08Dec

Facebook Bakal Memperkenalkan Butang Subscribe Untuk Digunakan Pada Laman Ketiga

Web 2.0

Pada masa sekarang ini, hampir kebanyakkan web dan blog di internet ini mempunyai butang Facebook padanya, terutamanya, kotak Facebook Pages, selain butang Facebook Like dan Send. Namun, mungkin kelak kita turut sama akan dapat melihat butang baru, iaitu butang Facebook Subscribe, membolehkan fungsi baru yang diperkenalkan pada Facebook itu diperluaskan lagi penggunaannya.

Buat masa ini, fungsi langganan profil diperkenalkan hanya pada laman Facebook sahaja, membolehkan anda melanggan kepada pengguna-pengguna di Facebook tanpa perlu menambah mereka sebagai rakan, dan mengikuti semua kemaskini mereka yang dilabelkan sebagai umum.

Dengan pengenalan butang ini kelak, ia akan membolehkan pengguna mengintegrasikan butang Subscribe pada laman blog atau halaman peribadi mereka, sama seperti butang Twitter Follow. Ia bukannya menyediakan sokongan langganan RSS, sebaliknya masih menyediakan sokongan mengikuti seseorang pengguna melalui Facebook, yang mana berguna bagi mereka yang tidak mempunyai halaman Facebook Pages tersendiri – iaitu sesuai untuk penulis, wartawan dan penulis blog, sekaligus memudahkan peminat tulisan mereka mengikuti mereka di Facebook.

Namun, mungkinkah kelak pada masa hadapan Facebook turut mengintegrasikan sokongan langganan RSS pada laman mereka dan bersaing bersama Google Reader?


Sifoo.com Memerlukan Sumbangan Anda
[Ura-Ura] Apple Bakal Miliki Twitter
Sedikit Perubahan Pada Laman Twitter
Syarikat Malaysia - MOL - Membeli Friendster
JoliCloud Memudahkan Pengurusan Data Di Internet Melalui JoliCloud Me

12 Komen

  1. fiqueobiey pada 08 Dec 2011

    ptutla sejak2 ni ada Subscribe ni..ooo

  2. syahrilhafiz pada 08 Dec 2011

    ooo yang ini ooo…fuh lepas tu naik pulak status, kenapa ko klik butang subcribe aku..haha

  3. hakimdanial pada 08 Dec 2011

    malaysia ta boleh try lagi ke timeline nih??

  4. parih pada 08 Dec 2011

    humm

  5. kyrul pada 08 Dec 2011

    macam-macam facebook ni,security bila nak up tah

  6. Petua Emak Hot pada 08 Dec 2011

    bila ada persaingan dari google + .. mcm2 ditambah dan diperbaiki untuk menambahkan kualiti dan penggunaan pelawat….

  7. Haziq pada 08 Dec 2011

    wah,, mcm2

  8. Nisa pada 08 Dec 2011

    Betul!Betul!Betul!

  9. myFirdaus pada 08 Dec 2011

    aku memang x allow subsribe utk public.

  10. topo pada 08 Dec 2011

    lama aku fikir apa maksud laman ketiga tu hahaha -.-

  11. Ummar Farouk pada 08 Dec 2011

    Patutlah ade org kate butang subscribe tu tak berapa penting sgt kat fb… rupenye baru lagi…

  12. kaki reboot pada 09 Dec 2011

    benda subscribe ni jugak lah aku tengok ramai budak-budak FB dapat ‘like’ beratus-ratus dekat status diorang . dah jadi trend kowt sekarang ni -.-


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader