24Dec

Firefox UX Membolehkan Para Pengguna Menguji Rekabentuk Antaramuka Pelayar Web Yang Baru

Perisian, Sumber Terbuka

Mozilla pada tahun ini, telah pun memulakan konsep pembangunan baru, dimana mereka mengeluarkan versi baru setiap enam minggu, dimana pada sesuatu masa, sebanyak tiga versi berbeza dibangunkan serentak, iaitu Beta, Aurora dan juga Nightly. Kini, ia turut ditambah dengan salah satu versi baru dikenali sebagai UX.

Melalui Firefox UX, para pengguna boleh menguji rekabentuk antaramuka baru yang bakal diperkenalkan oleh pihak Mozilla tidak lama lagi, iaitu melalui Firefox 12. Sebelum ini, beberapa paparan antaramuka telah pun diperlihatkan, menunjukkan konsep antaramuka yang bakal dibawakan oleh pihak Mozilla melalui pelayar web Firefox mereka.

Antara perkara yang kami dapat lihat melalui penggunaan Firefox 12 UX yang masih pada peringkat pra-alpha, ia menunjukkan perubahan pada halaman tab, membawakan beberapa thumbnail padanya, sekaligus memberikan anda akses pantas, seumpama fungsi Speed Dial pada Opera.

Selain daripada itu, Firefox 12 UX juga turut sama membawakan sokongan widget muat-turun terbina, dimana ia kini diperlihatkan dibahagian atas pada penghujung kanan pelayar web, membolehkan para pengguna melihat masa muat-turun yang tinggal, ataupun meletakkan tetikus diatasnya untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas lagi.

Memandangkan ia masih pada peringkat awal pembangunan, pelbagai fungsi dan perubahan antaramuka yang bakal dibawakan oleh mereka dari hari ke hari, dan bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 12 UX terus daripada pelayan FTP Mozilla hari ini, dan mula menguji antaramuka baru daripada pihak Mozilla untuk Firefox.


Firefox 4.0 Telah Dimuat-Turun Lebih 30 Juta Kali
Firefox Mobile 5 Dan 6 Pada Tahun Ini?
Firefox Aurora Terbaru Membawakan Pelbagai Fungsi Baru
Aplikasi Android Dan iOS Untuk Astro Byond Dilancarkan
MeeGo Dimatikan - Berevolusi Kepada Tizen Dibawah Sokongan Intel Dan Samsung

16 Komen

  1. Bulan Terkenal pada 24 Dec 2011

    smart dowh!

  2. shaharil pada 24 Dec 2011

    dah macam Google Chrome dah aku tengok.

    • ZoOL pada 24 Dec 2011

      silap.. UI die mcm Opera la..

  3. azwan11 pada 24 Dec 2011

    smart! :D

  4. hanafi bhari pada 24 Dec 2011

    gila la jai ! lawaaa

  5. lanz pada 24 Dec 2011

    cantekk !

  6. noreply pada 24 Dec 2011

    ok, masa untuk berubah

    • Ikmal pada 25 Dec 2011

      lol

  7. Syazwan pada 24 Dec 2011

    amanz pkai mac ke??

    • Aman pada 24 Dec 2011

      yup. dulu JoliCloud, kini OS X. Tapi JoliCloud lagi best untuk aku. Haha.

  8. ZoOL pada 24 Dec 2011

    Lawa interface die.. dulu die pickup Chrome pye interface, skrg ni die try Opera plak :)

  9. Raisha pada 24 Dec 2011

    semakin pantas firefox sekarang.

  10. Mohd Isa pada 25 Dec 2011

    wah, menarik ni…nak test pakai la…huhu

  11. faezzz pada 25 Dec 2011

    basic

  12. Lia Nadia Qistina pada 25 Dec 2011

    ada gabungan ciri Google Chrome dengan Opera di situ..semacam interface Windows Phone 7 pun ada..

  13. Ikmal pada 25 Dec 2011

    smart dowh.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader