Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, selain daripada DiGi, Celcom turut sama akan menawarkan Samsung Galaxy Nexus kepada para pengguna tempatan, sekaligus membolehkan para pengguna membuat pilihan samada ingin mendapatkannya melalui pakej DiGi ataupun Celcom. Buat masa ini, ia masih belum diketahui samada adakah Maxis bakal menawarkannya ataupun tidak.

Buat masa ini, tarikh pasti pelancaran Galaxy Nexus masih tidak diketahui lagi. Namun ia disasarkan untuk pelancaran sekitar pertengahan bulan Januari kelak. Menurut MalaysianWireless, harga jualan peranti tersebut di pasaran Malaysia berkemungkinan adalah sekitar RM2099, dan melalui pakej-pakej DiGi dan juga Celcom, mungkin kita akan dapat melihat harga tawaran yang lebih murah, melalui kontrak yang disediakan oleh mereka.

Mungkin kita akan dapat lebih banyak maklumat berkaitan dengan peranti ini menjelang pelancarannya dalam beberapa minggu lagi.
24 Komen
Tinggalkan Komen Anda
nak beli yg unlock jer lah
tgh bayangkn Galaxy Nexus tanpa ICS….cm xleh blah jer
Ishh. Buruknya phone ni. Hahaha
nak beli gak ah… try android plak…
nak beli tapi kamera 5 MP je. :/
tiada apa pada megapikel.. ianya hanya resolusi gambar bukannya qualiti gambar. Kalau nak yg 20 mp ke baik beli kamera.
yer ker begitu? baru kini aku tau..
hafal ayat jap..
“tiada apa pada megapikel.. ianya hanya resolusi gambar bukannya qualiti gambar”
5mp dia x sama mcm 5mp biasa… aperture dia lgi baik,gmbr lgi tajam.. rajinkan baca review dri luar sama…. byk info bro
dia xsama.. tapi masih lagi megapiksel.
antara kamera SG S2 & SG Nexus ,
mana yang lebih cantik ?
- 8MP v.s 5MP -
MEgapiksel berguna jika kita nak print gambar besar2 atau nak zoom sebab gambar (piksel) tak akan pecah…
Kualiti gambar pula dipengaruhi oleh aperture, iso, white balance dsbg.
woaaa woaaa…. :0
Tak cantiknya phone nih. Mcm phone zaman 2003-2004 jah. Not worth it kalau harganya RM2099 sedangkan speknya pun nan ado jah. Nampak sangat bergantung banyak pada ICS utk menangkan hati consumer.
Aku tgh pkai phone ni. Beli AP set sbb tak sabar dah nk pkai. Mmg terbaekk.Design nye mmg lawa..tgk gambar saje tk cukup, kene try pegang. Mmg selesa kalo pegang, corner tk sharp mcm SGS2 atau iphone4, mcm ikut bentuk tapak tgn. Skrin pon besar dgn resolution true HD 720p, mmg cun. Tp pegang tak rasa besar sgt (sama lebar je ngan SGS2 utk sape2 yg dah terbiase), cuma panjang sket je. Dh pkai nexus ni, iphone rasa cinonet je hehe. ICS jgn ckp la, try sendiri baru rasa kelazatannya
Berapa ratus ni
mungkin bro zebulun boley buat review..bandingkan dgn iPhone ke
aku sendiri tak pernah memiliki iPhone.. tapi dikelilingi oleh sedara2 atau kawan2 yg pakai iPhone la. Bg aku iPhone ni boring, almost a perfect phone..tp boring.
Satu sbb yg aku takkan beli, saiz skrin iPhone, 3.5″ terlalu kecik bg aku. Galaxy Nexus dgn skrin 4.7″ adalah perfect sbb aku byk pakai utk web browsing. lagi selesa sbb tak perlu terlalu byk pinch to zoom ataupon tarik kiri kanan. seakan2 tablet feel.
Pasal kamera, galaxy nexus punye kamera takde la bagus sgt. megapixel tak memainkan peranan, itu gimik saje, kecuali kalo nak print gmbr utk banner besar2 tampal kat signboard la haha. tp aku suka zero-shutter-lag feature tu. kalo bole amik gmbr lawa2 pon, tp not at the right moment, buat ape kan? walaupon gmbr kurang lawa, tp at least dpt amik gmbr yg kite nak, so dpt la share kat laman sosial..ye tak? 5sen dr aku
terbaek bro.aku dlm dilema nak beli nexus or lumia.ko cdgkan apa?aku ni pemancing tegar dan slalu masuk hutan..so kdg2 jatuh ats batu la,tanahlah.tu yg kdg2 hset ikut jatuh sekali.klu nexus tahan lasak mcm nokia..aku sambar nexus
Beli case macam ni insyaAllah selamat.. http://www.otterbox.com/Samsung-Galaxy-NEXUS-Defender-Series-Case/SAM2-I515X,default,pd.html
tp kalo nak peace of mind.. baik bawak nokia 3310 gi mancing bro..
Wow..ini sudah bagus.hrp2 ada jual kt mesia.
Wow..ini sdh bagus.hrp2 ada jual kt msia
aku br nampak iklan kt Lelong.nexus rm999 jer.biar betik?!
maaf..sebenarnya nexus s dan bukan galaxy nexus.tersilap lah pulek
mana berbaloi nk beli nie..nexus @ galaxy s2