Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada UMobile, ia kelihatan Celcom juga turut sama menawarkan Samsung Galaxy Tab 7 Plus melalui pakej mereka. Namun buat tiga hari ini, ia kelihatan mereka memfokuskan pada hadirin di PC Fair terlebih dahulu.

Melalui pakej yang ditawarkan, Celcom memperlihatkan Galaxy Tab 7.0 Plus pada harga bermula daripada RM1188. Namun begitu agak berbeza pada apa yang diperlihatkan melalui jadual tawaran pelan mereka, ia memperlihatkan Celcom Exec 50 dengan Mobile Internet Advance hanya pada harga bermula RM1228.
Walaubagaimanapun, melalui halaman utama Celcom, ia mengatakan para pengguna yang membeli melalui PC Fair yang diadakan pada minggu ini, akan memperolehinya pada harga diskaun sebanyak RM300. Ia tidak diketahui samada adakah ianya adalah harga pakej yang diperlihatkan ini, ataupun pengguna yang membeli disana akan mendapat diskaun tambahan ataupun tidak.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
terbaik..
Galaxy tab 7 plus lagi baru atau galaxy tab 10.1?
7 Plus lagi baru dan boleh buat panggilan telefon.
galaxy tab 7 plus dgn galaxy tab 7.7 yg mn lbh baik?
GTab 7.7, of course…
sedap betul lagu intro video amanz. joget2 depan PC. haha
+1
mcm2 gadget skrg..huu..duit je xde
boleh tahan juga kalau ambil ikut pakej ni
bagus lagi resolution pada tab 7.7 nanti. Di kota kinabalu harga tab 7+ rm1699 dan 8.9 rm1799, jadi berapa la harga tab 7.7 agak2nya?
lepas satu, satu keluar. tak sempat nak hadam. hehehe