30Dec

Facebook Kini Menyediakan Pautan Muat-Turun Rasmi Messenger Untuk Windows

Perisian, Web 2.0

Salah satu aplikasi yang tersebar sebelum ini adalah aplikasi Facebook Messenger untuk Windows, dan kini untuk mengawal keadaan tersebut, pihak Facebook sendiri telah mengemaskini halaman bantuan mereka, dengan menyertakan pautan muat-turun Facebook Messenger secara rasminya, membolehkan semua memuat-turun dan mencubanya tanpa sebarang rasa was-was.

Melalui aplikasi Facebook Messenger untuk Windows ini, ia membolehkan para pengguna sistem operasi Windos mengikuti pelbagai kemaskini yang berlaku pada Facebook, terus pada desktop mereka tanpa perlu membuka pelayar web. Pada masa yang sama, anda juga boleh sembang dengan rakan-rakan dengan mudah, serta melihat kemaskini semasa rakan-rakan melalui Ticker, serta mendapat notifikasi dengan pantas.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pembangunan awal, dan masih lagi belum mencapai fasa stabil sepenuhnya, dan hanya sekadar sokong Windows 7 sahaja buat masa ini. Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turunnya secara terus melalui halaman bantuan Messenger untuk Windows hari ini.


BuddyPress Memperkenalkan Tema Baru
Teknologi dan April Fool Untuk Tahun 2009
Lebih Banyak Kemaskini Symbian Pada 2011
MyFwen Di Lancarkan Semula Sebagai 1Kampus
Aplikasi Twidroyd Dan UberTwitter Digantung Daripada Akses Twitter

13 Komen

  1. Liyana Ahmad pada 30 Dec 2011

    mkin canggih fb skrg ni..

  2. Piratz pada 30 Dec 2011

    Tak minat nak chat2 nie.. haha

    • noreply pada 30 Dec 2011

      aku pn xminat chat2 ni.

  3. Aikhil pada 30 Dec 2011

    Face makin upgrade.. Agaknya bila g+ nk dpt kejar populariti fb ni..

  4. Acat pada 30 Dec 2011

    at first read i thought it said messenger for windows phone.

  5. qisreen elton pada 30 Dec 2011

    Bolehlah…

    Pun..disebabkan saya tak suka chat bertaip dan lebih suka environment chats yang boleh sumbangkan kepada learning process..saya lebih ke arah virtual world Secondlife. Lagi best boleh guna voice with avatar. Boleh bercakap dengan everyone in a seminar from all over the world tapi bunyi macam duk sebelah je.

    Apa-apapun..article yang menarik. Cuma*sigh* rakyat Malaysian and FB..terlalu sinonim. 12 milions Malaysian users of FB. Kalaulah Secondlife ni dapat pendedahan seperti FB – saya dah boleh develop satu sim khas untuk Malaysian.

  6. lin azlina pada 30 Dec 2011

    nk download….n guna….

  7. Nisa pada 30 Dec 2011

    Bestnya!

  8. CMRatu pada 30 Dec 2011

    dah download dan guna.. :)

  9. Izzuddin Jr. pada 30 Dec 2011

    nice jgk la . . .

  10. Ahmad Fuad Adzmi pada 30 Dec 2011

    ym pon skg ni da leh integrate facebook kan?

  11. ZoOL pada 30 Dec 2011

    hmmm.. x minat.. haha.. aku nak software yg integrate trus dgn windows!! tak sabar nak tgu Windows 8 kuar

  12. sensasi2020 pada 01 Jan 2012

    sekadar mencuba aje, bolehkan?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader