28Dec

Galaxy S Akan Menerima Kemaskini Kecil Membawakan Pelbagai Nilai Tambah Padanya

Gajet

Salah satu perkara yang tertanya-tanya oleh para pengguna Galaxy S adalah adakah ianya akan menerima kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Sebelum ini, Samsung telah pun mengeluarkan senarai peranti yang akan menerima kemaskini tersebut, namun Galaxy S tidak tersenarai padanya. Walaubagaimanapun, untuk menjaga pengguna Galaxy S, Samsung diperkatakan akan memperkenalkan kemaskini kecil yang membawakan beberapa perkara baru padanya.

Ianya akan kekal sebagai Android 2.3 tetapi akan mengoptimasikan sistem operasi tersebut lebih lagi, serta membawakan beberapa nilai tambahan padanya. SammyHub melaporkan yang mana melalui kemaskini kecil tersebut, para pengguna Galaxy S akan mendapat pengalaman pelayaran web yang lebih pantas, widget baru, sokongan multi-tasking lebih menyeluruh, dan beberapa perkara lain lagi, membolehkan ianya menyerupai seperti Ice Cream Sandwich.

Samsung Galaxy S

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan, dan tarikh pasti untuknya masih tidak diketahui buat masa ini. Sebagai alternatif, para pengguna yang inginkan kemaskini terkini, mungkin turut sama boleh menggunakan ROM yang dibangunkan pembangun bebas pada peranti mereka.


Menarik Sepanjang 2008
Google Earth Kini Dioptimasikan Untuk Android
iPad 2 Plus Bakal Menemui Pengguna Pada Penghujung Tahun Ini?
Wacom Memperkenalkan Inkling - Peranti Analog Untuk Zaman Digital
Asus Malaysia : Prime Di Malaysia Pada Januari 2012

13 Komen

  1. FauziNor pada 28 Dec 2011

    Samsung galaxy s aku dah nazak dah nie.. ahhahah

  2. tekong pada 28 Dec 2011

    yeay finally. kensel beli iphone4s

  3. adibb pada 28 Dec 2011

    Macam tu plan dia..ok laa…hardware dah bagus..software plak xok…custom ROM ramai..

  4. Ahmad Hati pada 28 Dec 2011

    Bagus lah macam tu

  5. Farid pada 29 Dec 2011

    Apa yang pasti ” ada apa dengan samsung jika tiada android ” kau ambil contoh terdekat bada OS tarapapa kawan. sayang iPhone mahal dan MeeGo dimakan bapak tiri

    • slee pada 29 Dec 2011

      1+

  6. Ismail pada 29 Dec 2011

    banyak tul model yg dikeluarkan oleh samsung…

  7. Lia Nadia Qistina pada 29 Dec 2011

    …pasti ada banyak lagi update untuk Galaxy S di masa akan datang. Samsung penuh dengan berbagai kejutan. Nak ambik hati pengguna smartphone

  8. kimi pada 29 Dec 2011

    Update utk galaxy s plus xde ke? huhu

  9. spkcre pada 29 Dec 2011

    leh tanye skit x? nie galaxy s (i9000) sahaja atau dengan galaxy sl (i9003)? mcm galaxy sl nie lagi teruk die abaikan..hmm..

  10. mohd adam pada 15 Mar 2012

    nk tnye sikit la galaxy s i9000 sbnr’e RAM 512mb atau 329mb..ade spe2 blh info x..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader