19Dec

Google+ Membawakan Pelbagai Kemaskini Dan Fungsi Baru

Google

Dengan tahun baru yang menjelang tiba, Google terus menambah pelbagai fungsi baru pada laman sosial mereka, Google+, dimana hari ini mereka memperkenalkan pelbagai fungsi baru, yang dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna secara berperingkat bermula beberapa hari lagi, yang mana melalui kemaskini ini, ia membolehkan pengguna mengawal lebih banyak perkara lagi pada Google+.

Kemaskini Pada Google+ Pages

Baru-baru ini, Google telah pun memperkenalkan sokongan Pages untuk organisasi dan juga jenama. Dan kini mereka terus menambah pelbagai perkara baru, dan salah satunya adalah dimana kini Pages menyokong sehingga 50 orang yang lain untuk menjadi pentadbir sesuatu halaman.

Google+ Photos Yang Lebih Interaktif

Google+ Photos turut sama membawakan kemaskini, dimana kini ia dipaparkan dalam bentuk yang lebih menarik lagi, serta kemudahan untuk meninggalkan komen dengan lebih senang. Cara tag pengguna yang baru juga diperkenalkan bersama-sama dengannya.

Mengawal Apa Yang Diperlihatkan Pada Stream

Dalam membolehkan anda melihat kemaskini rakan-rakan, ahli keluarga dan yang lain-lain pada Stream dengan lebih baik, kini anda diberikan kemudahan untuk mengawal bagaimana Stream akan diperlihatkan, termasuk kekerapan kemaskini daripada seseorang pengguna dan sebagainya.

Selain daripada semua kemaskini ini, Google+ juga turut membawakan sistem notifikasi baru, bersama-sama dengan kemaskini Google Bar yang diperkenalkan baru-baru ini.

Kesemua kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna secara berperingkat dalam masa beberapa hari lagi, dan semestinya pada tahun hadapan, kita akan dapat melihat lebih banyak perkara diperkenalkan pada Google+ ini.


Google Melancarkan Google Apps Labs
Muat-Turun Dan Uji Chrome 3.0 Sekarang
YouTube Bakal Menyokong Google+ Hangouts Untuk Siaran Langsung
Ice Cream Sandwich Akan Didatangkan Dengan Fungsi Merakamkan Paparan Skrin
Google Drive Bakal Dilancarkan Seawal Hari Ini (Atau Esok)?

10 Komen

  1. Piratz pada 19 Dec 2011

    Wow.. Nice2… Bila Amanz Network nak verified kat Google Plus ni?

  2. ZoOL pada 19 Dec 2011

    dah try google+ , langsung tak minat sbb setting mcm2..

  3. Zulhamizan pada 20 Dec 2011

    Dah lama tak bukak G+ nih. Tiba2 rasa macam nak main semula :D

  4. IkmalRedza pada 20 Dec 2011

    Menarik gak. Bleh la buat satu lepas ni.

  5. syu90 pada 20 Dec 2011

    dah ada G+ nie..tp jrg guna pon..

  6. AMR pada 20 Dec 2011

    menarik!

  7. BUN pada 20 Dec 2011

    Google + terbaik!! Facebook dh start mngarut daaa… jom berhijrah!!

  8. littlenazo pada 20 Dec 2011

    Google+ akan jadi no 1 dalam 2-3 tahun lagi

  9. lanz pada 20 Dec 2011

    google+ terbaik

  10. fiqueobiey pada 21 Dec 2011

    mmg terbaekkk dari google


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader