29Dec

Diskaun.my Bakal Memperkenalkan Sokongan Kedai Atas-Talian

Web 2.0

Salah satu laman jual-beli baru yang dilancarkan adalah Diskaun.my, membolehkan para peniaga dan pembeli menggunakan platform mereka untuk menjual dan juga mencari barangan yang dikehendaki pada harga yang lebih murah. Selain daripada itu, mereka juga turut sama akan memberikan nilai tambah kepada para penjual dengan memperkenalkan Diskaun Store tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat beta tertutup, dan sebagai permulaan mereka memperkenalkan sokongan kedai-atas talian tersebut secara percuma untuk para pengguna. Melalui apa yang ditawarkan, para penjual mendapat platform dan laman mereka tersendiri menggunakan nama subdomain khas. Pihak Diskaun.my juga turut memperkatakan yang mana penjual turut sama boleh menambah domain mereka sendiri sekiranya diinginkan.

Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat beta tertutup, ia masih belum diperkenalkan kepada umum lagi. Namun sekiranya anda ingin mengujinya, mungkin boleh menghubungi pihak Diskaun.my atau melihat laman demo yang disediakan mereka.


bbPress 1.0-alpha-2 Boleh Di Muat-Turun
Facebook Memberikan Nafas Baru Untuk Halaman Profail
MySpace Akan Dijual Kepada Specific Media Pada Harga $35 Juta
TonTon Kini Mempunyai Lebih 2 Juta Pengguna Berdaftar
Present.Me Menjadikan Persembahan Anda Menarik Melalui Gabungan Video Dan Slaid

12 Komen

  1. Diskaun.my pada 29 Dec 2011

    Pihak Diskaun.my amat berbesar hati dengan review dan komen yang di letakkan di Amanz. Terima kasih banyak-banyak…

    • Farid pada 29 Dec 2011

      Bagitau la kat sini kalau ada apa-apa kemas kini & pasti kan didalam Bahasa Melayu tepu ya.

  2. zulware pada 29 Dec 2011

    huu..style r..

  3. Diskaun.my pada 29 Dec 2011

    Beberapa store dari diskaun.my telah pun aktif:

    1. http://papaiman.diskaun.my – Perniagaan makanan
    2. http://anjungbuku.diskaun.my – Buku dan majalah
    3. http://bumblebeez.diskaun.my – Perniagaan kelengkapan diri
    4. http://janecollection.diskaun.my – Perniagaan baju wanita moden
    5. http://sentuhankasih-ibu.diskaun.my – Perniagaan barangan anak dan bersalin
    6. http://deuterboy.diskaun.my – Perniagaan beg

    Anda boleh lihat online store yang telah di aktifkan…

  4. amoi pada 30 Dec 2011

    *excited*

  5. Farid pada 30 Dec 2011

    besok aku nak beli Windows 7 Ultimate dari store Kedai Windows Seven RM170 original aku rasa murah untuk aku.

  6. diskaun.my pada 30 Dec 2011

    Bagus bro, recommended seller…

  7. paeh pada 30 Dec 2011

    nice! tak payah susah2 nak buat sistem shopping sendiri… dan yang PERCUMA itu yang terbaik tu… kekeh

  8. Dhani pada 30 Dec 2011

    diskaun.my ni geng yang sama dgn mudah.my ke? ke geng lain-lain? tgk interface mcm sedara mana jek.

  9. Dhani pada 30 Dec 2011

    diskaun.my ni geng yang sama dgn mudah.my ke? ke geng lain-lain? tgk interface mcm sedara mara.

    • Diskaun.my pada 30 Dec 2011

      Kami bukan dari mudah.my dan tiada kene mengena dengan mudah.my, kami adalah anak melayu yang nak bantu peniaga kecil dan sederhana untuk promosikan barangan mereka secara percuma dan tidak membebankan… Teruskan menyokong http://www.diskaun.my :)

  10. zuls pada 31 Dec 2011

    menarik ni.. untuk ebook, domain dan hosting, diskaun.my ada bagi diskaun juga ke?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader