02Dec

Facebook Kini Menyokong Kemaskini Status Sehingga 60,000 Aksara

Web 2.0

Sebelum ini, pada bulan September yang lepas, Facebook telah pun mengemaskini ruangan kemaskini status pada laman sosial mereka, membolehkan para pengguna mengemaskini status menggunakan sehingga 5000 aksara. Kini, Facebook terus menambah ruangan aksara yang disokong, dimana melalui kemaskini terkini, mereka menyokong sehingga 60,000 aksara.

Ia masih lagi tidak diketahui apakah motif Facebook melakukannya. Mungkin ia akan beroperasi sebagai ganti kepada Facebook Notes. Secara rambangnya, melalui 60,000 aksara, para pengguna boleh menulis sehingga 10,000 perkataan, dan menurut Facebook sendiri, sebuah novel mempunyai lebih kurang 500,000 aksara, yang mana boleh dilakukan melalui lebih 9 kemaskini status pada Facebook.


WordPress 2.7 Beta 1 Sedia Di Cuba
MsjBox Kini Menyokong Tulisan Jawi dan Cina
MediaFire Menjadi Laman Perkongsian Fail Pilihan Utama Pengguna Tempatan
Evolusi Muka Hadapan Tiga Laman Popular Dunia Diperlihatkan
Dapatkan Gambar Berkualiti Untuk Kandungan Anda Melalui PhotoPin

17 Komen

  1. azrijohan pada 02 Dec 2011

    amboi,banyak gila…
    nak tulis apa camtu ek… buat artikel pon lepas kot

  2. Omar pada 02 Dec 2011

    Server baru, database baru mungkin, so dia extend kasi lebih ruang untuk penggunanya update status.

    So kalau 5000 aksara pun, dah penuh ngan maki hamun kalau update tgh marah, bayangkan 60,000 aksara. Pergh.

  3. syamilshahimi pada 02 Dec 2011

    senang le mereka nak tulis status2 freemason/yahudi nanti, hehehehe

  4. Gee pada 02 Dec 2011

    jgn bertambah2 plak spamnya nanti penat nak delete msg

  5. Fikri Adhiey pada 02 Dec 2011

    dulu 500 aksara… pastu 5,000 then 60,000 aksara plak?. Wow! gempak giler…
    pasni aku cadangkan Facebook buat lah “edit status” snng nk edit status yg salah dan letak warna, font, size font, underline, bold… ala2 microsoft word tu?. haha..

    • Zul Emalc pada 02 Dec 2011

      +1

    • OrangAkaun pada 02 Dec 2011

      bold, italic semua tuh g+ dah ada

    • hafizul skys pada 05 Dec 2011

      tulis kat wall mark.

  6. Amir Hamzah pada 02 Dec 2011

    setuju!

  7. Sharif Paiz pada 02 Dec 2011

    setuju!

  8. pangolin pada 02 Dec 2011

    kalau dah lebih ape jd?

  9. kaihnsn pada 02 Dec 2011

    Cayalah fesbuk ini lah yang kita mau. 140 aksara hahahah

  10. amer pada 02 Dec 2011

    style

  11. sarraazzam pada 02 Dec 2011

    ptutla ade nmpk org update status mcm karangan.hehe

  12. topo pada 02 Dec 2011

    malangnya aku dah berapa lama tak tulis status kat facebook. dah tak tau dah nak tulis ape kat situ

  13. scromix pada 03 Dec 2011

    chefwan salu tulis pjg2..xda perenggan haha~

  14. nur pada 05 Dec 2011

    nak tulis artikel berdakwah bole pjg2 terus


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader