21Dec

Facebook Bakal Memperkenalkan Iklan Pada Bahagian News Feed Pada 2012

Web 2.0

Nampaknya, dengan Facebook yang semakin berkembang luas, mereka bakal memperkenalkan pelbagai kaedah baru untuk membolehkan pengiklan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka, dan salah satunya adalah dengan terus memperlihatkan kemaskini status ataupun gambar dan pautan terus pada bahagian News Feed pada pengguna.

Fungsi ini dijangka akan diperkenalkan pada Januari 2012 kelak, dan Facebook diperkatakan hanya akan memperlihatkan pengguna satu iklan sahaja sehari pada bahagian News Feed, supaya para pengguna tidak terganggu dengannya.

Buat masa ini, Facebook hanya sekadar memperlihatkan Sponsored Stories dan juga iklan hanya pada bahagian tepi sahaja, dan dengan memperlihatkannya pada bahagian News Feed, semestinya ia akan menerima impak yang lebih tinggi lagi.

Selain Facebook, sebelum ini, Twitter telah pun mula memperkenalkan iklan pada bahagian timeline di Twitter. Namun semestinya impak dan kesan kepada pengguna berbeza, memandangkan pada Twitter ia bergerak ke bawah dengan lebih pantas, memandangkan pengguna mengemaskini padanya lebih pantas, berbeza dengan pada Facebook.


BarCampMalaysia : Rekabentuk Untuk Pembangun
bbPress 1.0-alpha-2 Boleh Di Muat-Turun
Twitter Memperlihatkan Profil Pengguna Dalam Bentuk Baru
Instagram Untuk Pengguna Android Kini Dalam Proses Pembangunan
Blogr.MY - Laman Komuniti Berbentuk Perkongsian Artikel Memfokuskan Penulis Blog

25 Komen

  1. Ahmad Fikrizaman pada 21 Dec 2011

    This gonna be rage of fb user walaupun 1 iklan sehari

  2. azrijohan pada 21 Dec 2011

    peh, kayooo laaa facebook pasni.. mesti mahal nak buh iklan kat situ kan?

  3. sarraazzam pada 21 Dec 2011

    xfaham la..

  4. ali mamak pada 21 Dec 2011

    aku x paham la amende ni

    • ali jawa pada 21 Dec 2011

      bace balik

  5. momo pada 21 Dec 2011

    Hate or love it… this new feature is super market tool. Wonder how MLMtards react to this.

    • Akhi Joe pada 21 Dec 2011

      haha… yeah~ i wonder how would the response to this too~ :D

  6. ZoOL pada 21 Dec 2011

    another step to ruin users experience.. facebook oh facebook..

  7. Izamir Ridzwan pada 21 Dec 2011

    nseb baik 1 jer shari.. igtkan setiap masa ade… klu tak mmg semak ahhh

  8. Haziq pada 21 Dec 2011

    so not cool.

  9. Khairul Kayz pada 21 Dec 2011

    ni mesti sbb kurang sambutan kat iklan… ye la, sape nak tgk iklan2 kat tepi tu… org bukak fb sbb nak tgk status kwn2 & family…

  10. syafiq_lomotech pada 21 Dec 2011

    apa tak cukup lagi ke duit diorang?

  11. CMRatu pada 21 Dec 2011

    hehe.. duit2..

  12. fiqueobiey pada 21 Dec 2011

    business is business.. :)

  13. nur pada 21 Dec 2011

    nak start balik mcm myspace, tagged, friendster. ade iklan.

  14. Mohamad Akhyar pada 21 Dec 2011

    It will be REALLY nice..!!!

  15. Nisa pada 21 Dec 2011

    Dah agak dah

  16. fadfahmi pada 21 Dec 2011

    mcm twitter skang la ni, kuar iklan kt timeline

  17. tarmizishukri pada 21 Dec 2011

    orang yang sebar spam “Hacker blablabla.. Please copy paste this status blablabla..” lagi annoying.. Stakat satu iklan sehari takda apa sangat..

  18. lanz pada 21 Dec 2011

    marilah kite berpindah ke google+

    • bisyairi pada 22 Dec 2011

      +1

  19. Mas Joko pada 22 Dec 2011

    ia boleh membantu usahawan/penjual/pembeli. semak pun iyer but ok lah!

  20. shifa pada 22 Dec 2011

    ape kate fb share skit komisyen iklan kat pengguna fb..mesti best haha

  21. mrkay pada 23 Dec 2011

    Haha. Konsep dia sama mcm idea yg patut di implement dalam projek ex-company aku. Tp sayangnya company tu gagal sbb hari2 nak tukar direction.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader