17Dec

Firefox 9.0 (Candidate) Boleh Dimuat-Turun Daripada Pelayan FTP Mozilla

Perisian, Sumber Terbuka

Baru sahaja Firefox 8.0 menjadi pelayar web kedua paling popular dikalangan pengguna tempatan, kini dengan menggunakan latar masa pembangunan selama enam minggu, mereka telah pun mengeluarkan versi percubaan untuk versi akhir mereka, iaitu Firefox 9.0. Secara kasar boleh dikatakan versi yang boleh dimuat-turun daripada pelayan FTP mereka ini berkemungkinan menjadi versi akhir kelak.

Firefox 9.0 dijangka akan dilancarkan secara rasminya oleh pihak Mozilla pada 20 Disember ini, iaitu dalam tempoh tiga hari lagi. Sebelum ini juga, pihak Mozilla pernah mengeluarkan versi stabil akhir mereka lebih awal beberapa hari sebelum pengumuman rasmi mereka.

Melalui Firefox 9.0, ia memfokuskan kepada kepantasan, dimana kini ia memperlihatkan peningkatan kepantasan sehingga 30% berbanding sebelum ini. Selain daripada itu, ia turut sama mengintegrasikan sepenuhnya fungsi Do Not Track, sekaligus menjaga privasi anda sepenuhnya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 9.0 (Candidate) secara terus daripada pelayan FTP Mozilla, sementara menantikan pengumuman rasmi pihak Mozilla dalam masa beberapa hari lagi.


secQ.me - Aplikasi Keselamatan Peribadi Pada Android Dan iOS
Peranti Nokia 801 Menggunakan Nokia Belle Dengan Rekabentuk Menyerupai N9 Kelihatan
Firefox Bakal Memudahkan Pembacaan Pada Web Melalui Focus Mode
Pandang Pertama - Aplikasi Instagram Untuk Android
Aplikasi Wazapp Dilancarkan Untuk MeeGo Dalam Bentuk Beta

6 Komen

  1. anazhd pada 17 Dec 2011

    nanti kejap lagi mulelah komen2 yang menyakitkan hati dari pelbagai pihak. pergaduhan akan berlaku antara fans chrome, ie, opera, safari dan ffox.

    pergaduhan berlaku setiap kali ffox atau mane2 browser lain keluarkan versi2 baru, tidak kira beta, alpha, final, dev, dll.

  2. TypoKing pada 17 Dec 2011

    inb4 komen “chrome tetap dihati”

  3. Jyundoo pada 18 Dec 2011

    oh dah keluar ek

  4. nuar pada 18 Dec 2011

    sedang testing FF9..

  5. suarakomputer pada 18 Dec 2011

    aiks …..cepatnya….nie baru versi 8.0.1 ah…..

  6. Anarm pada 18 Dec 2011

    tgh cuba try test..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader