13Dec

Facebook Menguji Sokongan Messages Pada Facebook Pages

Web 2.0

Jikalau sehingga kini, Facebook hanya membenarkan komunikasi melalui komen sahaja antara pengguna dan pemilik sesuatu Facebook Pages, kini Facebook terus menambah fungsi baru pada laman sosial mereka itu, dimana salah satu fungsi baru sedang diuji, dinamakan sebagai Private Messages for Pages, membolehkan komunikasi antara Pages dan pengguna secara tertutup melalui sokongan Messages.

Ia sekaligus membolehkan para pengguna menghantar mesej peribadi, atau sebarang pertanyaan yang tidak ingin ditanya secara terbuka kepada jenama atau sesebuah organisasi itu dengan mudah, sekaligus membolehkan pengguna melupakan fungsi emel yang selalu digunakan untuknya.

Walaubagaimanapun, mungkin ada pemilik yang tidak ingin aktifkan fungsi ini, dan mereka boleh melakukan demikian dengan mudah. Ia masih lagi tidak diketahui bilakah fungsi ini akan diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna dan pemilik Facebook Pages.


MySpace Sudah Mula Menyediakan Perkhidmatan Emel
FourSquare Radar Membolehkan Anda Mengetahui Lokasi Menarik Berdekatan Dengan Automatik
(Video) Tutorial Visual Untuk Merekabentuk Profil Facebook Timeline Anda
Pembangun JomSocial Bakal Melancarkan Rangkaian Sosial Perusahaan - Offiria
PitchIN - Klon KickStarter Malaysia Dengan Rekabentuk Web Yang Mengecewakan Dilancarkan

9 Komen

  1. Fikri Adhiey pada 13 Dec 2011

    perghhh yang ni lah yg aku tunggu2kan…. senanglah nak communicate dan maki followers page aku yg bajet bagus nanti, kah3…. terbaik ar Facebook!

  2. azrain pada 13 Dec 2011

    haa ini baru sesuai kalau nak tanye produk2 batin…hehe

    • gigikuku pada 13 Dec 2011

      i see what you did there

  3. Fi5daus Razak pada 13 Dec 2011

    hrm…ok gak…

  4. Wan Perlis pada 13 Dec 2011

    admin page lebih senang

  5. van der Rui pada 13 Dec 2011

    Wah.. ini bagus. Nanti mana-mana yang bisnes guna Fb profile tu mesti beralih ke Fb page sebab dah boleh pm… hehe. :D

  6. Syafiq Zainal pada 13 Dec 2011

    Public Figure mungkin tak sesuai aktifkan benda ni tapi peniaga kecil atau kedai dalam talian memang akan bersyukur dengan benda ni.

  7. amoi pada 13 Dec 2011

    peh bagus ni weh. :)


Trackbacks/Pingbacks

  1. Facebook Menguji Sokongan Messages Pada Facebook Pages | :: Cyberflyz ::

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader