Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin semua ingat lagi, beberapa tahun yang lepas, ketika Friendster dan juga MySpace masih lagi popular, pelbagai laman-laman menyediakan beberapa grafik khas, seperti gambar untuk testiomoni, gambar latar belakang dan sebagainya. Kini, laman seumpamanya turut hadir untuk Facebook, dengan pengenalan Facebook Timeline baru-baru ini.

FookCover merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web yang menyediakan pilihan gambar-gambar latar untuk digunakan pada Facebook Timeline para pengguna.
Apa yang menariknya mengenai FookCover adalah, selain hanya menyediakan gambar bersaiz 851×315 pada laman mereka untuk digunakan oleh para pengguna, mereka turut sama menyediakan sokongan untuk pra-lihat gambar profil anda dengan menggunakan latar gambar yang dipilih. Segalanya dapat dipermudahkan dengan sokongan Facebook Connect, membolehkan anda membuat pilihan gambar dengan mudah.
Buat masa ini, FookCover masih lagi pada peringkat beta, dan mungkin lebih banyak gambar akan ditambah oleh mereka dari hari ke hari, selain mereka yang berminat turut boleh menghantar gambar-gambar mereka untuk disertakan bersama pada laman tersebut.
Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat lebih banyak laman-laman seumpama ini muncul, menawarkan kandungan menarik untuk dikongsikan oleh para pengguna pada laman sosial terkemuka itu.
Mungkin juga kita akan turut sama melihat pembangun tempatan turut menawarkan kandungan yang disesuaikan untuk para pengguna tempatan melalui laman-laman seumpama ini.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
fook = ..toooot.. :p
nice,…
nanti mula lah cari gambar lawa2 time zaman myspace dulu
bila perlu byk permission ni rasa sangsi,
+1
ala kau save as je gmbr tu then upload sendiri buat photo cover.. xde pon permisssion bagai
Facebook Timeline satu fungsi baru yang sungguh bagus, tapi privasi diri kita perlu dijaga juga. Tak semua dari diri kita dan pengalaman kita perlu di ‘kongsi’.
ajar sya boleh tak….tak pandai nak setting
ni bole buat skali dgn profile pic ke ?
profil pic takleh.
baru 5 kawan yg wat timeline
masa 1st2 tukar ke timeline dulu, aku da perasan yang timeline ni seakan2 mcm myspace… siap ada banner bagai kan.. cumanya background timeline je yg aku masih belum nampak utk ditukar… hehehe
Tak cuba pun lagi FB Timeline sbb..
designnya dah macam ala2 personal blog
baru jumpa 2 je kawan yang buat FB timeline ni.