03Dec

Fungsi Input Suara Pada TellMe Dan Siri Dibandingkan Secara Adil

Apple, Microsoft

Fungsi input suara semakin meningkat popularitinya akhir-akhir ini, dengan pelbagai aplikasi yang diperkenalkan membawakan sokongan bantuan pintar melalui input suara. Dan setelah kita dapat melihat video perbandingan yang kurang adil antara TellMe dan Siri sebelum ini, kini salah seorang pengguna telah membuat video yang lebih adil antara kedua-dua platform ini.

Untuk makluman semua, Siri dan TellMe adalah dua perkara yang berbeza, dimana Siri menyediakan bantuan pintar dengan sokongan AI, manakala TellMe lebih kepada memudahkan input melalui suara.

Melalui video juga beberapa perkara menarik berkaitan dengan teknologi TellMe turut diperlihatkan, termasuk sokongan menghantar mesej, sokongan membaca mesej dari Facebook, sokongan Facebook Chat, dan integrasi TellMe dengan mendalam bersama Bing.

Walaubagaimanapun, bagi kami di Amanz yang banyak menggunakan bahasa Malaysia, kami masih jatuh cinta dengan Android 4.0 yang didatangkan dengan sokongan input bahasa Malaysia padanya. Mungkin kelak kita akan dapat melihat Siri dan TellMe menyokong bahasa Malaysia, namun masih tidak diketahui bilakah perkara tersebut akan berlaku.


Pelan dan Pakej iPhone 4 Maxis Mungkin Berubah?
Aplikasi Google+ Untuk Windows Phone Seawal Minggu Ini?
DiGi Memperlihatkan Pelan Dan Pakej iPhone 4S - Dibuka Untuk Pra-Tempahan
Infografik : Bagaimana Bill Gates Membantu Dunia
Seperti FourSquare, Apple Mula Menggunakan Data Daripada OpenStreetMap

8 Komen

  1. man22 pada 03 Dec 2011

    man kau pakai software apa buat video ni??

    • Aman pada 03 Dec 2011

      erm. pakai iMovie. Tuk logo start tue (montaj?) pakai Adobe AE.

  2. man22 pada 03 Dec 2011

    sound dia??

  3. azrijohan pada 03 Dec 2011

    :D

  4. budakudm pada 03 Dec 2011

    klau linux software apa yg bleh buat ni?

  5. Omar pada 03 Dec 2011

    TellMe :)

  6. ali mamak pada 03 Dec 2011

    android ok la kan

  7. AMR pada 04 Dec 2011

    Bila la Siri ni nak pandai cakap Melayu.. :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader