02Dec

DiGi Memulakan Pendaftaran Minat Untuk iPhone 4S

Apple, Telekomunikasi

Hari ini, pihak DiGi turut sama telah memulakan pendaftaran minat untuk iPhone 4S dimana memperlihatkan mereka akan menawarkan tiga variasi model, iaitu 16GB, 32GB, dan 64GB dalam pilihan warna hitam atau putih. DiGi menjadi yang kedua memulakan pendaftaran minat selepas Maxis, dengan Celcom mengumumkan mereka akan menjadi yang terawal melancarkan iPhone 4S di Malaysia.

Kini, dengan permulaan pendaftaran minat daripada DiGi, ketiga-tiga gergasi telekomunikasi ini akan memulakan jualan iPhone 4S di Malaysia bermula daripada 16 Disember kelak. Harga jualan rasmi di Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini, dan berkemungkinan pakej yang ditawarkan oleh ketiga-tiga syarikat telekomunikasi ini mungkin tidak jauh berbeza.

Kami akan cuba membawakan kemaskini semasa daripada pelancaran iPhone 4S pada hari tersebut kelak.


iPhone 4 32GB Serendah RM538 Dengan Komitmen Bulanan RM248 Bersama Celcom
Celcom Bakal Menawarkan BlackBerry Bold 9900 Dan Torch 9860
Lagi Laporan Mengatakan Pelancaran iPhone 5 Oktober Ini
DiGi Menawarkan Galaxy Tab 7.7 Bermula Daripada RM1549
HackStore Menyediakan Aplikasi Yang Tidak Lepas Ke Mac AppStore

4 Komen

  1. Mashi pada 02 Dec 2011

    web digi dah takleh buka :D

    • syamilshahimi pada 02 Dec 2011

      “Page Not Found”

      HAHAHA. Ramai sangat yang serbu ke apa?

  2. riel pada 02 Dec 2011

    org tak puas atilah tu…hohohohooo

  3. AMR pada 03 Dec 2011

    terbaek!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader