Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti semua sedia maklum, akhir-akhir ini, laman-laman seperti Mudah.my, iaitu Beli.la, Laku.my dan beberapa lagi menyertai industri internet tempatan dengan menyediakan platform untuk para pengguna berjual-beli dengan mudah dan percuma, sekaligus menyediakan kemudahan kepada para penjual dan pembeli bertemu. Dan kini, Diskaun.my turut menyertai mereka dalam menyediakan perkhidmatan yang serupa.

Melalui Diskaun.my yang dilancarkan, ia menawarkan perkhidmatan yang sama, dimana rekabentuk laman tersebut apabila dilihat secara kasar, menyerupai rekabentuk laman Google yang baru. Menariknya mengenai Diskaun.my ialah dimana ia dilancarkan bersama-sama dengan beberapa produk yang telah pun sedia disenaraikan, sekaligus membolehkan para pembeli yang berminat melayari laman tersebut mencari produk yang mereka minati.
Namun, bagi pemilihan nama, mungkin ia kurang strategik berbanding yang lain, dimana pada pertama kali kami mendengarnya, kami fikir akan yang mana Diskaun.my ini merupakan salah satu laman yang menawarkan diskaun pembelian harian seperti Groupon, Living Social dan yang lain, namun apabila melawatinya, ia jauh berbeza dengan fikiran kami.
Walaubagaimanapun, dengan penyertaan lebih banyak laman jual-beli sosial ini, ia sekaligus memberikan idea yang mana dunia perniagaan melalui internet di Malaysia kini sedang bergiat dengan pesat, dan semestinya tahun 2012 menyediakan salah satu perkara menarik untuk komuniti di Malaysia.
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
I kinda like this!
Menarik. UI tu takut ada issue ngan Google macam kes designer Indonesia dengan FB hari tu.
Aku agak setuju pasal nama dia kurang strategik, mula-mula aku pon ingat tu website potongan harga / kupon macam groupon
Macam-macam ada yang dijual.
Mungkin ini baru peringkat permulaan utk menarik user melayari laman ini.mane tau lepas ini ada kemudahan lain yg disediakan…kita tunggu dan lihat..
Terima kasih atas komen anda, ya kami masih baru dah fresh lagi, pelbagai tools dan kemudahan yang akan kami sediakan kelak insyaAllah, bagi memudahkan peniaga, kami telah membangunkan satu tools untuk peniaga yang mempunyai akaun atau iklan di mudah.my untuk meletakkan iklan yang sama di dalam diskaun.my. Jadi ini merupakan satu inisiatif kami untuk meluaskan lagi online store peniaga2 ini. Mana tau rezeki makin bertambah….
macam laman mudah.my
Salam, terima kasih kepada pihak amanz.my kerana telah review laman web http://www.diskaun.my. Kami amat berbangga kerana artikel mengenai diskaun.my telah berada di sini.
Kami amat mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan dari semua pelayar internet khususnya follower amanz.my. Diharap komen dan cadangan yang positif dapat meningkatkan mutu perkhidmatan diskaun.my.
Kami akan memberi info untuk sebarang update yang kami lakukan. Anda boleh Like pada Facebook fanpage kami (diskaun.my) atau twitter kami (@diskaunmy) untuk sebarang info terkini.
Design copycat dari http://news.google.com. Fungsi macam mudah.my. Pilih nama pun tak pandai. Fail!
Salam, terima kasih atas komen dan cadangan anda, kami akan sentiasa mengemaskini dari semasa ke semasa. TQ
fungsi mcm mudah.my tp dlm diskaun.my smuanya free..nak edit xada kena bayar mcm mudah.my..diskaun.my bg aku ok je nama tu sbb org yg jual online mmg dah murah berbanding dikedai luar..nak diskaun kan boleh nego??..
Ape yg fail? Ko tu mcm lulus sgt ke? support la skit, jgn duk sembang je
at least dia buat something dari kau dok kondem orang je kerja… kau la yang – fail !
Salam semua.. saya pun ade beriklan di diskaun.my .. sangat bagus.. bagi yg nak tarik trafik ke web atau fb boleh la cube iklan kat situ.. enjoy..
Terima kasih atas testimonial anda
Bagus la..
Ada byk pilihan..
Memang minimalis. Design pun sempoi walaupun ada iras2 Google. Menu pun straight to the point, senang nak pilih. Loading mantap bagi pengguna broadband macam saya. Good job diskaun.my
SALAM..mommies n daddy smua bolela jenguk2 keperluan bayi dan ibu hamil bersalin kami di
sentuhankasih-ibu.diskaun.my
credit utk diskaun.my..
tq