23Dec

Hasbro Menyaman ASUS Atas Penggunaan Nama Transformer Prime

Gajet

Asus baru-baru ini telah pun memperkenalkan tablet terbaru daripada mereka, kemaskini untuk keluarga Asus Eee Pad Transformer, iaitu Transformer Prime yang mana membawakan cip pemprosesan empat-teras bersama-sama dengannya, dan diperkatakan akan dilancarkan di Malaysia sekitar awal tahun hadapan. Namun begitu, penggunaan nama yang lebih kurang permainan keluaran Hasbro, membuatkan Hasbro menyaman pihak Asus disebabkannya.

Walaupun ianya masih lagi jauh berbeza antara tablet keluaran Asus dan juga robot daripada Hasbro, ia masih lagi melanggar hak cipta, memandangkan pihak Hasbro telah pun memohon hak cipta atas nama Transformers Prime, iaitu salah satu siri animasi pada tahun 2010, yang mana akan membolehkan pihak Hasbro menggunakan jenama tersebut pada permainan, animasi dan sebagainya. Mengikut data, ia telah dipohon oleh Hasbro pada bulan April 2010 yang lepas.

Melalui Asus pula, mereka menggunakan nama Transformer disebabkan kebolehan tablet daripada Asus itu yang boleh diubah kepada sebuah netbook dengan mudah, selain pada masa yang sama menambah jangka masa bateri padanya serta membawakan beberapa ciri tambahan bersama-sama dengannya.

Perkara ini masih lagi pada peringkat awal, dan baru sahaja difailkan ke mahkamah. Sekiranya Hasbro memenanginya, mungkin kita akan dapat melihat Asus mengubah penjenamaan sebelum mula menjualnya kepada umum.

Terima kasih Airie Zahkuan


Permohonan Samsung Untuk Melihat Produk Akan Datang Apple Ditolak
Asus Melancarkan Zenbook Di Malaysia - Bermula Dari Serendah RM3299
UMobile Menawarkan Galaxy Tab 7 Plus Pada Harga Bermula RM999
Intel Memperlihatkan Prototaip Ultrabook Dengan Skrin Sentuh
RIM Dan TomTom Bekerjasama Membawakan Trafik Masa-Nyata Pada BlackBerry

33 Komen

  1. topo pada 23 Dec 2011

    hohoho aku dah agak kes nama ni akan mucul.. kita tunggu dan lihat siapa menang

  2. shuzack pada 23 Dec 2011

    Agak2 Proton kena saman tak sebab pakai nama Exora Prime?

    • Mhasan pada 23 Dec 2011

      +1

    • kaihnsn pada 23 Dec 2011

      Kau reti baca ke? exora prime sama dengan transformer prime ke?

      • anazhd pada 24 Dec 2011

        trolololo. die tak reti nak faham. kalau proton nak kene saman, maknenye semua prime minister akan kene saman. ataupun, knape semua prime minister tak saman hasbro dan asus? ataupun kamus saman hasbro,asus dan prime minister sebab pkai “prime” . primeception.

        • Arrul pada 26 Dec 2011

          +1

    • Ikhwan pada 23 Dec 2011

      Kesian, Transformer Prime dengan Exora Prime tu jauh bezanya..

    • syaz pada 23 Dec 2011

      Prime tu mmg perkataan inggeris sapa2 pun blh guna. Ada transformer kt depan yg xblh tu..

    • syamilshahimi pada 24 Dec 2011

      soalan kau macam “agak2 Hasbro nak saman Mathematicians tak sebab guna Prime Numbers?”

      • Han pada 28 Dec 2011

        +1

  3. tarmizishukri pada 23 Dec 2011

    pakai nama melayu je.. “Pengubah Prima”

    • Pisyek pada 23 Dec 2011

      +1 keh keh keh :P

    • EddyGeek pada 23 Dec 2011

      prime pun tukar ke perdana, utama.

    • shaharil pada 24 Dec 2011

      Kalau guna “Pengubah Perdana”. Sedap sikit bunyi. Hehehehe

  4. Dik Mie pada 23 Dec 2011

    lepas ni saman LG optimus.. sebab pakai nama Optimus prime… hehehehe

  5. rizuani pada 23 Dec 2011

    tu TNB punya Transformer or mana2 electric company yg pakai transformer kena saman juga ke..? dunia makin pelik..

    • kaihnsn pada 23 Dec 2011

      tu transformer natang TNB. ni hasbro punya brand bro.

    • syaz pada 23 Dec 2011

      Transformer 2 pun kan perkataan inggeris ada dlt kamus..blh je pkai. Tp kalo dah TRANSFORMER PRIME nampak sgtlah xboleh.

      • rizuani pada 24 Dec 2011

        PRIME pun perkataan english gak..apa kata lain kali cipta perkataan sendiri..’ Beruk Mak Yeh’ belum ada trademark kan..suruh hasbro tu pakai ‘Beruk Mak Yeh’

  6. fiqueobiey pada 23 Dec 2011

    dh agak kes cmni akan terjadi..

  7. kaihnsn pada 23 Dec 2011

    memang terbukto org taiwan sama korea ni “akai takdak” huhuhu ni belum EPAL lagi masuk campur.

  8. Syazwan pada 23 Dec 2011

    sial….biarkan jelaj itupon nk saman…

  9. syaz pada 23 Dec 2011

    Mana boleh..transformers ni biz juta2, bukan kedai runcit. Kalo pkai xde kebenaran, mmg ptt kena saman. Kurang ajar 2 xmtk izin, Asus bukan nama yg kecik. They should know better.

  10. nik wafdi pada 24 Dec 2011

    Hahaha.. mcm2 korg nih!! Kalo gune Prime saje xde mslh. Len ler kalu g ltk Optimus Prime! X phm jgk ngan asus! Igtkn dah mintak izin nak gune name tuh! Hampeh jgk asus nih! Kalo nak wat movie pon dr buku mesti bg izin dlu! Ayoo..Mcm msk rmh org xbg salam! Xker krg ajor name nyer….

  11. rizuani pada 24 Dec 2011

    suruh ja ASUS tambah satu lagi perkataan ‘Transformer Prime Bongok’ sure tak bole saman kan..

  12. twenty-six pada 24 Dec 2011

    derang tak perasan yang siri kartun Transformer dah lama wujud

  13. syaz pada 24 Dec 2011

    Ye btl..thats y xtau lg samada hasbro blh menang atau x kes ni tp hakikatnya bila transformer n prime disatukan, dlm kepala 99.9999 pcent manusia dunia ni akan membygkan robot gergasi, bukan produk Asus, simple as that. Hasbro ni dh wujud berpuluh2 thn n transformers keluar sbg mainan oleh hasbro dulu sblm dijadikan animasi yg aku tgk thn 80an dulu. Kalo aku pun ada sykt besar lain yg cuba tumpang populariti tanpa bgtau n mtk kebenaran, of course aku saman. Tp Asus ada alasan sendiri knp dia guna nama tu so skrg bergantung pada mahkamah tentukan. Still, if Asus ada common sense sket, diorg dah ptt tau benda ni boleh dtgkan masalah n kan lg bgs kalo bgtau hasbro dulu sblm guna..

    • rizuani pada 24 Dec 2011

      ni salah satu cara marketing strategy..dari org tak tau asus tu ada barang tu..skarang satu bumi dah tau..

      Kalau worlwide marketing cost lagi mahal dari kena saman..lebih baik kena saman..worth the value or paling kurang tukar nama..apa pun org dah tau nama tu..

      • Melz pada 25 Dec 2011

        betol , aku setuju tang tu . dorang gunakan marketing cost untuk bayar saman , itu kalau kena , tapi kalau tak kena. untung la dia hehehe..

        anyway papepon 2 nama ni dah masuk Amanz.my . free2 jer :)

  14. ZoOL pada 24 Dec 2011

    Ni grenti ASUS cuba amik high risk ni.. dah tau nama “Transformer Prime” associated with citer Transformers, nape diorg masih teruskan?!

  15. Lia Nadia Qistina pada 25 Dec 2011

    guna nama iPrime pun boleh juga.. Asus turut menggunakan nama ‘Transformer’ pada tablet pertama mereka, Asus Eee Pad Transformer.

  16. Fahmi pada 28 Dec 2011

    aku ingat Asus saje keluarkan produk sempena movie Transformer *slowpoke

  17. djin92 pada 30 Dec 2011

    duit punya psl….aha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader