Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Akhirnya, setelah dibolehkan untuk dimuat-turun melalui pelayan FTP sebelum ini, hari ini Mozilla secara rasminya telah pun melancarkan Firefox 9.0, yang mana sekaligus menjadi kemaskini Firefox versi stabil terakhir tahun ini, membawakan beberapa peningkatan bersama-sama dengannya.
Melalui Firefox 9, ia membawakan peningkatan dari segi prestasi JavaScript, integrasi yang lebi menyeluruh pada Mac OS X Lion, sokongan HTML5 dan juga CSS yang dipertingkatkan, serta lebih memfokuskan kepada pelbagai perkara berkaitan dengan kestabilan dan juga keselamatan.
Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Firefox 9.0 terus daripada laman web rasmi mereka untuk platform Windows, Linux mahupun OS X.
Bersama-sama dengan pelancaran ini, Mozilla akan mula memfokuskan kepada Firefox 10 yang bakal memasuki saluran beta tidak lama lagi, dan juga Firefox 11 yang bakal memasuki saluran Aurora. Tahun hadapan juga mungkin kita akan dapat melihat Firefox dalam bahasa Malaysia turut sama dilancarkan.
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
“Melalui Fireofx 9, ia membawakan”
-1
dah dibetulkan.
haizzz.. tau nak -1 tnpa tahu bnda sbenar..
mnarik..leh try nie..
add on die stabil x?? support IDM??
IDM ok..
Nak try jugak tp Chrome tetap No.1 di hati..
yg lapan pun xguna sgt dh kuar 9
still x support html 5?
trolling ke ape? ffox support html5 lame dah. dari ffox3.5
. tapi tak ramai tahu dan tak bnyk web developer gune html5 mase tu. and maybe some html5 web content mmg saje nak block ffox, untuk pikat pengguna menggunakan chrome.
jarang guna firefox, kalo guna pun dlm Ubuntu je tp Chrome tetap gak jadi default web browser utk Windows 7 & Ubuntu aku
downloading
nice !
Yang 8 pun blom puas guna lagi..
aku punya dah jadi 9.01 dah….
klo idm support mmg terbaik r
tgh download…