09Dec

Celcom Bakal Menawarkan iPhone 4S Pada Harga Serendah RM558?

Apple, Telekomunikasi

Dengan semua menantikan pelancaran iPhone 4S di Malaysia bersama-sama pakej yang bakal diperkenalkan, kini MalaysianWireless, menjadi yang pertama mengeluarkan maklumat mengenainya, dimana ia dilaporkan, Celcom bakal menawarkan iPhone 4S pada harga serendah RM558 bersama-sama dengan kontrak selama 24 bulan bersama pakej mereka.

Melalui apa yang dilaporkan, ia diperkatakan yang mana Celcom bakal menawarkan iPhone 4S bersama-sama dengan pakej Celcom Exec i248 dengan kontrak selama 24 bulan. Pada masa yang sama, Celcom turut sama dijangka akan memberikan harga diskaun untuk pembelian terhadap beberapa pembeli terawal.

Celcom sebelum ini, pada awal pagi ini telah pun memulakan pendaftaran minat untuk membeli iPhone 4S melalui mereka, selain turut mengeluarkan maklumat mengenai dimanakah acara pelancaran mereka akan diadakan, iaitu di Bangsar, dan akan mulakan jualan tepat pukul 12 tengah malam.


Celcom Bakal Melancarkan Pakej iPhone 4 Untuk Umum Esok
TM BBphone - Perkhidmatan Menarik Dari TM Yang Tidak Pernah Dipromosikan
Apple iPhone 4S Dilancarkan Secara Rasminya Di Malaysia
(Videografik) iPad Dan Kejayaannya Sejak Dilancarkan
Bilakah Masa Popular Rakyat Malaysia Mengakses Internet Menggunakan Peranti Mudah-Alih?

12 Komen

  1. Riey pada 09 Dec 2011

    Jom beli.. Habiskn duit bonus… =)

  2. Rann pada 09 Dec 2011

    Rasanya nanti RM558 mesti kena tambah dengan rm600 (upfront payment). which is actually equal to RM1158

  3. kyrul pada 09 Dec 2011

    AYAT JE LEBIH ,BOOOOOO

  4. kaihnsn pada 09 Dec 2011

    Perghhhh murah giler. Tapi aku belum lagi giler untuk kaitkan diri aku dgn apa saja produk Celcom.

  5. Syafiq Zainal pada 09 Dec 2011

    Gaya ayat macam pelik. Ni mesti bukan aman yang tulis. haha. Kbye.

  6. fiqueobiey pada 09 Dec 2011

    klu harga mcm yg d’sebutkan,mmg best la

  7. edc pada 10 Dec 2011

    this is business… ^_^

  8. syamilshahimi pada 10 Dec 2011

    harga memang nampak murah, tengok la amount yang kena bayar bulan2 x__x

  9. Bulan Terkenal pada 10 Dec 2011

    mahal3..

  10. slee pada 10 Dec 2011

    trap!!pastu sengsara bayar bulan2..puiii>_<

  11. Azrin Asyikin pada 22 Jan 2012

    nak tanya ipone 4s kat celcom berapa harga?macam mana nak beli?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader