25Dec

Distimo : Angry Birds Merupakan Aplikasi Mudah-Alih Paling Popular Sepanjang 2011

e-Permainan, Perisian

Dengan tahun 2011 yang menghampiri ke penghujung. laporan mengenai dunia IT dikeluarkan satu demi satu pihak, dimana selain daripada Facebook dan Google, Distimo turut sama mengeluarkan laporan, memperlihatkan aplikasi popular sepanjang tahun 2011 untuk peranti mudah-alih.

Seperti semua sedia maklum, peranti mudah-alih menjadi semakin popular sepanjang tahun ini, dimana pengguna tablet dan juga telefon pintar bertambah dengan drastik. Perkara ini, sekaligus menyumbang kepada ekosistem pembangunan aplikasi mudah-alih, melihat lebih ramai membeli dan juga memuat-turun pelbagai aplikasi, selain mana pembangun aplikasi tempatan juga turut bertambah dari hari ke hari.

Melalui data yang dikeluarkan oleh Distimo, aplikasi yang paling popular dimuat-turun oleh semua pengguna adalah Angry Birds, yang mana ditawarkan untuk hampir semua platform, dan baru-baru ini telah melancarkan aplikasi mereka untuk para pengguna BlackBerry PlayBook. Sebanyak tiga kedudukan dalam senarai 10 aplikasi popular dipegang oleh permainan yang dihasilkan oleh pihak Rovio Mobile ini.

Ianya diikuti dengan aplikasi Facebook, yang mana seperti semua sedia ketahui merupakan rangkaian sosial yang paling popular didunia. Dalam memudahkan para pengguna mengikuti kemaskini semasa rakan-rakan mereka, aplikasi Facebook disediakan untuk semua platform, selain turut ditawarkan dalam bentuk mudah-alih melalui m.facebook.com.

Antara aplikasi lain yang turut tersenarai adalah Skype, Google Maps, Fruit Ninja dan juga Talking Tom Cat, serta Twitter.


Firefox 4 Bakal Membawakan Tab Candy
Angry Birds Akan Tiba Untuk Pengguna PC
Electronic Art Dalam Perbincangan Untuk Membeli PopCap Pada Harga $1 Billion
Nokia Memperkenalkan Live View
Pandang Pertama - Aplikasi Instagram Untuk Android

9 Komen

  1. ZoOL pada 25 Dec 2011

    perghh.. 1st, 4th & 7th place Angry Birds conquer..

  2. Ewan pada 25 Dec 2011

    i like angy bird…hohoho

  3. SARS pada 25 Dec 2011

    Wow,, Google Maps walaupun satu platform tapi masih dalam 10 aplikasi terbaik… TERBAIK!!!

  4. fiqueobiey pada 25 Dec 2011

    tom cat pn ada..hehee

  5. Namawi pada 25 Dec 2011

    Saya support Angry Birds Jack Sparrow.

    • Najib pada 25 Dec 2011

      Angry birds free je kan? kenapa perlu ada Jack Sparrow? chrome, android, symbian, kat mana yang kena bayarnya?

  6. nash pada 26 Dec 2011

    angry bird? sekejap je main.. pastu xminat.. hehee

  7. nur pada 26 Dec 2011

    patung angry birds lglah bnyk. haha

  8. Nisa pada 26 Dec 2011

    Angrybird lg famous dr FB…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader