17Dec

Galaxy Nexus Bakal Dilancarkan Di Malaysia Sebelum Tahun Baru Cina

Gajet

Salah satu peranti Android yang dinantikan ramai pengguna tempatan adalah Samsung Galaxy Nexus, yang mana membawakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan lebih penting lagi, merupakan peranti rasmi daripada Google. Melalui laman Facebook Samsung Malaysia, kini mereka mengumumkan yang mana peranti tersebut akan berada di Malaysia sebelum Tahun Baru Cina kelak.

Namun begitu, tiada sebarang tarikh rasmi yang diberikan oleh pihak Samsung, selain hanya menjanjikan ia akan dilancarkan pada bulan Januari kelak. Harga jualan juga masih tidak diketahui buat masa ini.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkannya lebih awal, terdapat beberapa kedai di Lembah Klang dan juga melalui atas-talian telah pun sedia menawarkan Galaxy Nexus. Namun, berkemungkinan harga ketika pelancarannya kelak akan menjadi lebih murah berbanding apa yang ditawarkan sekarang.


Firefox 7 Beta Untuk Android Turut Membawakan Peningkatan Pengurusan Memori
Samsung Ingin Melesenkan BadaOS Sebagai Sumber Terbuka?
DiGi Mula Menawarkan BlackBerry Curve 9360
Aplikasi Plus Toll Rate Untuk Android Kini Turut Membawakan Sokongan Luar Talian
Nokia Kerugian Sebanyak RM3.8 Billion Pada Suku Tahun Lepas

25 Komen

  1. feirdaus pada 17 Dec 2011

    Terliur da nie..cepat la launch!

  2. safiqyunus pada 17 Dec 2011

    pergh! time tuh, msti dh ade kluar quad core =.=”

  3. Fakarepain pada 17 Dec 2011

    X sempat tggu nexus kuar..dh bli tpon lain dulu..sob3

  4. Fakarepain pada 17 Dec 2011

    X sempat tggu nexus kuar..dh bli tpon lain dulu..sob3..kempunan la camni nnti

  5. lanz pada 17 Dec 2011

    osem

  6. Juan pada 17 Dec 2011

    memang lawa phone nih

  7. Ahmad Fuad Adzmi pada 17 Dec 2011

    lambatnye

  8. malayz pada 17 Dec 2011

    agak2 brape ek hrge die?jgn lbh 2k sudh..huhu

  9. Junaidix pada 17 Dec 2011

    waiting game..

  10. Izamir Ridzwan pada 17 Dec 2011

    waiting….. bulan depan je ni.. xlama dah… ade telco nk lancarkan jgak ke bersama pakej2 menarik mereka?

  11. budakudm pada 17 Dec 2011

    hp utk test firmware…nk tgu s3 quad core…xpun note 2…huhu

    • Piratz pada 18 Dec 2011

      Nanti bila dah kuar S3, note 2, nak tunggu S4 ngan note 3 plak…

  12. Najib pada 17 Dec 2011

    skrin lengkung, cemane laa rasanya

  13. azwan11 pada 17 Dec 2011

    nak! tp camera 5 je. -.-

  14. snazzybizarre pada 17 Dec 2011

    kena berjimat ni.. haha

  15. sexy pada 17 Dec 2011

    amanz..kedai kat lembah kelang tu kat mane??? pastu kedai atas talian tu website ape?? berminat ni ngan galaxy nexus???

    • Piratz pada 18 Dec 2011

      Kedai atas talian = Online Shop…

      p/s : “berminat ni ngan galaxy nexus???” ni soalan ke penyataan?

      • noreply pada 18 Dec 2011

        LOL

      • sexy pada 18 Dec 2011

        alah ko ni cam cikgu BM plak..buat2 paham dah la..kan typo tu..huhu

        btw,online shop tu website ape??? blh kasi x link website ape?? aku tkt kena tipu je sbb x pernah shopping online lagi sblm ni. :(

    • mat x ensem pada 19 Dec 2011

      ada,ak tau tmpt die n siap harga lagi.

  16. faggot pada 18 Dec 2011

    kalo la ak dh keje

  17. Ahmad Hati pada 18 Dec 2011

    Nak tapi takde duit

  18. Ahmad Ijat pada 18 Dec 2011

    Dah lama berminat dgn peranti samsung nih tapi……

  19. Syafiq Kamil pada 18 Dec 2011

    Wow! smart betul ..

  20. Izzuddin Jr. pada 20 Dec 2011

    dah xsabar menanti nie . . .


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader