30Dec

HootSuite Untuk BlackBerry Sedia Dimuat-Turun Secara Percuma Dari AppWorld

Perisian, Web 2.0

Setelah mengeluarkan beberapa versi beta untuk aplikasi Hootsuite bagi pengguna BlackBerry, akhirnya hari ini pembangun HootSuite telah pun mengeluarkan aplikasi versi stabil pertama bagi HootSuite untuk Blackberry dan sedia untuk dimuat-turun oleh para pengguna Blackberry terus daripada AppWorld secara percuma.

Bagi yang tidak ketahui akan aplikasi HootSuite, ia membolehkan para pengguna untuk menguruskan beberapa akaun sosial pengguna terus melalui hanya satu aplikasi. Melalui HootSuite ia membolehkan para pengguna mengemaskini dan mengikuti perkembangan di Twitter, Facebook, FourSquare dan juga LinkedIN dengan mudah.

Para pengguna BlackBerry yang menggunakan BlackBerry OS 5 dan juga yang terkini boleh memuat-turun aplikasi HootSuite 1.0 secara percuma daripada AppWorld, dan mula menguruskan akaun sosial anda dengan mula bermula hari ini.


Facebook Memberikan Nafas Baru Untuk Halaman Profail
Maxis Movies Diperkenalkan Untuk Pengguna Android
Cadangan Fungsi Baru Untuk WordPress 3.3 Diperlihatkan
BlackBerry Bold 9900 Bakal Dilancarkan Dan Dijual Pada 15 September Di Malaysia
Facebook Kini Menyokong Kemaskini Status Sehingga 5,000 Aksara

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader