Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sokongan input suara pada Android sudah lama diperkenalkan, namun sehingga ke hari ini, untuk menggunakannya sepenuhnya, para pengguna perlu menyertakan beberapa nama kod dalam penggunaannya, dan tidak begitu pintar seperti Siri daripada Apple. Namun, ia bakal diatasi tidak lama lagi.
Ia kini dilaporkan yang mana Google bakal memperkenalkan evolusi untuk fungsi Google Voice Actions sedia ada, dan pembangunan sedang giat dilakukan sekarang ini, dikenali dengan nama kod Majel (Majel Barrett pada Star Trek) dikalangan pembangun buat masa ini.
Versi pembangunan pertama dijangka akan diperkenalkan seawal Januari atau Februari, mungkin sebagai kemaskini menyeluruh untuk sokongan Google Voice Actions, dan ia akan mengintegrasikan pelbagai sokongan carian Google pada versi awalnya kelak.
Namun, apa yang menarik minat kami adalah, memandangkan Google sudah pun sedia menyokong input suara dalam bahasa Malaysia termasuk dengan sokongan dialek negeri, mungkinkah ia akan memberikan impak besar kepada pengguna Android di Malaysia?
19 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Google, tengok orang lain buat, dia pun nak buat.
Others inspire Google, Google improvises others. (:
I’m pretty sure they don’t improvise Facebook
Aku rasa ko ni pengguna iOS.
perlawanan dunia teknologi.. tak abis2… lepas ni ape la pulak.
tak pe kita yg untung…
bersainglah google, kami sedia menyokong
Sokong la dengan membeli peranti android…
aku sokong gak..!!
+1
ni yg kami nanti2kn..terbaikk!!! nk beli iphone mhl sgt2, android pun terbaik da…harga berpatutan..thx
sgt setuju!!
haha… serious aku xnk guna fungsi tu kat public places.. malu sial sbb kena guna loud voice
google semakin nampak apa yang makin diperlukan dari buang masa dialek merapu dari SIRI..haha
SIRI memang bodoh… merapu giler!
takyah wat untuk BM pon takpe… bukan dia faham pon
u jelly bro?
ko dah try ke SIRI tu???? dah ada pngalaman gne SIRI?? tah2 ko xpnh gne…dgr je ape owg ckp…
jelly la tu dia,, haha
+1
x abes2 begadoh.. ce kte blaja mcm mane nak buat bende2 teknologi ni.. sblom org maki aku.. ni link aku.. http://www.locxtronic.com ..ye mmng aku sentiasa research bende tekno ni.. so kte rakyat malaysia yg mundur ni jngn nak bgadoh je.. learn something bro..