15Dec

Pengguna DiGi Menjadi Yang Pertama Menerima iPhone 4S – Talian Diaktifkan Malam Ini

Apple, Telekomunikasi

Nampaknya, kini, beberapa pengguna DiGi yang mendaftar untuk mendapatkan iPhone 4S melalui kedai atas-talian mereka sudah pun mula menerima iPhone 4S hari ini. Walaubagaimanapun, bagi yang membuat pesanan bersama-sama dengan talian DiGi, talian mereka masih tidak diaktifkan lagi, dan mungkin hanya akan diaktifkan esok – 16 Disember.

Namun, apa yang menjadi persoalan adalah, memandangkan sepatutnya pelancaran di Malaysia adalah pada 16 Disember, DiGi dilihat telah mula menghantar sehari lebih awal, dan berkemungkinan sekaligus melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Apple.

Sebelum ini, DiGi pernah membuat perkara sama dengan memulakan pra-daftar untuk iPhone 4 berwarna putih, dan akibatnya, mereka menjadi yang terakhir menawarkan iPhone 4 Putih di Malaysia.

Jadi, apakah kesan daripada perkara ini terhadap hubungan DiGi dan juga Apple?

Kemaskini : Menurut DiGi, selagi mereka tidak mengaktifkan talian, ia tidak menjadi masalah dengan Apple. Kad-SIM dijangka akan diaktifkan oleh DiGi tepat pukul 12 tengah malam ini.


Maxis Memperkenalkan Mikro-SIM Untuk iPad 3G
Apple iPad Kini Di Apple Store Malaysia
MobileMe Bakal Mengintegrasikan Fungsi Geolokasi?
FaceTime Untuk Mac Mencapai Versi Stabil, Berharga $0.99
Mac OS X Lion Melalui Mac AppStore Pada 14 Julai?

16 Komen

  1. dtm pada 15 Dec 2011

    tidak satu pun ketahian diberi.

  2. Picco pada 15 Dec 2011

    sangat berani digi ni

    • obefiend pada 15 Dec 2011

      dah tanya tadi. terima hari ini juga tak activate. Tiada masalah. Cuma sim kad milik DIGI sahaja dah

  3. Picco pada 15 Dec 2011

    tweet digi lain plak: “For those who hv pre-ordered #DGiPhone4s frm us, gt ready! Ur phones will be delivered to u frm 16Dec onwards. :)

  4. jibby pada 15 Dec 2011

    iPhone 4 S = Sampah?

    • Meleis pada 15 Dec 2011

      Hateboy

    • syamilshahimi pada 15 Dec 2011

      jeles lettew x mampu beli

  5. rizuani pada 15 Dec 2011

    ya bagus digi..jangan ikut sangat apple tu..

  6. Luxuryhost pada 15 Dec 2011

    Syarikat penghantaran ape hek? Lepas nie boleh try… 1 hari awal tue… good timing for marketing….

  7. syamilshahimi pada 15 Dec 2011

    Bagi phone sehari awal? apa motif? -.-

  8. fiqueobiey pada 15 Dec 2011

    marketing bagus ni…terawal dari telco laen


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader