Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin semua sedia maklum yang mana Faces, platform khas untuk para pekerja bebas telah pun dilancarkan dalam bentuk beta tertutup. Dan kini, beberapa perubahan kelihatan pada laman tersebut, membolehkan para pengguna mendaftar masuk menggunakan akaun Facebook, Twitter ataupun GitHub. Selain daripada itu, perubahan pada dashboard juga bakal diperkenalkan oleh mereka tidak lama lagi.

Melalui apa yang dihantar oleh salah seorang pembangun Faces.my hari ini, ia memperlihatkan perubahan drastik pada bahagian Dashboard, membolehkan para pengguna mengakses pelbagai bahagian dengan pantas, tidak seperti sebelum ini yang kelihatan tersembunyi sedikit.

Selain daripada itu, ia juga kelihatan beberapa perkara baru ditambah, termasuk bahagian testimonial dan juga bahagian khas memperlihatkan siapa yang menggalakkan seseorang itu dipilih. Ia sekaligus serba sebanyak akan membolehkan seseorang itu diiktiraf, selain mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka akan memilih tanpa sebarang rasa bimbang.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah perkara ini akan diperkenalkan, berkemungkinan tidak lama lagi.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aman_hensem_giler_dan_kacak… haha
siot je menganjing! LOL
perghh.. panjang giler emel aman… hahaha
dier suruh isi tempat kosong
aman?hensem?giler?dan?kacak
Tak lama lagi, tak lama lagi
tengah tunggu ni…
aman sangat troll dlm mempromosikan diri sendiri…. (terasa seperti skill ditiru….)
dengan adanya faces.my dan bahagian testimonial Akta Badan Perkomputeran Professional tidak perlu dah kerana mereka-mereka ini lebih diiktiraf dalam kelompok dan pakar yg benar-benar dalam bidangnya bukan dato2 atau pak menteri yg tak tau apa2 tu…
ape fart… nak test pon nak kene invite. deeemnnn…