Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dunia rangkaian sosial tempatan terus berkembang dengan luas, dimana melalui statistik terkini yang dikeluarkan, ia kelihatan angka pengguna Facebook tempatan telah pun melangkaui angka 12 juta, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara ke-17 dengan angka pengguna paling ramai di dunia.

Dari segi demografik yang dikeluarkan, pengguna Facebook tempatan yang palin ramai adalah berumur sekitar 18 hingga 24 tahun, iaitu sekitar 34% dan diikuti dengan 25-34 tahun sekitar 28%. Pengguna lelaki mendominasi dunia Facebook Malaysia dengan lebih 53% adalah pengguna berjantina lelaki, dan selebihnya adalah wanita.
Facebook telah menjadi semakin popular sepanjang tahun ini, dengan lebih ramai pengguna dan juga organisasi membawakan sokongan khidmat pelanggan melalui perkhidmatan tersebut. Sejak enam bulan terakhir sahaja, ia memperlihatkan lebih daripada 900,000 pengguna baru mendaftarkan diri untuk menyertai perkhidmatan tersebut.
Jadi, apakah yang bakal dibawa oleh dunia rangkaian sosial di Malaysia pada tahun hadapan?
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Inactive account kira sekali x?
kau away from keybord ke apa?
eh tunngu skejap macam mana nak gems kat everybodyedits?
seth dengar ke tak!!!!!
hello? seth!
kau afk ke?
sekarang semua bisnes guna FB jer… jimat skit perbelanjaan dari beriklan kat papan iklan.
takda siapa ke?
Belum kira satu badan tapi ada 37 akaun sbb senang nak maki orang dia tak suka. Atau pun akaun banyak sbb senang nak main framville hehehe jiran dgn diri sendiri jak.
aura facebookbegitu kuat.
ramai jugak pengguna dari Malaya ni yer
mana tak ramai kalau sorang ada 2-3 fake account. lol
ni termasuk DUPE account la ni..lolol
twitter??
malaysian addict