Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, untuk menguji Chromium OS, iaitu pelayar web berasaskan awan daripada Google, ia adalah sesuatu yang agak sukar disebabkan sokongan perkakasan yang amat terhad. Namun perkara tersebut kini diatasi, dimana pembangun Hexxeh kini telah pun memperkenalkan variasi daripadanya dikenali sebagai Chromium Lime.

Melalui Chromium Lime, ia membawakan sistem operasi berasaskan awan dan pelayar web tersebut bersama-sama dengan beberapa sokongan tambahan untuk perkakasan, membolehkan anda menggunakanya dengan mudah pada komputer riba anda.
Chromium Lime membawakan penambahan perkakasan dari segi sokongan pelbagai jenis perkakasan WiFi padanya, selain turut menyokong nVidia GPU siri 6 dan terkini. Java juga kini disokong penuh pada Lime, dan pembangunnya menjanji akan menyokong lebih banyak aplikasi tambahan padanya dalam masa terdekat.
Bagi mereka yang ingin menguji dan menggunakan Chromium Lime, anda boleh memuat-turun versi pembangunannya, dan mula menggunakannya hari ini secara percuma.
22 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Aplikasi untuk window mungkin masih dalam pembangunan.
aplikasi utk window?..ko sembang apa nih,,, budak2 nih windows je dlm kepala dia..
TROLLING. haha. komen paling ftwbbq.
dik dok, Chromium Lime tu, variasi Chrome/Chromium OS. inb4 this, ade version lain, like Chromium OS Vanilla.
“Aplikasi untuk window mungkin masih dalam pembangunan.” maybe aplikasi Chrome Toddlers kot~
haha
ada jugak perisa limau yer..
ape beza ngan chrome yg x lime?
bukan chrome(browser) tapi chromium(OS)
+1
chromium vanilla pon ade….yg tu lebih kpd ape plak ye??
perasa yang lebih sedap mungkin?
nais..+100
haha,macam-macam perisa ada lol !
Google bnyak idea yang bernas, cuma kurang mendapat sambutan. Then setahun dua lunch, close. Tapi dah kira nice lah. Goole berani mencuba
*Tiada kaitan dengan Chromium Lime, cuma berkata tentang google.
google mmg cam tu . suke ambik risiko
nice +1
mesti masam nii
akn didownload nnt..
dah cuba vanilla (versi sebelum lime) pada acer aspire one D255, tapi sokongan hardwarenyer agak ketinggalan. OS yg ringan, boot cepat jer tp fungsinyer terhad disebabkan based on cloud computing. sesuai hanya jika ader tenet laju jer….
lawa la pulak logo chromium lime nieh…~_~
tuka kaler jer…
=.=
terbaik..
tetibe tringat kt limewire plak….