Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, DiGi turut sama tidak ketinggalan dalam mempromosikan iPhone 4S, dimana mereka telah pun mengeluarkan promosi untuk iPhone 4S, dengan memperlihatkan mesej akan datang pada laman utama mereka. Walaubagaimanapun, tarikh jualan oleh DiGi masih lagi tidak diumumkan, walaupun ianya disasarkan akan dilancarkan pada tarikh serupa iaitu 16 Disember.

iPhone 4S merupakan kemaskini terbaru bagi telefon pintar daripada Apple, dimana membawakan rekabentuk yang sama seperti iPhone 4 dengan beberapa perubahan minimal, serta menambah kuasa cip pemprosesan dan juga kamera, selain turut didatangkan dengan beberapa penambahan baru, termasuk salah satunya adalah sokongan bantuan pintar, Siri.
Buat masa ini, ketiga-tiga syarikat telekomunikasi masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengan harga jualannya dan pakej dan pelan yang bakal ditawarkan mereka. Walaubagaimanapun, sama seperti tahun-tahun lepas, mungkin perbezaannya tidak begitu jauh antara satu sama lain.
Terima kasih Farid.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wah!… tiga3 telco lancar iP4s pada tarikh yg sama?? menarik nih… hiihi..
*tiga2x… typo lak… muehehe.. :p
Harga pun hope berbaloi2. Dah semua jual serentak.
juai la murah mana pun….xternafsu nk beli….yg nk beli tu teruskan niat…tp pertimbangkanlah sewajarnya….;-)
ramai lg yg kat lua sane nk pakai smartphone ni bang..kt US tu klo xpakai rase cm pelik..;p
Penyokong tagar amerikanistas.
Pelik nya nak beli pun sampai nak bernafsu.
Anda rakus.
Dalam sejarah dijual serentak
dalam otak dah set
mesti Celcom lambat punya…Digi no 2,maxis first..kih3
Lagi bagus diorang jual serentak. Nanti package plan mesti kompetitif. Plus, xde la orang berebut2 fokus kat satu seller aje
16 disember nie kn?? lambat nyer!
iP4s = iphoneforsteve