26Dec

Fibox – Perkhidmatan Platform Sembang Masa-Nyata Baru Dari Syarikat Tempatan

Web 2.0

Salah satu perkhidmatan tempatan yang bakal menghentikan perkhidmatan percuma mereka pada tahun hadapan adalah ShoutMix. Namun begitu, caj yang dikenakan masih lagi rendah, dan mampu oleh semua pengguna yang sedia menggunakannya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak ingin menggunakannya juga, mungkin anda boleh menggunakan salah satu perkhidmatan alternatif baru, Fibox.

FiBox juga turut sama disediakan oleh salah satu syarikat tempatan, dimana melalui Fibox ia menyediakan kotak sembang dalam bentuk masa-nyata, membolehkan para pengguna dan pelawat sesuatu web mengikuti kemaskini dalam masa-nyata tanpa perlu refresh sesuatu halaman itu berkali-kali.

Pendaftaran untuknya juga turut menggunakan integrasi Facebook Connect, membolehkan pendaftaran dilakukan dengan pantas, selain mana para pengunjung juga boleh menggunakan akaun Facebook dalam meninggalkan komen ataupun mesej pada kotak sembang yang disediakan.

Buat masa ini, Fibox masih lagi pada peringkat beta, dan mungkin lebih banyak fungsi baru akan diintegrasikan dari hari ke hari oleh mereka.

Terima kasih Eddy


Lebih 150 Orang Berdaftar Ke WordCamp Esok
Says.MY : Pengguna Malaysia Merupakan Antara Pengguna Facebook Yang Aktif
Maybank Melancarkan Akaun Twitter Rasmi - @MYMaybank
Twitter Mula Mengintegrasikan Kandungan Daripada Facebook
Belajar Bahasa Malaysia Dengan Mudah Melalui Saluran Khas Di YouTube

21 Komen

  1. topo pada 26 Dec 2011

    link eddy tu broken..

    awat la rupa dia macam shoutmix baru je -.-

    • Aman pada 26 Dec 2011

      terlebih palang lak. worait. dah dibetulkan. :D

  2. Finalcross pada 26 Dec 2011

    Errr…relevankah lagi widget sebegini? hmmm

    P/S: SPAM win!

  3. Lia Nadia Qistina pada 26 Dec 2011

    tool yang bagus untuk pembaca blog, sebab ramai sukakan instant comments selain memberi respon di kotak komen.

  4. EiNS pada 26 Dec 2011

    Chatbox tak lagi relevan buat masa sekarang…

    Facebook comments, twitter stream lagi berkesan

    • amoi pada 26 Dec 2011

      +1

    • ZoOL pada 27 Dec 2011

      tu ar.. tak lama lagi chatbox mati.. let it die~ die~ die~ slowly >:P

    • Ezio sasuke pada 27 Dec 2011

      +1000000…

  5. Danny Jafni pada 27 Dec 2011

    Bleh tahan… =)

  6. Ewan pada 27 Dec 2011

    ni baru anak tempatan bai….

  7. fiqueobiey pada 27 Dec 2011

    ok la tue,lagipun free,, :-)

  8. Ismail pada 27 Dec 2011

    ok gak…simple jew :D

  9. EddyGeek pada 27 Dec 2011

    sama-sama aman :-) , thanks for the link.

  10. xdeath pada 27 Dec 2011

    omaigosh.. nama aku ;D kantoi

  11. Mazrie pada 27 Dec 2011

    fb je la sng

  12. miera pada 29 Dec 2011

    mknenye,mgkn selepas ni, blogwalking da x relevan ekk?
    hoho

  13. RozaniGhani pada 01 Jan 2012

    ok gak guna facebook connect untuk chat widget.

  14. zaini pada 02 Jan 2012

    terbaek!!

  15. rekrazie pada 05 Feb 2012

    eh fibox ni Malaysia punya rupanya. niceone!

  16. Farah pada 21 Mar 2012

    Ok la tu…kejayaan anak tempatan..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader