06Dec

Gowalla Bakal Ditamatkan Pada Penghujung Januari – Mengesahkan Menyertai Facebook

Web 2.0

Setelah dilaporkan sebelum ini yang mana Facebook mengambil-alih Gowalla, akhirnya pada hari ini, perkara ini disahkan oleh mereka, dimana Gowalla telah pun mengemaskini blog mereka dengan mengesahkan perkara ini, dengan mengatakan perbincangan mengenai perkara ini telah pun dimulakan beberapa minggu selepas f8 yang diadakan oleh pihak Facebook baru-baru ini.

Dengan pengambil-alihan ini, Gowalla mengesahkan perkhidmatan mereka akan ditamatkan pada penghujung Januari kelak, dimana mereka akan menyediakan sebuah aplikasi ringkas untuk para pengguna memuat-turun data-data, gambar dan pelbagai perkara yang dikongsikan mereka di Gowalla dengan mudah.

Ia masih lagi tidak diketahui apakah yang mereka akan lakukan di Facebook. Namun sebelum ini, ia dilaporkan akan kena mengena dengan fungsi Timeline yang masih belum diperkenalkan oleh mereka lagi, selain kami mensasarkan mungkin mereka turut sama akan melakukan sesuatu yang menarik pada Facebook Places.


Google Dan Facebook Inginkan Skype?
Syarikat Pengiklanan Atas Talian Baru - Noobie Dilancarkan
Fleapy Kini Turut Sama Ditawarkan Dalam Bahasa Malaysia
Muat-Turun Salinan The Pirate Bay Melalui Fail Hanya Bersaiz 90MB
Anonymous Memperkenalkan Perkhidmatan Muzik Atas-Talian - AnonTune

8 Komen

  1. Dhiya Faris pada 06 Dec 2011

    urgh…
    kiciwa akuu..

  2. Pisyek pada 06 Dec 2011

    aku tak main gowalla.. hehehe. :D

  3. Ismail pada 06 Dec 2011

    org sume ke 4sq…

  4. d3ck pada 06 Dec 2011

    Bak kata Amanz, “Ia masih lagi tidak diketahui sama ada adakah perkhidmatan Gowalla masih akan diteruskan ataupun akan dimatikan, memandangkan sebelum ini syarikat yang dibeli oleh Facebook, perkhidmatannya dimatikan begitu sahaja.” Jadi macam biasa lah, facebook beli untuk mengurangkan pesaing.

  5. amir pada 06 Dec 2011

    semua pn nak ikut fb dah

  6. khairil pada 06 Dec 2011

    fb places dah ada, beli gowalla pulak [-__-]

  7. Firdaus pada 07 Dec 2011

    Salah seorang developer Gowalla dulu adalah Malaysian. Dorg based kat Sillicon Valley.

  8. wany pada 12 Dec 2011

    pulak dah?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader