Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah dilaporkan pada awal minggu ini berkaitan dengan butang khas untuk Subscribe daripada Facebook untuk digunakan pada laman web, kini Facebook secara rasminya telah pun memperkenalkan perkara tersebut, membolehkan mereka yang mempunyai laman blog tersendiri, ataupun yang mana merupakan penulis ataupun wartawan, mengintegrasikan butang tersebut di laman-laman yang berkaitan dengan mereka.
Melalui butang tersebut, ia kelak akan membolehkan semua melanggan kepada kemaskini seseorang itu pada Facebook, dan seterusnya diperlihatkan pada News Feed. Hendaklah diambil perhatian, hanya kemaskini yang dilakukan di Facebook sahaja akan diperlihatkan, dan bukannya kemaskini pada web ataupun blog.
Namun begitu, apabila berlakunya sebarang perkara utama, ataupun mempunyai berita hangat, semestinya seseorang penulis, wartawan ataupun sesiapa sahaja berkongsi mengenai perkara ini pada laman sosial mereka termasuk Facebook, dan ia akan membolehkan anda mengetahui sesuatu berita itu dengan mudah dan pantas.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh mengintegrasikan sokongan Facebook Subscribe ini pada laman anda, dengan mengikuti tutorial ringkas yang disediakan oleh Facebook.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
mati-mati aku ingat subscribe blog post tadi. hahaha
tula pasal…haha
rasanya boleh kalau nak subscribe blog post, caranya dengan pasang plugin di blog (terutama wpress) menybbkan setiap blog post akan publish automatik di fb, then sistem fb akan subscribe… boleh tak dengan cara macam ni?, ada pakar di sini boleh tulong sahkan?
motif..?kuar kat timeline ke ape
benda nih cam tak perlu jek. Aku rasa button like tu pun dah cukup memadai. FB is going downhill
hehehe..
broo, rasanya kena terangkan dengan lebih detail apa beza add friend, subscribe & like. ramai rasanya tak faham benda ni. apapun, fungsi subscribe ni salah satu fungsi yang terbaik yang dihasilkan oleh facebook. tak perlu add friend kalau nak tau perkembangan seseorang. memang sesuai untuk penulis dan pembaca sebab hubungan kedua-duanya bukanlah kawan pun di alam yang nyata. maknanya tak perlu nak buat fan page. sangat mudah.