Hari ini, secara rasminya, pihak Canonical telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan dan membuang semua Sun Java Development Kit yang disertakan bersama-sama dengan sistem operasi mereka, memandangkan pihak Oracle sendiri telah menamatkan lesen untuknya.

Dan memandangkan ia merupakan antara komponen utama, untuk mengantikannya, kini Canonical meminta para pengguna menggunakan dan berpindah kepada OpenJDK secepat yang mungkin, sekaligus mengelakkan sistem daripada tidak berfungsi.

Bagi para pengguna Ubuntu, anda boleh memasang OpenJDK pada sistem operasi anda dengan mudah dan senang, iaitu hanya perlu memasang icedtea6-plugin untuk menyokong Java pada pelayar web anda, ataupun openjdk-6-jre untuk digunakan pada perkomputeran maya anda. Para pengguna juga boleh memilih untuk memasang Oracle Java secara terus daripada laman web rasmi mereka sekiranya ingin terus menggunakannya.


Alpha 2 Mozilla Fennec Di Edarkan
Anugerah ICT NEF-Awani 2010 Menyaksikan Lebih 15 Syarikat Tempatan Bersaing
Versi Pra-Alpha Pemain Media VLC Untuk Android Sedia Diuji
Kod Sumber Android 4.0 Akan Dilancarkan Pada 17 November Kelak?
UbuntuTV Diperlihatkan Oleh Canonical Secara Rasminya

5 Komen

  1. ZoOL pada 17 Dec 2011

    Oh wow.. Kalo tak silap aku, Oracle is the owner of Sun Microsys.. and SM developed java + Open Office.. ni grenti kes community ubuntu tak suka dgn Oracle pastu diorg wat fork project Open Office a.k.a Libre Office.. pastu Oracle balas balik dgn menamatkan lesen Java diorg lak :/

    • Zulhamizan pada 17 Dec 2011

      hoho. Dah macam nak balas dendam ja =_=’

    • syahrilhafiz pada 17 Dec 2011

      yes..adoi biasa la tu..bersaing secara sihat :P

    • Syukri Lajin pada 18 Dec 2011

      actually dierang bwat fork open office bukan sebab tak suka, tapi sebab masa depan open office yg tak menentu.. takut dengan kemungkinan open office akan jadi macam solaris os, dan skrang java.. lesen restriction, tak boleh letak dalam os la apa semua.. aku rasa keputusan dierang tepat.. sebab restriction yang macam dierang buat dekat java ni la komuniti lari awal2 dari openoffice.. skrang java dah tak boleh letak, nasib baik dah ada pengganti..

  2. zulware pada 18 Dec 2011

    haha…betul 2..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader