30Dec

#Tips : Bina Gambar Facebook Cover Untuk Timeline Dengan Pantas Melalui CoverCanvas

Tips Dan Tutorial, Web 2.0

Dengan pengenalan Facebook Timeline yang baru, salah satu perkara yang menjadi dilema setiap pengguna adalah membuat pilihan gambar untuk halaman profil mereka. Walaupun terdapat beberapa pilihan gambar, seperti daripada FookCover dan lain-lain, kini salah satu perkhidmatan baru turut sama memudahkan proses tersebut, iaitu CoverCanvas.

Melalui CoverCanvas, para pengguna boleh membuat gambar latar untuk Facebook Timeline mereka tersendiri dengan susunan mengikut kegemaran mereka, ataupun sebaliknya membuat pilihan daripada gambar-gambar dan grafik yang disediakan oleh pihak CoverCanvas sendiri.

Pada masa yang sama, CoverCanvas juga turut memudahkan proses memuat-naik, dimana memandangkan ianya menggunakan fungsi Facebook Connect untuk menggunakan perkhidmatan mereka, ia memuat-naik gambar tersebut secara automatik, membolehkan anda mengaktifkan sesuatu gambar dengan mudah sekali.

Jadi, bagi anda yang inginkan alternatif lain selain daripada FookCover, mungkin anda boleh ke laman CoverCanvas untuk mendapatkan beberapa idea baru untuk gambar profil dan menggunakannya sebagai Facebook Cover anda.


Facebook Lite Lebih Pantas Daripada Biasa
Groupon Malaysia Menambah Lebih 50,000 Pengguna Dalam Masa Kurang 10 Hari
Microsoft Bakal Mengumumkan Pengambil-Alihan Skype
Facebook Memperkenalkan Fungsi Log Masuk Dwi-Faktor
Hilangkan Kebosanan Dengan Bermain Bersama Orang Lidi Dalam Bentuk Animasi Yang Menarik

15 Komen

  1. Piratz pada 30 Dec 2011

    Macam2 skarang dah ade.. wow…

  2. yapompiow pada 30 Dec 2011

    bagus bagus.

  3. razfira pada 30 Dec 2011

    terbaik.. xde idea nak letak ape sebagai facebook cover.. nak ltak gamba sdr mcm common sgt.. :P

  4. hanafi bhari pada 30 Dec 2011

    makin complicated yee :D

    • nas pada 30 Dec 2011

      +1

  5. ZoOL pada 30 Dec 2011

    Eh.. bukan kat blog Piratz pun ada gak apps facebook utk cover?

  6. lanz pada 30 Dec 2011

    waa..sangat bagus !

  7. payid23 pada 30 Dec 2011

    lama-lama facebook ni nanti jadi macam friendster pulak…semua boleh di customize kan :P

  8. Bulan Terkenal pada 30 Dec 2011

    terbaik ah..nak try..yeahh

  9. kyrul pada 30 Dec 2011

    nais.

  10. elyzara pada 30 Dec 2011

    sgt cun =)

  11. scromix pada 30 Dec 2011

    xpower. ttap x leh masuk dgn profile pic. kalo leh skali profile pic power.

  12. Haziq pada 31 Dec 2011

    nice

  13. Hadi Hanafee pada 01 Jan 2012

    servis macam ni sangat memudahkan pengguna FB

  14. Mazrie pada 09 Jan 2012

    tq…gud info


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader