Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai yang sudah ketahui akan yang mana mereka sudah boleh mula mengaktifkan dan gunakan sokongan Facebook Timeline bermula daripada semalam, sebelum ianya diperkenalkan secara paksaan tidak lama lagi. Dan kini, Facebook turut mengumumkan sokongan untuk melihat Facebook Timeline terus melalui peranti mudah-alih masing-masing.

Namun begitu, sokongan ini hanya diperkenalkan kepada pengguna yang mengakses melalui m.facebook.com dan juga pada aplikasi Android sahaja. Untuk pengguna iOS, ia masih lagi tidak diketahui bilakah ianya bakal dilancarkan.
Sama seperti pada versi web, melalui versi mudah-alih, para pengguna masih boleh melihat profil dalam bentuk kisah dan juga dalam bentuk latar masa, sekaligus membolehkan anda mengenali seseorang rakan anda itu dengan mudah.
Bagi mereka yang masih belum mengaktifkan fungsi Timeline, anda boleh melakukannya dengan mudah, dengan hanya melayari halaman Facebook Timeline sekarang.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku sedang pening guna time line
snang je kowt bro..bagi aq lebih kemas,
finally tak lama lagi dah official launch !
Agak2nya kat facebook mobile berubah ke tak ni D:
belum sempat nak explore lagi timeline ni.
Sepatutnya Timeline nih dibuat sebagai App dalam FB. Tak patut memaksa semua guna. Timeline memang la menarik, tapi at the same time serabut. Aku rasa ramai yang tak suka timeline nih nanti. Dan aku adalah salah seorang daripada mereka.
guna sebulan dua ok la tu.. hekhek, mula2 je complain
.. aku guna dah lama.. mula2 macam serabut.. tapi lama2 baru nampak bestnya.. ok apa, aku tengok facebook dulu pon dah fadeup ngan ke-blue-annya.. hehehe
dekat BB bila lg?
hehe..suka part ni = ‘sebelum ianya diperkenalkan secara paksaan tidak lama lagi’
* jom cuba..
sangat suka timeline ni , menarik !
timeline terbaek arr..aq amtler suke mguneknnyer..
Baru kua fb for android 1.8.0 smlm da kua update 1.8.1 maybe pasal timeline ni kot
a’ah… tp gamba layout atas sekali tu asal kecil ek ?
sebab memang kecik.
haha
masa dev prev haritu dia ada button expend.. tapi aku tak suka sgt.. nampak kepala je.. sekarang dia load separuh.. lagi separuh bila habis load ko tekan atas nampak la penuh.. XD
Yang dulu pun korang complained berubah. Tapi last-last suka juga.
Manusia ni memang susah nak dibawa berubah. Hehe
Boleh tahan gak ada timeline untuk Facebook for Android