07Dec

Data Mengenai Perkara Popular Di Laman Sosial Facebook Diperlihatkan

Web 2.0

Setelah Bing, Twitter dan Google mengeluarkan carian terhangat mereka untuk tahun 2011, kini Facebook turut sama mengeluarkan data daripada laman mereka berkaitan dengan perkara paling popular di laman sosial yang paling dikunjungi ramai itu. Walaubagaimanapun, data yang diperlihatkan adalah data global, dan bukannya yang dikhaskan untuk pengguna Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh Google Malaysia.

10 Topik Terhangat Global Di Facebook

Selain daripada itu, sebelum ini, Facebook turut telah mengeluarkan data berkaitan apakah yang popular dan dikongsikan ramai melalui platform mereka. Disamping itu, Facebook juga mendapati, antara perkara atau meme yang meningkat naik popular pada 2011 adalah berkenaan dengan Planking, LMS (Like My Status), TBH (To Be Honest) dan juga berkaitan Skrillex.

Facebook turut menyediakan data penuh melalui sebuah aplikasi ringkas, memperlihatkan artis, muzik, filem dan sebagainya yang popular dikalangan pengguna Facebook. Namun, data berkaitan pengguna Malaysia tidak dikeluarkan oleh pihak Facebook buat masa ini.

Terima kasih @Omar


Domain 1Malaysia.com Ingin Dijual?
Facebook Kini Membolehkan Tag Nama Pada Komen
Projek Direktori Siswazah UiTM - UiTMDihatiku.com Dilancarkan
LinkedIN Memperkenalkan Rangkaian Sosial Mereka Dalam Bahasa Malaysia
Lelong Menawarkan Laman Aggregator Tawaran Harian - Group Me

5 Komen

  1. archiq pada 07 Dec 2011

    planking dgn skrillex tu apa ye? tak pernah dengar pun…

    • anazhd pada 07 Dec 2011

      skrillex – dubstep paling awesomeeeee. youtube it.

  2. jyundoo pada 07 Dec 2011

    xmenariklah keputusan carian keluaran fb ni

  3. yapompiow pada 08 Dec 2011

    kematian osama bin laden nie menjadi perbualan hangat.

  4. funzool pada 08 Dec 2011

    mungkin ramai yang tak perasan. kalau scroll bawah sket page memo tu, tengok part fictional character. Upin & Ipin #5. kena highlight sket ni, made in malaysia :) kalah doraemon ngan super mario :P


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader