24Dec

Galaxy Tab 7.7 Disasarkan Pelancarannya Di Malaysia Pada Bulan Januari

Gajet

Selain daripada Samsung Galaxy Nexus, Samsung Malaysia juga turut sama mensasarkan untuk melancarkan tablet mereka yang dinantikan ramai, iaitu Galaxy Tab 7.7 pada bulan Januari kelak. Namun begitu, harga jualan dan tarikh pasti pelancarannya masih lagi belum diketahui buat masa ini.

Spesifikasi

Seperti pada namanya, Galaxy Tab 7.7 membawakan skrin bersaiz 7.7-inci Super AMOLED Plus dengan resolusi skrin sebesar 1280×800 pixel, lebih besar lagi berbanding dengan Galaxy Tab 7.0 Plus yang dilancarkan baru-baru ini. Ia juga turut sama dijana oleh Android 3.2 Honeycomb, serta menggunakan cip pemprosesan 1.4GHz dengan RAM sebanyak 1GB. Ia turut didatangkan bersama-sama kamera 3-megapixel dibahagian belakang serta 2-megapixel dibahagian hadapan.

Pandangan

Dari segi spesifikasi, ia membawakan ciri-ciri yang lebih baik berbanding Galaxy Tab 7.0 Plus yang dilancarkan baru-baru ini. Namun begitu, kami mensasarkan berkemungkinan harga jualannya tidak begitu jauh berbeza dengan Galaxy Tab 7.0 Plus.

Pada masa yang sama, Galaxy Tab 7.7 juga turut sama membawakan sokongan panggilan suara, seumpama dengan Galaxy Tab 7.0 Plus. Sekiranya harga jualan dengan 7.0 Plus tidak jauh berbeza, mungkin ia akan menjadi pilihan ramai memandangkan membawakan fungsi yang lebih kurang sama dengan spesifikasi yang lebih tinggi lagi.


iPhone 4G Akan Muncul Pertengahan Tahun Ini
Blackberry Mungkin Di Haramkan Di Malaysia
Samsung Memperkenalkan Skema Penamaan Keluarga Galaxy
Motorola Memperkenalkan Xoom 2 Dan Xoom 2 Media Edition Secara Rasminya
Jualan Tablet Di Malaysia Melangkaui Angka 656,000 Unit Sepanjang Tahun 2011

27 Komen

  1. cecibo pada 24 Dec 2011

    brapa byk version tab mau kuar daaa

  2. Luxuryhost pada 24 Dec 2011

    Baguizzz…… pengguna banyak pilihan…..

  3. luzfi99 pada 24 Dec 2011

    Pegguna dah naik pening dan biul…:D

  4. malayz pada 24 Dec 2011

    jgn mahal sgt sudah…..

    • mattt pada 25 Dec 2011

      pre order price kat lowyat forum 2699…kat atas ni kata harge lebih kurg tab 7plus.

      hurmmm….time will tell =)

      tp kn klau harge 2699 better ambik note or trans prime..huhu

  5. payid23 pada 24 Dec 2011

    Keluarga Galaxy ni memang terlalu banyak, macam bintang-bintang di Galaxy la hendaknya :D

    Galaxy Tab 7,7Plus, 7.7, 8.9 & 10.1

    Galaxy SII, S, W, Y , Ace… aarrgghh….byknye

  6. myvitrd pada 24 Dec 2011

    samsung memang terkenal dgn variasi galaxynya

  7. myvitrd pada 24 Dec 2011

    samsung memang terkenal dgn variasi galaxynya.. Yg penting galaxy note dh ada d tanganku

  8. ZoOL pada 24 Dec 2011

    This is the one that i want! Too bad my finance is not stable yet, guess i’ll wait till i can afford one :)

  9. syamilshahimi pada 24 Dec 2011

    Keluar banyak2 model, tahun depan yang banyak2 model tu jugak x dapat official software update. Poor Galazy S and the old Galaxy Tab =(

  10. Mohd Isa pada 25 Dec 2011

    nice, gajet seterusnya…hehe…

  11. nabel pada 25 Dec 2011

    Dia boleh buat panggilan suara menggunakan sim kad ke guna internet macam skype?

  12. Lia Nadia Qistina pada 25 Dec 2011

    rasanya Samsung bagai nak kuasai pasaran tablet walaupun didominasi oleh populariti iPad serta iPad 2. Sekarang dah ada 5 versi Samsung Galaxy Tab, iiatu versi 10 inci, 8 inci, 7 inci, Galaxy Tab Plus dan kini 7.7 inci. Tablet jenama lain seperti Motorola Xoom, HTC Flyer atau RIM BlackBerry Playbook semakin susah untuk menyelit bagi mendapat perhatian pengguna.

  13. Wan Perlis pada 25 Dec 2011

    bukan latest ver 10.11?

  14. Izzuddin Jr. pada 25 Dec 2011

    sekarang susah nak pilih mane satu +_+ !

  15. Syukri Lajin pada 25 Dec 2011

    aku tak kaya2 jugak nak beli 1 pun tak larat.. huhuhu

  16. fikri pada 25 Dec 2011

    Malas nak fikir pasal aku dah beli 8.9, next year ICS jadinya

  17. rule pada 25 Dec 2011

    yeah, yg ditunggu2 dah tiba. masa utk kumpul bajet.

  18. Firdauz pada 25 Dec 2011

    2.6k? mcm Xlogik Je..Sebab Tab 10.1 pon xsampai 2k kn price range dia? huhu

  19. Affuan pada 26 Dec 2011

    Setia pada iPad 2 yang sudah di’jailbreak.

  20. Mochan pada 27 Dec 2011

    Banyak sangat tablet samsung keluar,nanti bila nak bagi update kata xsupport la…hanya support model paling baru la.huhu..boleh xkorang bersikap macam apple kalau benda2 update ni..kalau apple keluar ios5 semua devices dia akan dapat serentak…x ke kesian kat pengguna yang guna model lama macam galaxy tab first generation dan galaxy s yg xdapat ics…dorang pun beli guna duit, so apa kes x bagi update kat model tu…cuba fikir kalau s2 dan note xdapat update lagi lepas ics,tentu sakit hati kan…??yes, korang boleh dapat custom firmware punya, tapi stable ka tu nanti? .satu lagi, boleh x jangan keluar model banyak sangat, cukup la keluarkan model terbaik pada low,mid and high spec.takut2 nanti kualiti tak terjaga kalau product released out of control…moral of the story, samsung kena jaga hati pengguna dengan baik2 tau, sebab kalau sekali dah tercalar susah korang bangkit nanti.

  21. zaini pada 27 Dec 2011

    boleh buat video call tak?

  22. ZAID pada 07 Jan 2012

    Yang ni boleh tambah micro sd kad.

  23. moon pada 16 Jan 2012

    salam,nak tnya..bole wat call biasa?video call?

    • Aman pada 16 Jan 2012

      Call biasa boleh, video call tak pasti. Rasanya boleh kot.

  24. rule pada 17 Jan 2012

    haish, bile la nk muncul2 ni.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader