23Dec

Google Membayar Mozilla Lebih RM2.8 Billion Untuk Kerjasama Selama 3 Tahun

Google, Perisian

Persaingan dalam industri pelayar web semakin sengit dari hari ke hari, bertambah-tambah lagi dengan penyertaan Google dalam industri pelayar web melalui Google Chrome. Namun, walaupun Chrome kini menjadi pelayar web kedua paling digunakan di dunia, Google masih lagi teruskan kerjasama bersama-sama dengan Mozilla, dan baru-baru ini telah memperbaharui perjanjian mereka.

Walaupun Mozilla mahupun Google tidak menyatakan berapakah jumlah pembayaran yang diterima, melalui laporan terbaru, ia diperkatakan Google membayar Mozilla hampir $300 juta (~RM953 juta) untuk setahun. Memandangkan sebelum ini Google telah memperbaharui perjanjian dengan Mozilla, memperkatakan tempoh kerjasama sekurang-kurangnya selama 3 tahun, maka jumlah pembayaran yang akan diterima oleh Mozilla selama 3 tahun tersebut adalah sekitar RM2.8 billion, atau $900 juta dengan lebih tepat lagi.

Seperti semua sedia maklum, kerjasama Google dan Mozilla sebelum-sebelum ini boleh dikatakan amat berjaya, dimana Google sendiri menduduki taktha pertama dalam dunia enjin carian. Selain daripada Google, Microsoft turut diperkatakan ingin menjadi penyedia enjin carian utama pada pelayar web Mozilla, namun ia seperti gagal untuk menarik minat Mozilla.

Mozilla sendiri akhir-akhir ini telah menjadikan latar masa pembangunan mereka lebih pantas, dimana pelayar web terbaru yang dikeluarkan oleh mereka adalah Firefox 9 untuk desktop dan juga Android (telefon pintar dan juga tablet), selain mana mereka dijangka akan memperkenalkan sokongan kemaskini automatik seumpama pada Chrome bermula daripada Firefox 11 kelak.


Dunia Maya Versi Google
Opera 11.10 Barracuda Versi Beta Sedia Diuji
Blogger Tidak Boleh Diakses - Komen Dan Artikel Baru Hilang?
Firefox 10 Sedia Untuk Dimuat-Turun Daripada Pelayan Mozilla
Mozilla Membuka Penerimaan Aplikasi Untuk Mozilla Marketplace

8 Komen

  1. Ahmad Fikrizaman pada 23 Dec 2011

    uh.. terkejut tadi.. masuk kat email dia tulis “Google Membayar Mozilla Lebih RM2.8 Billion Untuk Kerjasama Bersama Amanz”… rupanya ayat tu dia pendekkan..

  2. syafiq_lomotech pada 23 Dec 2011

    bagi aku disini yang menang adalah: open source dan google.
    chrome dan opennya chromium akan dapat terus jalan kedepan
    sementara mozilla yang ada baaaanyak beri manfaat pada opensource terus dihidupkan.

    ni kira dengan bayaran untuk setiap carian yang gunakan about:startpage tu tak? tu pun tak salah ada bayaran.

    harapnya lebih banyak labs project.

  3. Jyundoo pada 23 Dec 2011

    dasyat giles. 2.8 bill oooo

  4. Picco pada 23 Dec 2011

    firefox mantap!!

  5. acul pada 23 Dec 2011

    ff mmg terbaek… kan best kalo aku dpt bayaran camtu hehe

  6. lanz pada 23 Dec 2011

    firefox mmg terbaik !

  7. RIS-FAMILI pada 02 Jan 2012

    Perkongsian menang menang. Google dapat pengunjung melalui Firefox dan firefox dapat duit melalui perjanjian.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader