09Dec

Google Currents Diperkenalkan Untuk Platform Android Dan Juga iOS

Google

Salah satu aplikasi popular pada iPad adalah Flipbooks, dan dengan konsep yang lebih kurang sama, kini Google melancarkan Google Currents, membolehkan anda menemui pelbagai kandungan baru dengan mudah dan pantas pada peranti mudah-alih anda, samada pada peranti Android, mahupun iOS. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna membaca kandungan pada internet seperti membaca majalah.

Google juga turut mengatakan pengguna boleh menemui pelbagai kandungan baru melaluinya, selain sebuah tab baru dinamakan Trending, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai berita semasa terus melalui aplikasi tersebut.

Walaubagaimanapun, amat menyedihkan kerana aplikasi Google Currents ini hanya diperkenalkan untuk para pengguna Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Mungkin Google akan melancarkannya di Malaysia setelah mendapat kerjasama dari pembangun kandungan tempatan kelak. Sama-sama kita nantikan pelancarannya di Malaysia.


Akses Google Calender Secara Offline
Pelbagai Fungsi Chrome OS Mula Kelihatan Pada Chrome
Google Memperkemaskini Fungsi Carian Imej Mereka
Mozilla Memperbaharui Perjanjian Bersama-sama Pihak Google
Google Melancarkan Google Drive Secara Rasminya

6 Komen

  1. Lebai pada 09 Dec 2011

    http://goo.gl/pQuEG

    try ni.. aku dh try.. sukses..

  2. M Hasan pada 09 Dec 2011

    Flipboard

  3. ezry pada 09 Dec 2011

    cepatla sampai mesia..

  4. syamilshahimi pada 10 Dec 2011

    idea yang bagus untuk compete dengan Flipboard. satu je aku x berapa puas hati, proses untuk refresh articles from website yang kita pin tu tak simultaneous, kene refresh one-by-one. plus, refresh time x sepantas Flipboard. hmm

    • soleheen pada 10 Dec 2011

      still dalam percubaan bila dah realease mungkin akan ok kot

      • syamilshahimi pada 10 Dec 2011

        apa maksud “bila dah release”? benda ni dah available kat US App Store. hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader