23Dec

DiGi Mula Menaik-Taraf Rangkaian Telekomunikasi Mereka

Telekomunikasi

Dalam usaha untuk membawakan rangkaian telekomunikasi dan data yang lebih pantas, kini DiGi telah pun memulakan aktiviti menaik-taraf perkhidmatan dan rangkaian mereka, dimana bermula daripada bulan Disember 2011, dan diteruskan sepanjang tahun 2012, DiGi akan menaik-taraf kesemua rangkaian mereka, dengan purata 400 tapak dinaik-taraf setiap bulan.

Melalui penaik-tarafan ini, DiGi bakal menjadi antara yang terawal memperkenalkan rangkaian LTE di Malaysia. Melalui kemaskini ini, DiGi bukan sahaja akan mula memperkenalkan rangkaian LTE secara berperingkat, tetapi turut sama membolehkan rangkaian mereka meliputi lebih 95% kawasan di Malaysia dengan rangkaian internet berkelajuan tinggi (EDGE dan 3G).

Selain daripada itu, melalui kemaskini ini, DiGi juga turut sama dijangka memperkenalkan rangkaian yang lebih stabil dengan kelajuan yang lebih konsisten, serta menerapkan teknologi hijau pada rangkaian mereka.

Dalam memudahkan para pengguna mengetahui proses penaik-tarafan, DiGi turut sama menyediakan jadual penaik-tarafan membolehkan pengguna mengetahui kawasan manakah yang akan dikemaskini.

Mungkin kita akan dapat melihat pelbagai penyedia rangkaian lain turut sama mengemaskini rangkaian mereka secara berperingkat sepanjang tahun hadapan.

Kredit : MalaysianWireless.

Oleh: Fairuz Bakar


Maxis Memperkenalkan Servis Tweet2Me
Celcom Turut Sama Mula Menghalang Akses Ke 10 Laman Perkongsian Fail
P1 Menandatangani Perjanjian Bersama TM - Bakal Menawarkan Perkhidmatan HSBB
Pakej iPhone 4S Daripada Pihak Celcom Akhirnya Diperlihatkan
P1 Bakal Menyokong IPV6 Menjelang Penghujung 2012

23 Komen

  1. syaf88 pada 23 Dec 2011

    ada macam unifi internet

  2. snazzybizarre pada 23 Dec 2011

    nice.. xde la dpt GPRS dkat kawasan yg kurang orang

  3. Tak tahu pada 23 Dec 2011

    Yes!!! harap2 cepatlah dkt kawasan saya nie.. pening aku tengok speed mcm siput!! :)

  4. syamilshahimi pada 23 Dec 2011

    LTE? Servis 3G kau pun kelam kabut lagi

    • slee pada 23 Dec 2011

      tambah 1

    • amir pada 24 Dec 2011

      lol…kan dia kata tgh upgrade untuk better coverage, speed, stability.. ke kau x paham maksudnya… bila bercakap tuh pastikan connect dgn otak dulu..

  5. malayz pada 23 Dec 2011

    terbaek!!..hrap kwsn flda tggroh ader..stkt nie clcm amatlah lju kt ceruk sawit nie..line 3G..hohoho..

  6. Ahmad Fuad Adzmi pada 23 Dec 2011

    LTE x tahan betul,, haha,,

  7. EddyGeek pada 23 Dec 2011

    pakej naik taraf broadband terbaik dari digi, RM48 untuk kuota 4GB. boleh la banding dengan pembekal broadband setaraf yang lain :-)

  8. ali mamak pada 23 Dec 2011

    orang yg create website digi 2 x leh ke ubah info kat dalam 2..
    kalo topup rm10 hanye boleh gune 2 hari saja.. bukan 5 ari..
    pemalas betul

  9. sensasi2020 pada 23 Dec 2011

    Harap2 laju dan sepadan dgn charge yg dikenakan. Jgn jadi macam siput berjalan lembab betul.

  10. sankai pada 23 Dec 2011

    kasi turun harga la dulu baru org subscribe….rm 3 sehari memang murah, tapi masih mahal untuk kebanyakan mobile user.

  11. kaihnsn pada 23 Dec 2011

    cayalah DiGi. inilah yang terbaik. saya pernah pakai gprs DiGi melalui BlackBerry di Kota Marudu, Sabah tapi speed laju macam EDGE. lepas upgrade ni pasti celCOMMIE dan MARXIS makan asap la kena tinggal dgn DiGi. Go go DiGi.

  12. XiNzeRy pada 23 Dec 2011

    sayer pengguna 0.facebook.com teger~ ekeke… free so digi best.. :D

  13. Sutramaya pada 24 Dec 2011

    You guys tak tau ke DiGi EDGE lagi stable dari 3G Maxis? Seriously, my roomate dulu pakai BIS Maxis, I pakai BIS DiGi. I memang 24/7 akan set kan connection EDGE sebab, of course lah nak save battery. Pelik tak pelik, my friend yang set 3G & EDGE asyik dapat GPRS from Maxis. Padahal duduk satu bilik. Sekali sekali naiklah EDGE and 3G.

    Sebab tu DiGi berani introduced broadband dia dulu EDGE, without 3G. Murah pun murah bangattttt! Pakai BB every month RM80 ke bawah sacherr…

    DiGi ftw.

  14. terbakor pada 24 Dec 2011

    so far tak pernah pakai digi lg..tp feedback kawan2 kata digi ni laju.. nnti kena try jugak..

  15. Ismail pada 24 Dec 2011

    harap2 cam tu la line dia….

  16. ZoOL pada 24 Dec 2011

    banyak feedback yg bagus kat komen atas ni.. :)

    aku dah lama guna digi(dah 7 tahun kot) , jadi bagus la diorg upgrade service

  17. topek pada 24 Dec 2011

    sebagai pengguna tegar DiGi, ni la yang aku nantikan… diharapkan dengan upgrade servis nih, digi akan memberikan servis yg terbaik utk semua pelanggannya… :)

  18. rieonline pada 25 Dec 2011

    akhirnya apa yang aku keluhkan selama berabab ni akn berakhir, harapnya kat tempat aku akan menerima naiktaraf ini secepat mgkin, dgn gprs dan EDGe pun lagi aku bersabar haha

  19. Lia Nadia Qistina pada 25 Dec 2011

    saya pengguna Digi Internet..so happy reading this!

  20. abu busyra pada 26 Dec 2011

    hmmm…ZTE pnya pasal la ni diorng brani announce kaw2..
    jgn nnti line down nationwide cam u mobile blm ni baru tahu (pun gna ZTE gak, ngeh ngeh)

  21. Samsul Siji pada 30 Dec 2011

    :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader