02Dec

Google+ Kini Memudahkan Anda Mengikuti Kemaskini Popular Dan Terkini

Google

Google terus menambah pelbagai perkara baru pada rangkaian sosial mereka, dimana melalui kemaskini yang diperkenalkan pada hari ini, ia membolehkan para pengguna melihat Stream pada Google+ berdasarkan pilihan mereka, iaitu antara kemaskini popular dari rakan-rakan, ataupun kemaskini terkini daripada rakan-rakan.

Melaluinya, ia membolehkan anda mengetahui sesuatu perkara popular atau kemaskini utama dikalangan rakan-rakan anda dengan mudah memandangkan ia akan mendapat bilangan komen dan juga +1 yang tinggi. Selain itu, bagi mereka yang ingin hanya mengikuti kemaskini biasa sahaja, mereka boleh mengikutinya terus melalui tab terkini.

Pada masa yang sama, bahagian What’s Hot On Google+ pada bahagian bawah Stream masih lagi dikekalkan membolehkan anda mengikuti kemaskini pengguna global dengan mudah.


Aplikasikan Warna Kegemaran Pada GMail Anda
Chrome 11 Dengan Sokongan Input Suara Dilancarkan
Google Memperkenalkan Kemaskini Untuk Android Market
Google Mengemaskini Fungsi Google Sitelinks - Memperlihatkan Sehingga 12 Pautan
Android Ice Cream Sandwich Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan

3 Komen

  1. Jyundoo pada 02 Dec 2011

    G+ makin pantas memenangi hati pengguna :)

  2. Pisyek pada 03 Dec 2011

    tambah saya dalam bulatan anda: gplus.to/pisyek :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader