02Dec

E-Sentral – Alternatif Baru Untuk Mendapatkan Buku Digital Di Malaysia

Web 2.0

Akhir-akhir ini, dengan kemunculan perkhidmatan baru seperti Google Books, dan peranti seperti Kindle dan lain-lain, buku digital telah pun menjadi semakin popular. Tetapi, ia masih sukar untuk mendapatkannya di Malaysia. Namun, untuk para pengguna tempatan, anda boleh mendapatkan buku digital dengan mudah melalui E-Sentral.

Buat masa ini, boleh diperkatakan E-Sentral masih pada peringkat awal lagi, dan menurut mereka, mereka mensasarkan pasaran Asia Tenggara secara amnya. Melalui perkhidmatan mereka, E-Sentral membawakan para pengeluar dan pencetak untuk menjadikan hasil keluaran mereka kepada bentuk digital melalui platform mereka. Selain daripada itu, E-Sentral juga didatangkan dengan sistem edaran mereka tersendiri.

E-Sental baru sahaja hanya mempunyai aplikasi iOS mereka sahaja, dan mungkin kita akan dapat melihat aplikasi Android dan juga yang lain dalam masa terdekat ini. Walaupun para pengguna boleh membeli buku denga mudah melalui desktop, mereka masih memerlukan peranti iOS untuk membacanya buat masa ini.

Melalui laman E-Sental juga, ia kelihatan yang mana mereka turut sama telah mempunyai beberapa buku untuk dijual serta-merta hasil kerjasama beberapa pihak, termasuk pencetak terkemuka, PTS dan juga Pelangi. Selain daripada buku, E-Sentral juga turut sama menyediakan jualan muzik melalui portal mereka.


Oxite - Enjin Blog Dari Microsoft
Khidmat Pendekkan URL - WP.ME Dari Automattic
Yahoo! HotJobs Kini Menjadi Milik Monster
UberMedia Bakal Memperkenalkan Klon Twitter?
(Ura-Ura) CouponHouz Diambil-Alih Syarikat Australia?

7 Komen

  1. zuan pada 02 Dec 2011

    makin senang nak dapat bahan bacaan :)

  2. Zahril Mansor pada 02 Dec 2011

    Wow! Sangat menarik. Makin senang nak simpan koleksi E-Book Novel2 Melayu la lepas nie.

  3. Ahmad Fuad Adzmi pada 02 Dec 2011

    rajin pulak nak membaca

  4. shifa pada 02 Dec 2011

    ni la yang aku cari selama ni wah2, teruje
    kalau masukkan majalah/komik gempak, lawak kampus
    mesti masyuk

  5. dobot pada 02 Dec 2011

    Untuk android apps tak ada ker?

    • Luxuryhost pada 02 Dec 2011

      +1


Trackbacks/Pingbacks

  1. E-Sentral : Stor Buku Digital Malaysia | TechTarik

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader